Khas Untuk Si Rabun..i lah tu..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Khas Untuk Si Rabun | Kalau bercakap tentang rabun nie tidak perlu pergi jauh, yang dekat ni pun rabun..siapa lagi nieyl la..actually, nieyl start rabun since tingkatan 3 sampai ke hari ini, yang beza mungkin kadar power yang saban tahun berubah. Ramai rasanya yang tidak gemar memakai cermin mata sebab bagi sesetengah orang bila memakai cermin mata ia akan memberi impak negatif dari segi rupa dan penampilan yang tidak menarik.. Ha..yang ini nieyl selalu dengar orang kata begitu.

Sekarang ini banyak solustion yang boleh di ambil jika seseorang itu tidak suka berkaca mata/cermin mata. Ramai sahaja yang kini menggunakan contact lens yang kini berada di pasaran dalam pelbagai warna dan corak. Kadang-kadang yang tidak rabun pun menggunakannya untuk kelihatan cantik dan menawan.

Bukan itu sahaja, seiring dengan teknologi perubatan sekarang ini yang menyediakan perkhidmatan untuk memulihkan kembali penglihatan mereka yang rabun. Termasuklah rawatan pembedahan laser yang ternyata berkesan dan mengambil masa yang singkat dan ianya tidak menyakitkan.

Tapi tidak semua mampu untuk membuat rawatan pembedahan laser ini sebab kos nya sangat tinggi memakan lebih dari RM3000 ke atas..aduhai..mahalnya...


Dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, berkongsi 3 cara untuk memulihkan disamping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi. wahhh!kira ini free tanpa keluarkan duit..wajib cuba ni kawan-kawan.

1. Makan untuk Penglihatan yang jelas- Pemakanan adalah penting dalam memelihara mata, ini kerana mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik.

🍎Vitamin A,C,E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata.
🍎Makan banyak sayur berdun hijau,kuning telur,lada benggala kuning,labu,ubi keledek dan lobak mreah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari.
🍎Bawang putih,bawang besar dan bawang merah mengandungi silfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata.
🍎Beri biru,anggur secata tidak langsung mampu pulihkan penglihatan
🍎DHA iaitu sejenis asid lemak yang di temui dalam ikan air sejuk seperti salmon,sardin,makerel dan kol pula boleh memyokong sel untuk menyumbang kesihatan mata.

2. Lakukan senaman mata - Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimun. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur,sebelum tidur atau bila-bila masa ketika mata letih.Tetapi make sure jari kita bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman.

🍎Gosokkan tapak tangan untuk menghasilkan haba. tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata di tutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
🍎Pusingkan bebola mata. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan pelahan putarkan sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
🍎Pegang pen pada aras bahu di hadapan. Fokuskan padangan mata pada pen tersebut dan pelahan-pelahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung dan jarakkanya kembali ke posisi asal. Cekan dan jauhkan pen sebanyak 10 kali.
🍎Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari,tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali arah lawan jam. Ulang urutan di kawasan atas kening dibawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung.
🍎Sandar, pejam mata,relaks dan rehat selama 3 minit.

3. Peruntuan waktu rehat mata

🍎Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya,membaiki dan memulih secara semula jadi. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap hari.
🍎Bagi individu yang yang kerja menghadap komputer setiap hari. Sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata ke tempat lain. rehatkan penglihatan. 

wah!mudah je caranya, tidak perlu mengeluarkan 1sen pun..cuma rajin dan malas sahaja...hihi..nampaknya nieyl kena belajar untuk mendisiplinkan diri juga ni.. ok la selamat beramal semua... 

sumber : wanista
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. Yg tak best tu bila pakai cermin mata tudung yg lekap kat pelipis jadi terkuak
    Itu yg anak kakak nak pakai contact lens aje Nieyl.
    Tapi kakak tak bagi.

    Buat lasik mahal ya amat! 7K Nieyl.

    ReplyDelete
  2. salah satu tambah mata rosak tengok HP malam2 sebelum tidur dengan lampu pun dah off.

    ReplyDelete
  3. baca step senaman, mata ju auto buat HAHHA

    ReplyDelete
  4. jom hilangakn rabun..hehe

    saya haritu cek dah kurang dah..mmg tak pernah nak pakai cermin mata..susah nak adjust tudung :p

    ReplyDelete
  5. senaman mata tu! akak nak suruh husband buat lah..dia rabun teruk.

    ReplyDelete
  6. nice sharing dear. alhamdulillah setakat ni mata sy masih sihat :)

    ReplyDelete
  7. Faktor usia juga mempengaruhi rabun mata.
    Rabun orang tua biasanya rabun dekat.

    ReplyDelete
  8. jumaat lepas baru refer pakar mata, utk anak2 dara aida.
    power diorang tinggi sgt, nieyl.
    aduhai. optometris suruh aida cek kat mata diorang.
    but, tu la doc kata no problem. saraf ke apa ke.
    memang rabun teruk.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...