29 December, 2016

Rindu nak berblogging

by on December 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Rindu nak berblogging | itulah dia bila bercuti panjang, tak sempat lagi nak mengadap laptop atau komputer dekat rumah. Hari ini sempat update blog sebab nieyl ada dekat opis skrg nie, kena datang opis sekejap untuk settelkan surat dan perjanjian kontrak untuk next year,due dia hari ini, so nak x nak memang kena masuk opis sekejap untuk settelkan semuanya. 


Rindu nak taip banyak² entry, tapi masa tidak mengizinkan. InsyaÁllah next week nieyl dah start kerja semula seperti biasa..Harap² banyak la story nak share ngan korang nanti...Oklah,bye² korang..♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

23 December, 2016

Last Day in 2016

by on December 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Last Day | Jangan cemburu ya..hari ini last day nieyl bekerja di tahun 2016 InsyaÁllah tahun 2017 kita jumpa lagi.. Nieyl start cuti dah next week ala..tambah 4 hari je..korang semua take care tau.. jaga kesihatan, jaga diri..kalau ada yang bercuti panjang juga..kalau drive jauh-jauh hati-hati okay.. InsyaÁllah sepanjang cuti kalau nieyl ada masa free nieyl update perkembangan seminggu tu ya...dan jenjalan dekat blog korang... 


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Ikan Sebelah Masak Berlada

by on December 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Ikan Sebelah Masak Berlada | Sorilah nieyl first time tengok ikan sebelah depan mata, lepas tu kena masak pula tu, itu yang agak jakun sikit.. Nieyl suka makan ikan tapi 1 je benda yang nieyl tak suka buat bila ikan itu jenis yang bersisik, kena buang sisik dia..sebab satu dapur penuh dengan sisik, bukan dapur je kadang² dekat muka pun ada. huhuhu.. sebab itu kalau beli minta orang tu buang sisik siap-siap tapi kalau orang lelaki yang pergi beli ikan,ada sesetengahnya laaa pakai ambil je..jenuhlah isteri dekat dapur buang sisik ikan. 



Gigih memikirkan masak apa yang sedap, siap guna perkhidmatan GOOGLE lagi tau, rata-ratanya goreng,dan masak sambal. Jadinya, nieyl dapat idea masak berlada merah. Bahan-bahan pun kasi hantam sahaja lah..janji sedap..

Resepi Ikan Sebelah Masak Berlada Merah

Bahan-bahan :-

Ikan Sebelah 4 ekor (digoreng)
Bawang besar 1 biji (hiris)
Bawang putih 2 ulas (kisar atau tumbuk)
Bawang Holland (hiris)
Cili Api Merah 10 biji (kisar atau tumbuk)
Cili Merah Besar 1 biji (kisar atau tumbuk)
Cili Kering dah Blend (3 sudu)

Cara-Caranya :-
  1. Panaskan kuali dan letak minyak dalam 2 sudu untuk menumis
  2. Bila minyak dah panas,masukkan bawang putih, barang besar,cili api dan cili merah yg telah di tumbuk tadi
  3. Kemudian masukkan 3 sudu cili kering yang telah di blend
  4. Tumis sampai sedikit layu
  5. Masukkan garam,gula sedikit..
  6. Last sekali masukkan bawang holland
  7. Masak sekejap,dan tutu api
  8. Curahkan ke atas ikan sebelah yang telah kita goreng tu
  9. Ok siap!


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jika Rezekiku

by on December 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

21 December, 2016

Masalah Kuku

by on December 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Masalah Kuku | Rasanya setiap hari kita akan tengok kuku kita sendiri kan, siapa yang jarang-jarang tengok kuku sendiri tu nieyl tak pastilah apa masalah korang. Tapi mejoriti memang hari-hari tengok kuku. Contohnya, nieyl seorang yang jenis tak suka tengok kuku panjang walaupun sikit, memang akan terus potong. Seminggu mesti 2x nieyl akan potong kuku. Kebersihan kuku perlu dijaga rapi dan perlu sentiasa sihat. 

Ikuti masalah-masalah yang sering dihadapi kuku kita agar mudah kita merawatnya dan mengekalkan kecantikannya.



1. Kering 
Masalah ini mungkin terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin A, kalsium dan zat besi. Juga disebabkan terlalu kerap berendam di dalam air panas atau sejuk. Perlu banyakkan makanan yang mengandungi zat-zat yang disebutkan tadi. Selain itu, rajinkan diri anda untuk mengurut kuku dan jari dengan menggunakan krim pelembap atau minyak zaitun. Ini masalah kuku nieyl.so,nieyl dah tahu kenapa dan macam mana nak merawatnya 😃

 2. Halus & Lemah 
Biasanya terjadi disebabkan oleh keturunan atau kerap menggunakan pembersih kuku yang mengandungi bahan yang boleh merosakkan kuku. Bagi mengelakkan daripada kuku korang menjadi seperti itu, selalulah ambil makanan yang mengandungi kadar protein, kalsium dan zat besi yang tinggi. 

 3. Mudah Terkoyak 
Disebabkan oleh masalah keturunan atau masalah kekurangan Vitamin B. Jadi korang perlu mengambil lebih banyak makanan yang mempunyai kandungan Vitamin B yang banyak. 

 4. Tebal &Keras 
Ada antara kita yang memiliki kuku yang terlalu tebal dan keras. Bahagian tepi kuku pecah-pecah dan berwarna kekuningan atau kehijauan mahupun berwarna coklat. Memakai kasut yang ketat akan membantutkan pertumbuhan kuku dan mengakibatkan masalah kuku tebal dan keras. Jadi pakailah kasut mengikut saiz kaki anda yang sebenar. Jika tidak ia akan mencacatkan bentuk sebenar kuku anda. 

 5. Berbintik Putih 
Bintik putih ini terjadi disebabkan terdapat udara pada dasar kuku korang. korang mesti  perasan jika kuku korang semakin panjang, lama-kelamaan bintik putih itu akan hilang dengan sendirinya apabila memotongnya. Bintik putih ini bukan satu penyakit dan tidak perlu dirisaukan.


Jadi,kuku korang yang mana satu?jom sama-sama kita merawat kuku kita...😉

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hati sedang membara

by on December 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

20 December, 2016

Mieka Dah Pergi

by on December 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Tak tahu nak kata apa..
Sangat terkejut, bila balik kerja semalam..
nampak mieka lemah tak boleh bangun...
Bangun pagi ni baru dapat tahu mieka dah tinggalkan mama buat selama-lamanya...
Malam tadi pukul11.30 mlm..
Time tu mama dah tidur..
Papa yang uruskan mieka..
Tanam mieka malam tadi juga..
Mama sayang mieka sangat..
Bila teringat mieka, mama terus menangis...
MAMA LOVE U MIEKA FOREVER
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

19 December, 2016

Jatuh Cinta Dengan GVC

by on December 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jatuh Cinta Dengan GVC | Hai korang!selamat bekerja di hari isnin ya...rasanya hari ini tak sempat nak monday blues sangat kan..banyak kerja yang menanti. First sekali kalau nieyl ada benda yang baik yang best, mesti tak sabar nak share dengan korang. Bak kata orang lama-lama benda yang baik jangan di tangguhkan..tak gitu?

Apa GVC tu? GVC tu adalah singkatan bagi GOOD VIRTUES CO. Nieyl memang ada 2 masalah tentang rambut, yang pertamanya kelemumur dan rambut gugur. Mungkin sebab syampu tidak sesuai. So, nieyl try syampu Anti-Kelemumur GVC dalam masa sebulan Alhamdulillah..Hasilnya tersangat bagus.

Sebabnya GVC ini ada bahan menulenkan organik Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) untuk menyahtoksik rambut. Selain dari itu ianya membantu menghapuskan dan mencegah kemunculan semula kelemumur, manakala campuran Maca Root semulajadi ekstrak dan Vitamin B5 menguatkan folikel untuk mengurangkan keguguran rambut.

Yang paling penting sekali wangi sangat lepas cuci rambut. Bau dia sangat lembut. So, korang kalau ada masalah macam nieyl, maybe boleh try juga..pasti korang pun jatuh cinta... Harga sebotol dalam RM26.60 700ml boleh cari dekat watson 😃

abaikan si mieka tu, mama nak snap dia pun sibuk..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

18 December, 2016

New Year Giveaway by MF

by on December 18, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

16 December, 2016

Kenapa Vitamin C Shaklee jadi pilihan?

by on December 16, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Nieyl nak share Vitamin C ini antara Vitamin yang sangat popular dikalangan wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan yang bermula dari dalam. Vitamin C juga diperlukan oleh badan kita setiap hari.

Kali ini nieyl nak share petua Tradisional untuk hilangkan jeragat

3 Petua Tradisional untuk hilangkan jeragat
1. Hampas kelapa selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam. selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit. 

2. Jika makan pisang berangan tu jangan lagi buang kulitnya tu. Sapu-sapu dulu di kawasan yang naik jeragat tu, biar kering sekejap kemudian bilas dengan air. 

3. Tumbuk 1cm kunyit hudup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar lebih kurang 20minit kemudian bilas dengan air suam.

Cara mudah? Cuba Vitamin C daripada Shaklee untuk atasi masalah jeragat korang. Banyak khasiatnya tau!. .

🌹 Merangsang pembentukan kolagen
🌹 Mencerahkan dan melembutkan kulit
🌹 Mengatasi masalah pori besar di muka
🌹 Mengecutkan jerawat. .

💗Berminat nak dapatkan produk best drpd Shaklee? Mudah sangat. Whatsapp Nieyl 017-3583792

💰💰💰 Berminat untuk menjadi sebahagian daripada team Shaklee kami? Mudah sangat. Whatsapp Nieyl 017-3583792 .

🚘 Penghantaran PERCUMA sekitar Putrajaya
📮Postage ke seluruh Malaysia .

#Shaklee #pengedarshaklee #pengedarshakleeputrajaya #sayajualshaklee #sidshaklee #putrajaya #shakleemalaysia #shakleeputrajaya #tsunamishaklee #shakleemiracleclub #bybeautyboutique #vitaminshaklee #skincareshaklee #shakleeeffect #sayapenggunashaklee #sayajualsayaguna #codshaklee #codputrajaya #testimonishaklee #promosishaklee #sayajual #bazaarpaknil #sihatcantik #setjerawatshaklee #setshaklee #setkulitcantikshaklee #setkulitcantik #vitamin #vitaminc #vitamincshaklee
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Madu dan Wanita

by on December 16, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Madu dan Wanita | Wanita dan madu sangat sinomin kan, tapi nieyl bukan nak cerita pasal madu yang pahit tu ya..Ini nak cerita tentang khasiat madu terhadap wanita. ha..kita orang wanita mesti suka kalau berbicara tentang kecantikan dan kesihatan. Dan madu juga adalah salah satu makanan sunnah.



1. Segarkan Tubuh dan Wajah
Ambil madu secara konsisten akan membantu memberi tenaga kepada tubuh sekali gus menaikkan seri wajah. Amalkan mengambil madu satu sudu sehari ketika perut kosong. Elakkan guna sudu besi sebaliknya sudu plastik kerana ia dikatakan dapat mengekalkan khasiat madu.

2. Lindungi dan Lembapkan Kulit

Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan, ia juga membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik-bintik hitam serta jerawat. Gunakan madu sebagai masker wajah. Sapu madu pada wajah, kemudian biarkan kering. Bersihkan dengan air perahan limau nipis. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah kelihatan lembap dan kemerahan.
3. Awet Muda
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh.

4. Bersihkan Wajah
Madu juga boleh dijadikan pembersih wajah. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampur dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan tegang. Ia pembersih wajah semula jadi yang selamat dan berkesan. Sejak zaman dahulu, madu bukan sahaja dijadikan makanan kesihatan malah ia juga digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai masalah kulit dan dipercayai dapat membantu merawat kecantikan dalaman wanita. MW kongsikan kelebihan madu yang juga merupakan makanan sunnah.
 
5. Atasi Jerawat dan Parut
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Ia juga dikatakan dapat menghilangkan parut pada wajah. Sapukan madu pada bahagian yang bermasalah, biarkan sehingga kering. Kemudian, bilas dengan air suam.

6. Cerahkan Kulit
Untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus dan cerah, korang boleh berendam di dalam tab yang dicampur dengan madu, susu dan air mawar. Kombinasi ramuan ini mampu meredakan tekanan dan menjadikan kulit gebu. Ia juga merawat tubuh dengan cara yang ‘lembut’. 

7. Atasi Bibir Hitam
Bagi korang yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten. 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Bersedekah itu amalan yang mulia

by on December 16, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


"Sedekah itu amalan mulia, berikanlah apa yang termampu,
usahlah bersangka buruk kepada yang meminta"


Salam jumaat semua! Bukan niat nak menunjuk atau riak takbur bila bercerita ini ya..ini jujur dari hati sebab bila terbaca ayat dia atas tu, tergerak hati nak bagi pendapatan. Ada suatu ketika sedang makan, dapat sepasang suami isteri, di mana suaminya seorang yg buta dan isterinya memimpin tangan si suami sambil meminta sumbangan dan diberikan tisu, jujur nieyl kata nieyl akan bagi sumbangan walaupun tak banyak.

Begitu juga kalau kita pergi pasar malam, kita akan nampak mereka-mereka duduk tengah jalan, ada yang bawa anak kecil, ada yang tak ada kaki dan tangan. Nieyl juga akan bagi sumbangan,InsyaÁllah.. Dan ada orang tegur, "weh kenapa kau bagi?dieorang nie semua kadang² berlakon sahaja, entah-entah duit tu bukan untuk dieorg pun" . Nieyl cakap dengan orang tu, aku bagi sebab sekali aku pandang,hati aku dah terdetik untuk beri, aku tak kisah jika dia menipu, sebab itu urusan dia dengan Allah, aku sedekah sebab niat aku untuk membant"

Walaupun banyak yang menipu, itu pada nieyl urusan dia dengan Allah. Tanggungjawab kita itu memberi sekadar yang termampu. Betul, tidak semua orang yang meminta sedekah itu menipu, ada yang betul² memerlukan. Adakalanya orang berkata "sekali kau bagi, dieorang nie malas nak bekerja, mengharapkan belas ehsan orang" . Sebagai manusia, tidak semestinya yang kita lihat dengan mata kasar itu betul. Selalulah kita bersangka baik pada mereka, jangan sesekali kita bersangka buruk pada mereka. Mereka juga hamba Allah, ingat 5 Perkara itu..

Tidak jatuh miskin pun kalau kita sumbangkan RM1 pada mereka. Dan ingatlah tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima nya...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

15 December, 2016

MRT Sungai Buloh- Kajang bermula esok

by on December 15, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


MRT bermula esok | Perkhidmatan Transit Aliran massa Laluan Sunagi Buloh-Kajang ( MRT SBK) akan mula esok 16 Disember 2016 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi laluan sulung MRT fasa pertama dari Sungai Buloh ke Semantan. Manakala fasa kedua  sudah berada di peringkat akhir sebelum jajaran lengkap itu dapat dinikmati pengguna sehingga ke Kajang pada 31 Julai 2017. InsyaÁllah..


MRT ini dikatakan bakal memudahkan pergerakan, menjimatkan masa selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Secara tidak langsung dapat mengelakkan pencemaran udara. Selain dari itu juga, melegakan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke tempat kerja atau suatu tempat dengan tambah yang murah. 

Tidak mustahil suatu hari nanti, MRT menjadi alternatif terhadap gaya hidup baharu warga kota memandangkan perkhidmatan tren ini menawarkan mobiliti yang mudah dan pantas.

wah!bestnya kalau area rumah nieyl ke pejabat ada perkhidmatan ni, boleh berjimat sambil hidup dengan udara yang sihat.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Burger Prosperity McDonald's Kembali Lagi yeay!

by on December 15, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Burger Prosperity McDonald's Kembali Lagi yeay! | Bila iklan Prosperity dekat Tv, terngaga mulut sekejap..hahaha..dan tersangatlah teruja sebabnya Burger Prosperity hanya ada di McDonald's masa terhad sahaja, setahun sekali sahaja so bila dah kembali tu rasa i have to go...tapi sampai hari ini tak lepas lagi lalu dekat Mcdonald's tu..hahaha..


Apa yang bestnya adalah tahun ini Burger Prosperity Daging dan Ayam ditawarkan pada waktu yang sama..WOW!bestnya pilihan nieyl biasanya adalah daging. Nieyl jarang makan Burger Ayam.  Dan kalau korang nak tahu, Burger Prosperity ini telah menawan seluruh rakyat Malaysia sejak 24tahun yang lalu bermakna ketika umur nieyl 4 thn Burger Prosperity ni dah ada rupanya..lamanyaaa..


Untuk lebih kepuasan, korang boleh order Double Prosperity Burger, dimana dua kepingan daging dalam satu hidangan.wah!puas makan nie kalau 2 keping daging sekali makan. Ala..relax lah bukan selalu dapat makan Burger Prosperity ni kan..Masa-masa tertentu je pun..



Sama juga hidangan yang lepas,burger Prosperity dilengkapkan dengan kentang twister dan McFizz yang sejuk. Dan berita baik, korang juga boleh order pencuci mulut yang sangat eksklusif iaitu Hot Cakes dan Groovy Lime.


Kedua-dua pencuci mulut ini hanya boleh dinikmati dalam masa terhad juga ,bersempena dengan promosi Prosperity Burger. So,jangan ketinggalan merasainya okay!


Selain dari itu, kalau sesiapa ada ternampak gambar di atas ini, ok nak bagitahu ini adalah pencuci mulut terbaru dari Mcdonald's untuk hidangan di McCafe. Nampak gambar memang menggoda betul kan..

Apa tunggu lagi, jangan lupa dapatkan Burger Prosperity..yumyum... :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Drama Isteri Tuan Ihsan

by on December 15, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Drama Isteri Tuan Ihsan |  Sekarang ini tepat jam 10 mlm je remote control Tv di genggaman,hahaha..tiada seorang pun boleh tukar chanel lagi ada faham? nasib la...jadi en.husband pun terpaksa redha jam 10 malam layan drama Isteri Tuan Ihsan.. memula tu dia tak layan tau, sibuk main game tapi sekarang ni dia pun dah terjebak sebab drama ini best dan tidak membosankan. Faham-faham lah orang lelaki jarang nak tengok drama yang sedih² nie.. Kalau yang jenis romantik komedi macam drama nie dia boleh layan.







Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan.

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota. Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani. Saroja juga lantang dalam bersuara. Tetapi yang pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala ( semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Saroja ). Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya. 

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan. Pada Imanina, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal banglo mewah Tuan Ihsan. 

Hari pertama Seroja ke banglo Tuan Ihsan. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Di dalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan hingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja. Tuan Ihsan yang digelar " Pak Cik Hot " pening dengan kerenah Seroja. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja. Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. 

Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan applikasi group whatsap Calon Isteri Tuan Ihsan. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan , projek dan pelbagai lagi . Miskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing - masing terbit satu rasa. Memandangkan usia mereka yg terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada pakcik hot tersebut? Sedang Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu namanya “cinta”, apakah sunyi yang dirasainya itu tandanya “rindu”? Kehadiran Dr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar.

Ditambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja. Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim. Dr. Zaim terlibat sebagai model projek kerja akhir Seroja. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr. Zaim kerana dia cemburu bila melihat Hanani Jane ( model kaki pensel 2B ) yang bertujuan untuk mengikis duit Tuan Ihsan. Tuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsudin ( Datuk Seroja ) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta. Sholeh ( ayah ) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia. 

Dengan ini saja mereka boleh bernikah. Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan. Kini status aplikasi dalam wassap group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan. walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hati wanita bergelar isteri selayaknya. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih dengan keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suami meletakkannya sebagai 1st prioriti, jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka. 

Disangka Tan Sri Shamsudin terus menjulang keegoannya. Masa berganti terlalu pantas. Kehadiran cicit melembutkan hati Tan Sri Shamsudin. Pada mulanya keengganan Seroja memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsudin semakin uzur dimakan usia. Persaudaraan yang terputus terjalin semula . Seroja dan Tuan Ihsan bahagia . Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia. 

Jangan lupa saksikan nanti kesudahan drama Isteri Tuan Ihsan adaptasi dari novel karya asal Sara Kyoko ini  setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria 104 dan HD 123.Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Lidah Buaya Rahsia Kecantikan

by on December 15, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Lidah Buaya Rahsia Kecantikan | Zaman kecik-kecil dulu, dekat keliling rumah nieyl ada banyak pokok lidah buaya nie, biasalah budak nakal..selalu dipotong-potongnya pokok lidah buaya tu...ambil lepas tu sapu dekat kaki sebab masa tu mak kata lidah buaya ini elok untuk kulit..

Kenapa kaki?sebab dulu zaman nakal, nieyl ni suka sangat main kotor,main pasir dekat luar rumah jadinya kaki penuhlah dengan peta-peta kecil, so..memang rajin sangatlah pergi potong pokok lidah buaya tu,sapu dekat kaki sampai kering..lepas tu bilas dengan air.

Dan petua orang dulu-dulu juga, kalau ada jerawat dekat muka pun boleh guna lendir lidah buaya ni dia mengecutkan jerawat-jerawat tu, caranya senang je korang potong lidah buaya tu,gosok dekat muka dan biarkan dia kering dan bilas dengan air bersih... :)

InsyaÁllah...selamat mencuba!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

secret recipe selalu jadi pilihan

by on December 15, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Secret recipe selalu jadi pilihan | Sabtu yang lepas selesai je urusan pertukaran kad debit, nieyl terus drive pergi ke IOI Putrajaya , kalau ikutkan plan asalnya nak pergi ke D'pulze cyberjaya, tapi dah alang-alang keluar tu pergi jauh sikitlah kebetulan nak pergi Daiso dengan parkson nak cari baju sekolah untuk anak buah nieyl yang akan masuk darjah 1 tahun depan.


Misi yang pertama mencari baju sekolah dulu dan peralatan sekolah sekali, taknak beli last minit so,ada masa kita terus pergi beli..nanti hujung-hujung boleh tambah lagi apa yang tak cukup. 

🎶Jam di dinding terus bergetar🎶 eh..ternyanyi pula...lepas shopping baju sekolah, misi mengisi perut yang tersangat lapar. Biasalah kalau hari-hari bercuti restoran fast food memang laku betul, penuh sahaja. Boleh dikatakan berkali-kali juga lah nieyl pusing² cari tempat makan yang tak penuh orang. 

Secret Recipe menjadi pilihan nieyl wah!seronoklah sebab kalau makan di SR nie nieyl dah ada beberapa menu yang wajib atau yang fav nieyl nak makan. Tak perlu nak tengok sangat buku menu tu..hahahaha..


Dari dulu sehinggalah sekarang, pergi SR menu ini yang akan menjadi pilihan.. TOM YAM KUNG.. cuma tak semua branch masak sedap..so,kalau dekat SR IOI putrajaya nie nieyl boleh bagi 3 bintang je..sebab nieyl pernah makan TOM YAM KUNG di branch lain yang lagi sedap..kalau dulu tomyam kung ni dia penuh dengan sayur, couliflower dan straw mushrooms, yang baru nieyl makan nie..tak ada langsung mushrooms..so,kurang kena dengan selera nieyl. (peminat tomyam kung)


Yang ini pula menu anak buah nieyl order, mushrooms grill chicken, yang ini sedap kalau ada anak² yang tak makan pedas tu boleh try menu ni..dan dia ada satu lagi black paper grill chicken yang itu pun memang nieyl suggest.. ☺


Kalau air pula nieyl lebih suka minum ice blended cappuccino ataupun ice lemon tea ha..itu je air yang selalu nieyl minum kalau pergi SR ini. Macam anak buah nieyl, dia peminat green tea so,yang hijau tu ice blended green tea ☺


Rasa tak sabarnya nieyl nak cuti panjang nie..tengah menghabiskan sisa-sisa bekerja seminggu je lagi sebelum nieyl cuti panjang..yeay...masih dalam perancangan nak ke mana cuti panjang nanti... ☺ boss nieyl tu asyik suruh pergi holiday ke...boss bukan x nak pergi holiday..pulus belum ado..hahaha.. kalau boss nak support boleh laa..kahkahkahkah...OKBYE!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

14 December, 2016

Buy 1 FREE 1 RED Hot Meal - Kenny Rogers

by on December 14, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Thank you for a wonderful 2016!
Here is another heart-warming token of appreciation especially prepared for you - Buy 1 FREE 1 RED Hot Meal!
Flash eVoucher to enjoy the offer!

Period: 14 till 16 December 2016 (3 days only)
Availability: All KRR Restaurants 

Terms & Conditions:
  1. Flash eVoucher on Facebook KRR Fanpage to enjoy this offer. (https://www.facebook.com/krrmalaysia )
  2. Valid for dine-in only. Not available for take-away, delivery or catering.
  3. Discounted item is non exchangeable and cannot be redeemed for cash.
  4. Purchased of discounted item is not entitled for any KRR Card Bonus.
  5. Available at all KRR restaurants in Malaysia.
  6. The management reserves the right to replace promotion item with item of similar value without prior notice.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png