Filem J Revolusi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Filem J Revolusi | Ini antara salah satu filem malaysia yang nieyl tunggu-tunggu rasa tak sabar nak tengok the full movie pada 2 Mac 2017 nanti. Semalam telah berlangsung tayangan perdana filem J Revolusi di Mutiara Damansara.

Rata-rata rakan media memberikan ulasan yang sangat positif dan memberi galakkan kepada penonton untuk pergi menonton filem ini bila ia keluar di pawagam tidak lama lagi.

Antara pelakon yang hebat yang membintangi filem ini ialah Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura dan Farid Kamil dan Azad Jazmin. 

J Revolusi memaparkan kisah pegawai Unit Tindak Khas (UTK), Jay Zulkarnain lakonan Zul Ariffin, berusaha menyelamatkan kakaknya, Dian (Fazura) yang diculik pengganas. Dalam misi menyelamat itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh rakan setugasnya seterusnya tercetuslah pelbagai konflik dan insiden yang menghantui Jay.

wah!!rasa tak sabarnya nak tengok filem nie...dah la tayang waktu birthday i..pastu dapat pula tiket free..seronoknya..hihihi..




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...