16 January, 2017

Berikan ku masa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Berikan ku masa|  Selamat pagi semua, apa khabar semua?Moga kalian semuanya baik² saja. Kalau ada yang rasa kurang sihat,cepat² pergi makan ubat ataupun supplement okay. 

Pernah dengar lagu Bandi Amuk tak?Tajuk dia Aku Mahu Pulang..Cuba hayati lirik dia.. 😉Malam tadi sebelum tidur, nieyl ada terbaca 1 caption someone yang juga kenalan nieyl tentang penghijrahan dari tidak berhijab kini beliau telah memaklumkan bahawa beliau kini telah berhijab sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah. Satu perubahan yang sangat baik, semoga beliau terus istiqamah.Ameen..

Cuma,dalam IG beliau masih lagi ada beberapa gambar lama (sebelum berhijab) ,jadi beliau perlukan sedikit masa untuk mendelete semua gambar² tu, jadinya ada sesetengah haters nie terus kecam dia, dah berhijab tapi masih lagi tak delete gambar² lama. 

Pada pendapat nieyl, sesiapa sahaja yang ingin melakukan perubahan menjadi lebih baik perlukan masa untuk diri dia, kita sebagai orang luar terus memberi dorongan,sokongan supaya perubahan yang dibuat itu berterusan dan terus menjadi amalan. Tidak perlu persoalan kan apa yang dia buat sebelum berubah. 

Kadang- kala diri kita sendiri yang merasakan diri kita ini sudah perfect sebab dari kecil dah berhijab,sebenarnya diri kita juga perlukan perubahan untuk menjadi lebih baik dari apa yang kita ada hari ini. ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)