Seindah Cerita: August 2016

Rahsia Ulam -Ulaman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Rahsia Ulam -Ulaman | Bila ada group whatsapp yang selalu share benda² yang baik, informasi kesihatan, perkongsian yang boleh membantu kita menambahkan lagi ilmu pengetahuan, group tu selalunya orang tak akan left... Group whatsapp bukan sahaja jadi medan gosip² je tau, kalau baik kita gunakan nya..baik juga la hasilnyaaa...

Ok yang ni, ada kawan sekolah share dalam group sekolah..sememangnya benda nie sangat baik dan bagus untuk di kongsikan kepada semua orang, ada di antara pembaca yang selalu makan tapi tak sure khasiat dia,so..nieyl share kan gambar dan khasiatnya sekali..supaya kita kenal yang mana daun selom dan yang makan ulam raja..hihihi..

















Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.. Jaga setiap pemakanan dan kesihatan kita ya.. ♥

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-59

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-59 | Syukur Alhamdulillah,tahun ini sekali lagi kita berpeluang meraikan hari kemerdekaan negara kita yang tercinta. Moga negara kita terus aman selamanya dan rakyat bersatu mempertahankan kemerdekaan negara kita...Amin...

Teringat pulak time form6..tempoh pengajian 1 tahun 7 bulan..tapi nak kena study subjek sejarah je 4 buah buku. Tebal² pula tu, sejarah Asia Tenggara, sejarah Dunia, Sejarah Tamadun Islam dan Sejarah Malaysia..So,banyaklah sejarah yang kteorang kena kaji lebih mendalam serius tak sama langsung macam belajar nak SPM..huhu..nanti la ada masa nanti,kite share pasal pengalaman ambil exam STPM..yg orang heboh kata susah tu yaaa.. :)







  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Light Sensation Di Serdang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Light Sensation Di Serdang | Projek yang dipanggil Light Sensation ini bakal menyaksikan 30,000 kuntum bunga ros LED dipasang dan di susun sebagai salah satu langkah untuk memecahkan rekod dunia sekaligus layak di nobatkan dalam Guinness World Records!

Serius tengok gambar pun hati dah begitu teruja untuk melihat sendiri ke cantikan dan keindahan bunga ros yang di pasang LED..wah!seperti berada di luar negara..cuba korang tengok gambar dekat bawah nie..terujanya nieyl...




Projek ini kerjasama bersama Malaysia Agro Exposition Park (Maeps) serdang ini bakal berlangsung pada 7 September - 17 September 2016. Bermula jam 5.00 petang sehingga 12.00 malam. Harga tiket yang dikenakan iaitu RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak..Untuk info lanjut boleh ke website light sensation

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kalau gemuk jangan salahkan karbohidrat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kalau gemuk jangan salahkan karbohidrat | kalau gemuk mesti pandang serong dekat karbohidrat betul ke tak? sebab semuanya berpunca dari karbohidrat kan..to be honest sebenarnya kita yang buruk sangka dengan karbohidrat nie,actually tidak semua karbohidrat tidak baik, contohnya nasi dan kentang ianya merupakan karbohidrat yang sihat.

Mereka yang mengikuti diet atkins misalnya memang melarang pengambilan karbohidrat dalam diet seharian kerana 'reputasi'buruk karbohidrat itu sendiri,betul tak?siapa buat diet atkins?hihi..nieyl sendiri pun pernah buat diet atkins nie...

Seorang ahli nutrisi dan gizi dari British Dietic Association mengatakan karbo seharusnya menjadi bahagian penting dalam diet seharian dan kita haru berhati-hati jika meninggalkan pengambilan karbor secara drastik. Teringat pesanan kakak setempat kerja nieyl, dia ada pergi class diet bersama kevin zahari,katanya dalam diet karbo adalah sangat penting,jadi jangan sesekali tinggalkannya. Ambil dia maksudnya bukanlah satu pinggan ya..hanya sepenumbuk kita je ya..cukup!

Cara sebenar untuk pengambilan karbohidrat..

  1. Pengambilan secara sederhana adalah di galakkan (size penumbuk kita)
  2. Pengambilan gula dalam makanan harus dikurangkan
Selepas kita mengambil karbo dalam diet,tubuh kita akan membakar lemak dengan peratusan lebih tinggi untuk dijadikan sumber tenaga yang sangat luar biasa..

Ingat ye...DIET untuk SIHAT! ♥



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Senarai Bloglist Seindahcerita Bulan September 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Senarai Bloglist Seindahcerita Bulan September 2016

Tahniah!
  1. https://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html
  2. http://www.ceritaejoy.com/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html
  3. http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html
  4. http://masturanasarudin.blogspot.com/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html
  5. http://mykawaaiiionlinediary.blogspot.my/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html
  6. http://macammacamcite.blogspot.co.uk/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html
  7. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html
  8. https://gadisgenits.blogspot.my/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html
  9. http://yourbeautyhome93.blogspot.my/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html
  10. http://mrsyatie.blogspot.my/2016/08/segmen-bloglist-september-blog.html

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pentingnya Sarapan Pagi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pentingnya Sarapan Pagi | Korang dah sarapan pagi ke belum hari ni?hope semua dah sarapan dan bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab pada hari ini yaa.. Sebaik-baiknya mulakan hari kita dengan pengambilan sarapan pagi sebab ianya sangat penting untuk memberi kita tenaga untuk hari yang sibuk seharian.

Antara manfaat yang diperoleh melalui sarapan pagi adalah: 

  1. MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN
    Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.
  2. KURANGKAN BERAT BADAN
    Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.
  3. TINGKATKAN DAYA TUMPUAN
    Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.
     
  4. CEGAH SAKIT JANTUNG
    Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Segmen Bloglist September Blog Seindahcerita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


TAMAT : 29 OGOS 2016

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist September Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page
3. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
4. 10 Blog yang tertuah akan dipilih melalui random.org

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Saya Nak Menang Set Skinfood Bernilai RM200

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
join klik banner

First sekali thanks yaya invite akk join...
Saya nak menangSet Skinfood kerana ingin mencuba produk korea yang meletop kebabom tu, manalah tahu muka boleh jadi lebih sihat dan cantik

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

join klik banner

Tarikh akhir :10 September 2016
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Taman Mini Nieyl Ke-2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Taman Mini Ke-2 | Last week rasanya nieyl ada story pasal taman mini dekat rumah, kalau tak caba lagi boleh la klik SINI , so..hari ini nak share taman mini ke-2 yang en.husband buat selama 2 hari katanya. Kali ni taman mini dekat belakang rumah,tepi rumah kakak.. Actually,sebelah tu abg ngan kakak nieyl ada buat taman sayur... jadi memang sesuai sangat la buat tempat lepak petang²...


Semalam dah rasmi kan dah, nieyl masak sambal tumis dengan cekodok,kakak buat air..kteorang lepak ramai² minum petang. Seronok pulak rasanya. Sambil tu plan nak buat makanan² hari merdeka nanti dekat taman ni juga..sebenarnya kan, tak sangka jugak en.husband nie pandai bertukang sampai boleh jd taman..hihihi...


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Sayur Bendi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Sayur Bendir | Salah satu sayur yang jura suka ialah bendi, ada orang tak suka sebab dia berlendir kan, kita memang suka makan kalau masak asam pedas tu kena letak banyak sebab kita je boleh makan 5 batang bendi..hihi...hari ni kita nak kongsi petua bendi daripada berlendir..Jom...

Bahan-bahan

  • Bendi
  • 1 sudu minyak masak
  • air

cara-caranya

  • Didihkan air bersama minyak masak
  • Masukkan bendi dan rebus seketika
  • Angkat dan toskan air..
  • sedia di makan sebagai ulam



* bendir yang di rebus makan sebegai ulam,bersama sambal belacan..peh! sedapppp!


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Nasi Lemak Mak Jadi Pilihan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Nasi Lemak Mak Jadi Pilihan | Pagi isnin nie tak sempat nak buat breakfast berat sebab sibuk masak untuk lunch punya bekal..biasanya kalau tak sempat buat breakfast nieyl akan beli je dekat kedai abg,biasa nasi lemak la sebab RM1..

Dulu kedai makanan tu mak yang usahakan,so..sekarang nie abg sulung nieyl yang take over, kalau tanya apa yang specialnya dekat kedai makanan tu, untuk sarapan pagi adalah nasi lemak mak.. Memang cepat habis,kadang² meeting dekat opis pun ada yang order..selain dari tu ada juga menu lain termasuklah roti canai..

Kalau time lunch pula, ada nasi campur biasanya masakkan kampung menjadi pilihan pelanggan², selain tu ada juga buat goreng² dan setiap hari jumaat ada mee kari special.. Cuma biasanya waktu lunch sangat ramai, soo..kalau lambat memang berpotensi tak dapat makan.. :)


Siapa yang rajin pergi area Dengkil tu, ha..boleh la singgah yaa.. Dekat Kampung Dato Ahmad Razali,nama kedai Permata Puspasary.. Waktu beroperas Isnin hingga Jumaat ( 6.30 pagi - 3.30 petang) dan pada hari sabtu ( jam 7.00 pagi - 12.30 tgh hari ). Landmarks selepas masjid dan sekolah agama. :)


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Happy Monday!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kempiskan Perut & Kulit Cantik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kempiskan Perut & Kulit Cantik | Kalau lah dapat limau bali yang manis aduhai sedapnya, dah lama rasanya tak makan buah limau bali. Eh!tajuk lain isi dalam lain..apa cerita nie?ha..ada kaitannya ni nak sharing ngan korang hari cuti² nie.. Siapalah taknak kempiskan perut ( merujuk diri sendiri) , dan cantikan kulit walaupun orang kata kulit nie dah cantik.. ( ada ke orang cakap cmtu ) hahahaha..

Udah!ni nak sharing kalau korang nak tahu rupanya limau bali ni banyak khasiat dia untuk kesihatan dan kecantikan kulit..Ha..nieyl pun baru je tahu tapi itu la nak dapatkan limau bali yang manis nie payah..nasib² juga kan..

Ini antara khasiat nya untuk kita orang perempuan...:-



  1. Rawat masalah kolestrol 
    Buah limau bali amat bermanfaat bagi kesihatan, kerana kandungan pektin yang terdapat di dalamnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Dikatakan pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekali gus mengurangi risiko sakit jantung.

  2.  Serat yang tinggi
    Sebiji buah limau bali mengandungi lebih kurang 25 peratus keperluan serat yang diperlukan tubuh setiap hari.
  3.  Legakan cirit birit
    Makan buah limau bali dikatakan mampu merangsang kesihatan pencernaan dan menghapuskan masalah seperti sembelit dan cirit-birit.
  4.  Turunkan berat
    Mengandungi enzim pembakar lemak yang mampu membantu mengurangkan berat badan. Enzim yang dikenali sebagai Carnitine pamitoyl-transferase ini, tidak ditemui dalam kebanyakan makanan. Ini mampu merangsang perjuangan anda menentang perut buncit. Tidak hairanlah mereka yang berdiet memilih buah limau bali sebagai tabiat pemakanan sihat.
  5.  Perangsang imun pantas
    Setiap biji buah limau bali mengandungi lebih kurang 600 peratus keperluan vitamin C yang diperlukan tubuh. Sumber besar asid askorbik ini telah lama digunakan di Asia Tenggara sebagai perangsang sistem imun yang pantas.
  6.  Hapuskan kulit berkedut
    Kandungan vitamin C yang tinggi juga bertindak sebagai antioksidan yang boleh mengelakkan radikal bebas berleluasa dalam tubuh. Apabila kurangnya radikal bebas, sudah pasti tanda-tanda penuaan kulit seperti kedutan, kulit mengendur dan jeragat berlaku.
  7.  Bagus untuk mulut
    Vitamin C juga menghasilkan kolagen yang mampu menguatkan tisu-tisu, organ-organ dan sel-sel dalam tubuh. Ini merangsang kekuatan gusi dan permukaan mulut sekali gus mencegahnya daripada menjadi lemah.
  8. Rangsang sistem peredaran darah
    Setiap sebiji buah limau bali mengandungi 37 peratus kalium yang diperlukan tubuh setiap hari. Ini mampu melepaskan tekanan pada pembuluh darah dan merangsang peningkatan peredaran darah dan pengoksigenan sistem organ.
  9. Elak kecederaan ligamen
    Jika anda mudah mengalami kekejangan dan kecederaan otot disyorkan, mengambil buah limau bali. Ini kerana kandungan kalium dalam memainkan peranan penting sebagai keseimbangan cecair dalam tubuh. Tanpa tahap kalium yang cukup, anda mungkin mudah mengalami kekejangan, kebas dan kecederaan ligamen.



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Nasi Tidak Cepat Basi,kenapa ek?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Nasi Tidak Cepat Basi,kenapa ek? | Siapa yang tak pandai masak nasi meh habaq kat nieyl..sodeyyy! ish..masak nasi la paling senangt tau sekarang nie sebab dah melambak rice cooker dengan pasaran, tak macam zaman dulu..kena pakai dapur kayu,sampai hangus² nasi itu mak ngan kakak nieyl la yang cerita bila sembang² kehidupan zaman dulu. Nieyl lahir zaman dah kenal dah apa tu rice cooker semua,so tak sempat lah nak merasa..

Kebelakangan nie mak selalu mengadu kenapa nasi bila masak cepat sangat basi. Sebelum ni tak ada pula jadi macam tu. Nak salahkan beras ke nak salahkan orang yang masak nasi tu??

Seperti biasalah, pergi jumpa pakcik google, mesti ada tips² nak selesaikan masalah nasi cepat basi ni yela membazir tau,jadi kita kena cari cara mencegahnya..

Tips nya

  1. Masak beras ikut sesuai batas maksimum yang beras boleh masuk, ini untuk mengelakkan nasi menjadi terlalu lebih dan boleh jadi cepat basi.
  2. masak nasi ikut sekali nak makan,baru lah setiap kali makan nasi lebih fresh dan sedap
  3. Tutup rapat 'rice cooker'setiap kali ambil nasi. udara yang keluar masuk periuk akan berpontesi menyebabkan nasi cepat basi
  4. Boleh juga tambah sedikit perahan air lemon dalam 'rice cooker'ketika memasak nasi. ini kerana air lemon mampi menjadikan nasi wangi dan kadar asam boleh elak nasi daripada suhu panas.
  5. Setelah nasi masak, segerakan kacau nasi agar wap air yang ada di celah-celah nasi dapat tersebar rata. ini akan mengurankan risiko nasi cepat kering..
Yang No.5 tu selalu mak nieyl menjerit, lepas nasi dah masak kacau nasi..kacau nasi..tp itulah anak degil nie x nak dengar cakap..bila nak makan,amekaw!nasi kering yaaa...huhuhu...




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Adoii!terpijak gula-gula getah pula

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Adoii!terpijak gula-gula getah pula | Siapa tak angin kalau tengah berjalan terpijak pula gula-gula getah , adui satu hal pula nak tanggalkan dari tapak kasut. Selalunya nieyl akan pergi dekat atas jalan raya, nieyl seret kat atas jalan raya tu..sampai la dia tanggal. 

Please lah kalau dah makan gula-gula getah tu, tolong la buang dalam tong sampah jangan nak buang sesuka hati dekat longkang la,dekat jalan la ada juga yang tak ada adab lekatkan gula-gula getah dekat kerusi, bawah meja...eee...uuu...geli la uollss... teruk!



Ini ada beberapa cara yang boleh kita buat kalau kita terpijak gula-gula getah..


  1. Simpan kasut dalam plastik dan letakkan dalam peti sejuk. Biarkan sejam kemudian keluarkan, gula-gula getah akan tanggal dengan sendirinya.
  2. Gunakan spray WD-40, hanya sembuhkan pada tapak kast yang terkena gula-gula getah, ia akan tanggal dengan mudah sekali.
  3. Boleh juga gunakan penanggal warna kuku ( nail polish remover), sama seperti spray tadi, ia memudahkan gula-gula getah tanggal daripada tapak kasut.



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Tema Hari Kebangsaan 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tema Hari Kebangsaan 2016 | Semalam kita ada perhimpunan bulanan, istimewa sebab bulan nie adalah bulan kemerdekaan. Selain mendengar amanat dari pengarah, urusetia perhimpunan menganjurkan aktiviti kuiz kemerdekaan. Ada 22 soalan mengenai Malaysia, pembahagian group mengikut cawangan. Cawangan nieyl dapat No.3 hihihi..oklah tu kan...

Bila tiba bulan kemerdekaan perkara atau soalan yang sering kita nak tahu adalah tema dan logo hari kebangsaan kan..So,tahu tak untuk tema tahun 2016 ni apa?tahu ke idak? Mesti la korang tahu kan.. Tema tahun nie masih lagi sama seperti tahun lepas " SEHATI SEJIWA"


Untuk bulan kemerdekaan nie doorgift kita dapat butelin bahagian yang telah dirasmikan juga semalam oleh Pengarah dan setiap tahun akan dapat bendera percuma..=) 




Semangat kemerdekaan nampak tu,ha..merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Seindah Cerita Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign