Ikan keli Salai Lemak Cili Api

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Ikan keli Salai Lemak Cili Api | Bila tiba hari cuti bekerja, rutin di rumah adalah full housewife la. Mendobi, mengemas dan memasak. Itulah setakat hari ini kerja-kerja rumah yang nieyl kena buat. Sebab nieyl masih belum bertiga atau berempat lagi...InsyaÁllah coming soon..😉

Selain nieyl suka menulis di blog, nieyl juga suka stalker Blog dan IG orang tau..ala..kita stalker bukan ada niat jahat pun, selalu stalker IG ngan Blog yang selalu update tentang MASAKAN. Sebab kadang-kadang IG dan Blog orang yang selalu update tentang MASAKAN ni memberikan nieyl idea untuk masak di rumah. 

Betul, contoh ya..last week nieyl ada ikan keli 3 ekor dalam peti ais..Nieyl memang suka goreng tapi sangat tidak sanggup untuk berdepan dengan letupan-letupan yang mungkin akan terkena pada kulit nieyl niey. So, fikir-fikir teringat dekat seorang blogger nie yang sentiasa update tentang menu masakan dan resepi  SURIA AMANDA so,kalau korang rasa tak ade idea nak masak tu..ha..pergi la terjah blog sis tu ya... 😊





Idea Masakan dari Blog Suria Amanda

Resepi Masakan Nieyl 😊😋

Resepi Ikan Keli Salai Lemak Cili Api

Bahan-Bahan

3 ekor ikan keli (disalai)
15 Biji Cili Api (dikisar)
2 ulas Bawang Besar (dikisar)
1 ulasBawang Putih (dikisar)
1 inci Kunyit Hidup (dikisar)
1 batang Serai (diketuk)
Santan 1 kotak kecik  (nieyl suka guna santan kotak)

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak sedikit dalam periuk/kuali
  2. Tumis bahan-bahan yang di kisar + serai sehingga naik bau
  3. Masukkan santan dan sedikit air (agak² jangan banyak sangat nanti cair)
  4. Masukkan garam secukup rasa
  5. Bila telah mendidih, boleh masukkan ikan dan daun kunyit..
  6. ok Siap!
*Ada orang dia tak tumis bahan² yg di kisar, dia masuk terus dalam santan + air...dah mendidih kuahnya baru masukkan ikan..

* nieyl suka tumis dan pekat sedikit kuahnya...


Selamat Mencuba!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Pekat likat mengancam selera betul ikan salai ini.
    Aduhh.... sedapnyaaa:)

    ReplyDelete
  2. tak suka ikan sungai .... seb baik tak terliur hihi ... tp kuah tu memang mengancam pekat tu

    ReplyDelete
  3. alahaiii sedapnya nieyl!! tergoda . hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...