Kadang Kala

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kadang kala bila kita terpaksa membuat keputusan yang mempunyai dua pilihan, ianya adalah sangat susah kerana setiap jawapan pilihan kita itu melibatkan orang di sekeliling dan perasaan orang lain. Jadi, memang bukan mudah untuk buat keputusan yang betul atau tepat. Ada kalanya kita rasa kita buat keputusan yang betul, tapi orang lain  melihat kita membuat keputusan yang salah.

Ada kalanya hanya kita sahaja yang tahu keputusan yang kita buat itu salah atau betul. Hanya kita sahaja yang akan menanggung segala kemungkinan yang berlaku. Jadi, jangan takut untuk membuat keputusan, setiap keputusan yang kita buat itu adalah mencerminkan kematangan dan kecekalan kita dalam menghadapi ujian dan rintangan.


* rasa bersyukur sangat sebab semalam nieyl dah buat keputusan yang terbaik, terima kasih Ya Allah.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

  1. kadang kala ni.. sllu buat istiqarah.. In sha Allah dapat jawapn terbaik

    ReplyDelete
  2. Bukan mudah nak puaskan hati orang..bukan mudah nak gembirakan orang...tapi kalau kita gembira...betpuas hati...inshaAllah aura yang baik2 insan di sekeliling kita juga dapat merasainya.

    ReplyDelete
  3. Mudah2an keputusan terbaik itu adalah yang paling tepat untuk diri kita dan orang2 di sekeliling kita.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...