Seindah Cerita: September 2016

Saat Sukar Bagi Kami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Saat Sukar Bagi Kami | Disaat korang baca entry ni nieyl di Institusi Jantung Negara untuk hari operation ayah. Ayah dijangka buat operation bypass hari ini. Memang ikut peraturan sebelum masuk di wad pembedahan, semua ahli keluarga di minta hadir berjumpa dengan pesakit..
Allah...Engkau kuatkan hati-hati kami...
Engkau kuatkan semangat ayah kami..
Engkau selamatkan la ayah kami..
Engkau permudahkanlah urusan ayah kami...
Hanya padamu sahaja kami memohon dan meminta...
Amin..




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


TAMAT : 29 SEPTEMBER 2016

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / Follow
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org

SENARAI NAMA PESERTA


  1. http://belogs.blogspot.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html 
  2. http://starlavenderluna.blogspot.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html 
  3. http://masturanasarudin.blogspot.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html 
  4. http://misspurple17.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html 
  5. https://macammacamcite.blogspot.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html 
  6. https://farhanajafri.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  7. http://storymoryluahanku.blogspot.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  8. http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  9. http://www.leaazleeya.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  10. http://musicstyle29.blogspot.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  11. http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  12. http://dhia-manja.blogspot.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  13. http://realsviors.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  14. http://www.mialiana.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  15. http://jombercontest.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  16. http://akhalilah.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  17. http://notamengajarbelajar.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  18. https://karyaku-paridahishak.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  19. http://vitaminwawa.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-seindahcerita.html
  20. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  21. http://thecyclazey.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  22. http://www.ceritaita.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog-seindahcerita.html
  23. http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  24. http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/09/segmen-bloglist-oktober-blog.html
  25. Anda
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pemberian Dari Orang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pemberian Dari Orang | Allahuakbar..Alhamdulillah..rezeki demi rezeki Allah beri pada hari isnin yang lepas, terima kasih banyak² kepada pemberi yang baik hati. Siap ada noted lagi tu yang tak tahan nak gelak tu..adoi...senyuman semanis coklat, ini bukan senyuman je manis kak,ini boleh kena kencing manis jugak ni...hihi...anyway thanks yaaa...




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Derma Darah bagus ke?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Derma Darah bagus ke? | Kali terakhir hari yang nieyl derma darah, actually nieyl ada ajak my sister in law join derma darah. Rupanya sebelum ni dia tak pernah sekali pun derma darah, so dia agak excited bila nieyl kata derma darah ni sangat best dan dia akan membuatkan kita bersemangat membantu orang lain kalau niat kita nak derma tu memang nak membantu mereka yang memerlukan. 

Bila sampai dekat tempat derma darah tu, nampak juga la dia macam takut-takut sebab first time kan, jadi dia banyak bertanya pada doktor benefit pada tubuh badan kita kalau kita derma darah. Doktor terangkan bila kita dah derma darah, badan kita akan proses darah yang baru. 

Bagi kaum wanita kita bersyukur kerana kitaran haid setiap bulan membantu mengeluarkan lebihan atau sisa zat besi yang boleh menyebabkan kerosakkan sel dan tisu serta beberapa masalah kesihatan yang lain. Selain itu bagi wanita yang dah menopaus,paras zat besi akan meningkat dan bagi menyingkirkan serta rsiko sakit jantung boleh di elakkan hanya dengan menderma darah.

Yang lebih menarik,kajian persatuan perubahatan amerika syarikat juga mendedahkan bahawa menderma darah setiap 6 bulan dapat mengurangkan serangan jantung dan strok serta mengurangkan risiko kanser. Proses yang hanya mengambil masa selama 7-10 minit ini mampu membakar kalori kerana dalam satu pain darah, dalam 650 kalori dapat dibakar dalam badan kita.

Ada orang kata ruginya derma darah.....
Sebenarnya tidak ada istilah rugi dalam menderma darah nie, penerima mendapat darah, penderma dapat manfaat kesihatan. Dengan darah kita,mungkin mampu selamatkan 2 3 nyawa tau...jadi,jangan takut untuk menderma darah. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Souvenir from Turki

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Souvenir from Turki | Siapa dapat peluang pergi travel jauh-jauh tu, pergi la..sebab boleh belikan macam² souvenir untuk nieyl nanti..hihihi. Bestnya dapat jejakkan kaki ke negara orang sambil mengembara bersama kawan-kawan. So, kali ni nieyl dapat 2 souvenir dari kakak opis yang baru balik dari holiday dekat Turki dan Istanbul..



Ini nama dia turkish delight, sebelum ni pernah makan juga yang ori dari sana. Ini kali kedua nieyl dapat makan makanan dari sana. Dalam kotak tu ada 3 perisa, delima,madu dan satu lagi tak sure apa..biasalah rasa dia sangat manis bila sampai dekat tekak..kena banyak minum air lepas makan..hihi..

Boleh tengok dalam manisan tu ada kacang pistachio, hazelnut pun ada,pelbagai kacang dalam satu jenis tu. So,dia cover rasa manis tu. kalau berpeluang,try laaa..

Sambil-sambil makan turkish delight nie dengar story pengalaman di negara orang, tengok gambar-gambar dieorang dekat sana,tempat dieorang melawat dan yang best dieorang dapat naik air balloon macam dalam filem cinta di cappadocia tu...wah!seronoknya...tapi harap maklum nya harga dia tersangat lah mahal, kata kakak opis tu harga dekat 1k duit malaysia..huhuhu...



Okey untuk penutup tahun nie,dapat souvenir FM dari Istanbul dan beg duit syiling dari turki...Cantik sangat. Alhamdulillah...kakak opis nie kalau pergi travel tak pernah lupa belikan FM dan souvenir lain...Thank you...thank you kak naz dan kak aya...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Insuran Perlindungan Amat Penting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Insuran Perlindungan Amat Penting | Tahukah korang bahawa insuran adalah sangat penting di masa kini dalam melindungi dan membantu pengurusan kewangan dalam kehidupan kita. Ketika ini pun kita di khabarkan dengan penyakit zika yang semakin merbahaya untuk kesihatan kita semua, selain itu kemalangan jiwa boleh berlaku bila- bila masa tanpa kita sedar bila ianya akan berlaku. 

Mungkin disebabkan faktor kesihatan yang masih baik menjadi salah satu sebab kenapa masih ada lagi yang merasakan keperluan insuran tidak perlu dalam kehidupan mereka. Sedangkan kita tahu bahawa sakit ini boleh datang secara mengejut seperti heart attack, cancer dan stroke. 

Insuran pelindungan direka untuk melindungi kos rawatan perubatan swasta seperti kos kemasukkan ke hospital dan penjagaan kesihatan sekiranya kita sakit ataupun ditimpa kemalangan. Perlindungan insuran disediakan oleh syarikat insuran yang berlesen sebab kita ambil premium dan kita bayar every month for insurans tu. Tapi berhati-hati dunia lebih canggih macam-macam kes penipuan banyak berlaku. Oleh yang demikian,korang kena kenal pasti syarikat insuran itu berlesen atau tidak , sah atau tidak sebelum mengambil apa-apa premium dari mereka.

Sebelum membeli sebarang insuran, korang kena lebih bijak dalam membuat pilihan kerana setiap polisi berbeza mengikut pelindungan,manfaat dan kos serta perkhidmatan juga berbeza mengikut syarikat.Jadi, tanya kawan-kawan yang lebih arif dan buat perbandingan dulu. Supaya kita tidak tersalah membeli insuran. 

Semoga korang-korang semua dah ada insuran perlindungan diri dan family... Sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik daripada dah hujan baru kita nak cari payung :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Breakfast Roti Canai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Breakfast Roti Canai | Hari ini rehat buat breakfast pergi kerja..hihi..seronoknya...itu yang boleh siap pergi kerja 6.30 pagi.. Hari ini breakfast special sikit tapau roti canai 2 keping dan kuah kari ayam. Menyelerakan,kan.. Sebab roti canai adalah salah satu makanan kegemaran rakyat malaysia, lagi sedap kalau makan bersama teh tarik panas..peh!serius sedap!walaupun hakikatnya roti canai kosong mengandungi 200 kalori..itu yang kita suka... :P



Breakfast apa pagi ni?
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

OST Abang Bomba I Love You - "Jaga-Jaga" AMIRA OTHMAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Abang Bomba I Love You | Sekarang nie memang tengah layan drama abang bomba nie, siapa tengok?mula-mula korang mesti benci dengan si mawar berduri tu kan..haha..sama la sakit nya la hati ini tengok perangai dia..sama pula watak dia dalam Dia Semanis Honey.. Tapi start episode semalam nampak dia dah insaf dah..layan baik dah adik dia..so,tak ada dah nak stress tengok perangai dia. hihihi..Lakonan amira pun not bad cuma kena banyak lagi belajar if dia nak teruskan dalam lakonan..:) good luck ♥

anyway nak share lagi OST abang bomba i love you nie,kalau dengar banyak kali..lagu nie sedap di dengar..bukan sedap di makan ya... :)



Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Siapa Penggunaan Span Mandi?Sila Hentikan!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Siapa Penggunaan Span Mandi?Sila Hentikan! | Ish!dah kenapa tiba-tiba suruh berhenti pakai span mandi atau jaring nie..Best apa mandi guna span mandi atau jaring nie seronok je boleh tanggalkan segala daki yang ada pada badan kita. Terasa macam dekat SPA kalau pakai span mandi tau boleh berjam-jam dalam bilik mandi.

Tadi nieyl terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa penggunaan span mandi atau jaring tu tidak bagus. Kata pakar dermatologi ianya mendatangkan lebih banyak bahaya daripada berguna. Ini kerana bakteria membiak sangat cepat pada span mandi hanya dalam satu malam.

Selain dari itu, sel-sel kulit mati yang kita sental tu terperangkap dalam lipatan jaring dan kemudian span atau jaring berada dalam bilik suhu panas lembap jadi,kulit kita akan mudah terkena jangkitan bakteria atau kulat pada kulit.


Alamak!nieyl ni dah la suka pakai jaring tu untuk sental daki-daki...takut pula la dengar bila ckp pasal bakteria atau kulat nie..nampaknya kita mencegah dari sekarang nie,balik kang nak buang semua span atau jaring dalam bilik mandi..korang pun yaaa...


Sumber : The Sun UK
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Birthday Adam 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Birthday Adam 1 | 23092016 genap adam elzafrel setahun,Alhamdulillah..membesar dengan sihat dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Adam menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat Amin.. Siapa adam?adam nie my nephew belah en.husband dan dia merupakan cucu sulung dalam family en.husband. Last week mummy dan daddy adam buat majlis untuk celebrate birthday adam dekat rumah wan (rumah MIL). Walaupun simple tapi meriah dengan kehadiran jiran² dan family terdekat.


Backdrop mummy dengan acue yang gigih buat sama-sama dekat rumah wan..Simple tapi menarik sebab warna warni pakai kertas crepe je..:)


Birthday boy masih ambil mood sebelum potong kek. Sebelum acara potong kek ada buat sedikit doa selamat untuk lebih berkati majlis yang di adakan nie..


Kanak-kanak kalau pergi majlis hari jadi,benda yang mesti kena ada gula-gula, belon dan topi atau topeng birthday. :)


Sebahagian hadiah yang adam dapat dari tetamu yang hadir,actually banyak juga hadiah adam dapat,ini sebelum majlis,lepas majlis penuh 1 meja dengan hadiah adam..Alhamdulillah murah rezeki dia..



Inilah dia captain M.Adam El Zafrel tema birthday adam tahun nie. Nampak tu baju captain dia pakai nak bawa kapal terbang kata mummy...InsyaÁllah...Amin...


Kek birthday adam bertemakan captain cantik kan,bukan cantik je sedap juga kek dia. Budak² yang meraikan siap beratur ambil kek tapi yang dia nak nya tu kapal terbang tu..hihihihi


Sebelum adam potong kek.. maklong,mummy,maklang dengan acue berposing dulu dekat kek adam..



Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar, this week dieorang nak pergi ke Penang jenjalan dekat sana sambil pergi rumah adik ipar (maklang)..alahai..kalau ikutkan hati memang nak join sangat tap i keadaan dan masa tidak sesuai sebab Mak tengah tak sihat,ayah masih dekat hospital..Tapi tak apa, mana yang penting dulu..InsyaÁllah next percutian kita pergi ramai² ya... :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hati Itu Mahal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat Pagi ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Wanted Ohsem Bloglist Blog Kaklong

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Kalau nak join juga..korang klik banner okey!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Boleh kalau nak guna kredit kad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Boleh kalau nak guna kredit kad | Banyak kali di tawarkan untuk memohon kredit kad sepanjang bekerja,tapi belum pernah lagi hati ini terbuka untuk sign dengan mana² bank untuk kredit kad. Alhamdulillah..Sebab masih ada kesedaran diri yang diri ini sebenarnya tidak mampu untuk menahan nafsu shopping dan nafsu pembelanjaan yang tidak terkawal. That why, kredit kad sangat-sangat dijauhi dari kehidupan sekarang..Mungkin akan guna tapi not now..maybe bila rasa diri ini boleh belajar kawal nafsu perbelanjaan.Ini pendapat tentang diri sendiri..

Sebenarnya semua benda dalam dunia ini ada kebaikan dan keburukan,begitu juga dengan kredit kad ni ada masanya dia menjadi kawan karib kita dan pada masa yang sama kalau kita terlalu baik ianya akan bertukar menjadi musuh dalam hidup kita. Sebab itu kita kena pandai untuk mengawal diri kita bila bersama kawan karib kita iaitu kredit kad

1 kredit kad sudah memadai

Nieyl pernah berkawan dengan orang yang mempunyai lebih dari 1 kredit kad. Kebiasaannya mereka yang bergaji lebih tinggi dr nieyl la..hihihi.. kalau nak pilih kredit kad pilih yang bersesuai dengan kita. Ini sangat penting untuk kita mengawal perbelanjaan kita. Kriteria pertama yang perlu di pilih ialah kad Islamik kemudian baru la kita boleh pilih kriteria lain mengikut gaji dan pembelanjaan kita. Contohnya,kalau perbelanjaan kita banyak ke arah petrol..seminggu 2x isi minyak nak pergi kerja,jadi korang boleh la pilih kad yang banyak boleh memberi kelebihan seperti bonus point ke kan.

Guna untuk dapat bonus sahaja

Bila dah guna kredit kad midset sangatlah penting okey. Korang kena midset bahawa kita guna kredit kad untuk mendapatkan point atau kelebihan yang lain yang tidak mungkin kita dapat kalau bayar tunai. fikir-fikirkan :)

Sentiasa buat bayaran penuh

Cuba elakkan daripada bayar minimun sahaja,kalau dapat penyata kalau boleh buatlah pembayaran penuh. Kerana kita akan dicaj dan akan jadi banyak di bulan akan datang ini yang mengakibatkan hutang semakin banyak dan akhirnya kita tidak boleh bayar..

Guna Hanya untuk perbelanjaan tetap

Dan ada 1 lagi cara yang lebih mudah untuk korang tidak terlebih belanja dengan menggunakan kredit kad,contohnya korang bayar bil-bil yang setiap bulan kita kena bayar. Kalau boleh,elakkan guna untuk shopping dan makan minum. Kerana ianya sukar di kawal dan mudah terlebih belanja..

Jadinya..berhati-hati ketika menggunakan kredit kad nya,berbelanja dengan bijak. sebab ramai orang muda-muda dah muflis disebabkan kredit kad. :)




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Allah adalah penilai kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Allah adalah penilai kita | Kadang-kadang niat kita itu baik tapi di salah erti dan dipandang serong oleh seseorang itu.Namun jangan la kita putus asa untuk menjadi baik setiap hari kita akan cuba untuk menjadikan diri kita lebih baik.Walaupun kadang-kadang kita rasa down bila orang sekeliling kita tidak menghargai kebaikan kita.. Jangan risau,ALLAH sentiasa tahu niat dan apa yang ada di dalam hati kita. Percaya bahawa setiap apa yang kita buat..Allah menilai..baik atau buruk. 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Domino's Pizza Delivery

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Domino's Pizza Delivery | Wah!nampak tajuk domino's laju je klik kan. Siapa peminat makanan segera domino's? Kita geng. Ada kisah di sebalik tajuk tu, nie nak story nie. 15 Sept hari tu kebanyakkan staff ambil cuti panjang minggu raya korban. So, nieyl masih bekerja seperti biasa. Lepas update status dekat wall fb tu. Someone yang nieyl kenal, satu office pula tu komen and then tetiba dia kata tekak dia nak makan domino's. hahaha.. Tahu lah domino's tu tak sampai 10minit dari office nie. Ingatkan dia bergurau,sebab dah petang lagi sejam lebih nieyl nak balik dah. Rupanya dia betul² order..


Maaf ya kalau tengok status wall tak ada kena mengena dengan sembang pasal domino's hahaha.. adoi..lawak pulak rasanya sebabnya kawan nieyl tu duduk alahai...jerit pun boleh dengar la..mengada! :P


Around pukul3.50 petang, kawan pun panggil..tadaaaa...domino's dah sampai...wah!cekap dan pantas nasib baiklah tak salah pizza macam hari tu..hihi..hari tu member order lain dapat lain tapi nasib baik dia jenis tak kisah..bedal sahaja..


Box yang pertama, Set Fabulous Four yang ramai buat review cakap sedap dan best..So, nieyl baru nak try..hahaha..keseluruhan set ni nieyl paling suka mini cinnadots dan Roasted Chicken Drummets. Yang lagi 2 tu so so je la pada tekak nieyl.Tekak orang lain tak tahu la. :)


Box yang kedua kita ada pizza Extravaganzza dan box ke-3 xde dalam gambar kita try Banana Kaya Dessert. Memang sedap,rasa dia manis² buah macam tu,atas tu dia tabur gula halus..korang try la..Sedap!Kalau tak silap kalau Add-on harga dia RM6 tapi kalau beli ala carte dalam RM7.

Terima kasih sangat² dekat kawan tu, sudi belanja minum petang, balik senang hati dengan perut yang kenyang. :)

#semogamurahrezekidia
#Alhamdulillah
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Melawat Ayah Di IJN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Melawat Ayah Di IJN | Kebetulan pagi tadi (22/9/2016)  dalam pukul10 pagi 2 orang abg nieyl nak pergi melaway ayah dekat IJN , rasa hati ini nak sangat pergi sebab plan nak pergi hari sabtu nanti dengan my sister. Tapi kita hanya merancang Allah menentukan, Allah gerakkan hati ini untuk pergi juga melawat ayah hari ini, bersyukur sangat dapat bos yang tersangat baik dan nieyl minta time slip 4jam untuk melawat ayah dekat IJN. Kebetulan kakak nieyl yang kerja dekat KKM pun dapat pelepasan 4 jam ,so kami berempat pergi.

Orang kata tiada apa yang membahagiakan hati ibu ayah kita dengan melihat kehadiran anak² dia, mengambil berat tentang kesihatan dia walaupun jauh IJN dengan rumah nieyl. Alhamdulillah, hari ini hari ke 3 ayah kena tahan dekat IJN..Kalau dari segi kesihatan,ayah dah stabil dan masih kena rest dekat hospital untuk beberapa hari lagi. Ayah kena buat operation BYPASS ,Bypass ialah pembedahan pintasan koronari. Matlamat pembedahan ini adalah untuk menggantikan arteri rosak dalam hati dengan saluran darah dari bahagian lain badan. Pembedahan ini digunakan apabila arteri koronari anda tersumbat atau rosak.

Buat masa ni doktor belum boleh bagi tarikh untuk buat pembedahan,cuma kami adik beradik kena always standby,bila doktor dah tetap kan tarikh kami semua adik beradik akan ambil cuti dan menunggu di IJN. Kalau tak silap,pembedahan bypass nie mengambil masa lebih kurang 5 jam. Lama kan?hmm...


Nieyl suka IJN nie dia sangat selesa, actually..masa sampai tadi jumpa ayah dekat katil dia lepas ayah ajak duduk dekat ruang tamu,so..boleh sembang² dengan selesa. Ada tv kalau nak bercakap kuat pun tidak menganggu jiran-jiran sebelah katil.


Bila snap gambar nie, rasa macam kakak ngan abg² tengah interview ayah.hihihi.. ayah nampak lebih sihat,lebih cergas berbanding sebelumnya. Walaupun setiap pembedahan itu berisiko,tapi kata ayah.. berdoa sentiasa,jangan sesekali putus berdoa. dan tadi ayah pesan, ayah doakan semoga nieyl dapat diserap ke jawatan tetap..Amin...itu je yang selalu ayah ckp..InsyaÁllah..mudah-mudahan..Amin..


Itu bukan nieyl ye..itu my sister kebetulan hari ini dia pun pakai baju warna hijau sama ngan nieyl. Gambar nieyl tak ada sebab dieorang tak pandai nak snap picture nie,semuanya blur..😠 okey, itu je nak share ngan korang keadaan ayah nieyl sekarang nie..terima kasih atas setiap doa yang korang doakan untuk kesihatan ayah nie..InsyaÁllah..nanti nieyl akan update bila ada perkembangan baru tentang kesihatan ayah nieyl yaaa...:)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Petua Hilangkan Kesan Tahi Lalat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Petua Hilangkan Kesan Tahi Lalat | Kalau baju yang lama yang jarang² kita nak guna biasanya kita akan simpan dalam almari dalam jangka masa yang lama kan,kadang² tu kita tak sedar pun dah makan tahun. Kalau simpan dalam keadaan yang baik,InsyaÁllah..ini kalau jenis yang lembab² main campak je dalam almari itulah masalahnya.. Mesti banyak tahi lalat.

Sebenarnya kan korang, kalau kita ada pakaian-pakaian yang masih cantik tapi sayang ada kesan tahi lalat yang bintik² hitam tu,jangan la korang buat dalam tong sampah. Sebabnya kesan tahi lalat tu boleh di hilangkan dengan petua yang nieyl nak share ni..

  1. Campurlah sedikit cuka ke dalam setengah liter air
  2. Rendam pakaian yang ada kesan tahi lalat tu dalam bekas yang kita dah campur cuka ngan air.
  3. Rendam tu semalaman ya..bukan sejam atau 2 jam
  4. Keesokan hari,cuci pakaian tadi dengan sabun seperti biasa.
  5. Siapkan air panas yang dicampur dengan perahan limau nipis
  6. Bilas pakaian tadi dengan air perahan limau tadi
  7. Biarkan beberapa saat dalam air panas tu
  8. kemudian cuci semula pakaian tadi dengan sabun
  9. Bilas dengan air bersih.
  10. Jika tahi lalat masih ada lagi,korang boleh ulang langkah no.5 sehingga no.9.
  11. Dan jangan lupa jemur sehingga kering.

Selamat Mencuba!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Satu Kelainan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Satu Kelainan | Pagi tadi ada perhimpunan bulanan untuk bulan september tema bulan ni Hijrah Satu Pengorbanan sempena Maal Hijrah akan datang. Konsep perhimpunan kali ini pun berbeza kalau sebelum ini kita akan berdiri sambil dengar amanat, tapi untuk kali ini kita duduk atas tikar manakala big boss duduk atas kerusi dan ada meja macam ustaz nak bagi tazkirah.. Tapi bagus lah ada kelainan dari sebelum ini cumanya kalau dah duduk bersila begitu, masing² berpotensi kebas kaki..hahaha.. Mungkin ada yang tahu, nieyl akan berpindah office ke bangunan kekal InsyaÁllah tak akan pindah lagi la rasanya sebab dah 2x pindah bangunan office nie. So,ini mungkin perhimpunan yang terakhir di bangunan ni..Akan datang akan buat di bangunan baru pula 😍

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Seindah Cerita Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign