Seindah Cerita: April 2016

Resepi Ayam Bakar Diet Atkins by nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ayam bakar by nieyl | Sejak berdiet Atkins (DI) nie, sememangnya banyak makan makanan yang tidak berminyak, kalau nak beli makanan DI tu faham² lah harga dia kan. Jadi, memang kena belajar masak sendiri di rumah untuk langkah penjimatan. 

Alhamdulillah, setakat last week timbang ada penurunan 4kg dlm masa 2 week. Ada rakan² yang minta share setiap resepi DI kat blog..Aduh, malulah..kita masak pun main² campak saja sebab sendiri yang nak makan kan.

Kepada yang nak start DI tu, jangan sesekali paksa diri. Dan jangan la ikut sangat DI yang orang putih tu, kita DI cara orang melayu ya. Sebab DI nie kadang kala tidak sesuai dengan badan kita. Nanti entry lain nieyl story sikit aktiviti yang nieyl buat untuk diet nie okey!

Ok,ini resepi pertama DI yang nieyl nak share..simple..sedap!haha..puji diri sendiri..

Bahan²
Ayam
Blackpaper
Garam
Lada sulah
Oregano
Maggi cukup rasa (xnak pun tak apa)
Sos tiram
Madu
 Blackpaper + GaramLada + sulah + Oregano +Maggi cukup rasa 
 Tambahkan sos tiram dan madu sedikit sahaja
 Nieyl tak suka gaul dengan tangan sebab ada blackpaper, nanti tangan panas..Apa yang nieyl buat, nieyl tutup dan shake..shake...shake..hahaha..bila buka dia dah sekata nampak tak?dah mesra gitu.. Simpan dalam peti sejuk area bawah saja, dalam 30 minit macam tu..lepas tu baru grill ok :)
Ok ini lah hasilnya, sori ayam tak berapa nak lawa sangat sebab nieyl buang kulit ayam tu..sebab tu nampak hitam². Actually nak bagitahu yang nieyl grill ayam nie x pakai oven ataupun magic pan tau..nieyl just pakai kuali yg nieyl beli di Go Shop . Sangat best,tidak melekat langsung dan yang penting bahagian dalam ayam masak dengan sangat sempurna tau.. eh..terpromote pula..:P

Oklah itu sahaja nieyl nak share untuk first resepi ala diet atkins nieyl :)

Jumpa next entry :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Kehebatan Rekabentuk Masjid Di Jerman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Masjid Di Jerman | First time tengok gambar ini terkata dalam hati wow!cantiknya bangunan nie..
Tapi sebenarnya itu adalah masjid di Jerman tau.Rekaannya begitu memukau, menggabungkan elemen moden dan juga tradisional Turki. 

Masjid yang dipanggil Cologne Central Mosque ini terletak di Jerman. Ia dibina berasaskan kombinasi material kaca, konkrit dan juga kayu yang menjadikan rekaannya sangat luar biasa.


Sekali pandang, bentuknya menyerupai masjid-masjid terkenal seluruh dunia dengan adanya kehadiran bentuk kubah. Namun dalam masa yang sama, ia membawa elemen unik dan berbeza, yang membuatkan ia lain dari masjid lain di dunia. 

Untuk rekod, ia masih lagi dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Apabila siap kelak, masjid ini bakal menjadi antara yang terbesar di Eropah.


sumber foto : gooole
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Salad Sosej by nieyl

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Salam jumaat!
semoga segala urusan kita hari ini dan akan datang dipermudahkan..
InsyaÁllah
Alhamdulillah...semalam dah selesai ganti puasa...
InsyaÁllah start next week akan amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis..

Pagi nie gagah siapkan bekalan bfast untuk ke opis..
walaupun dah terlajak bangun..hihi...:)


Selamat bekerja semua ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Care, Charity, Cherish

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Care, Charity, Cherish| Lebih mudah dikenali sebagai Projek 3C. Show you care, give a share . Sempena #tahunkeseronokanbekerja setiap bahagian akan menganjurkan ativiti setiap bulan yang melibatkan semua warga. Actually ini merupakan kali pertama yang nieyl join untuk melihat kemeriahannya. 
Nampak tak tu?pemberian secara percuma kepada semua warga. jadi, setiap warga yang datang perlu membawa beg shopping ataupun beg plastik. 
Time ini masih menunggu barang² sampai untuk di susunkan dan dipamerkan atas meja. ha..tak boleh nak longgok macam pasar malam ya..kena buat susun atur biar nampak kemas,tersusun..
Sementara menunggu barang² sampai, berwefie laaa..hihi...jiran² kteorang pun belum sampai lagi time nie. Jadi, kita setup mana² yang ada dulu..sementara tunggu orang lain sampai kan.

Ok,actually banyak kali baju² yang nak disangkutkan..Ini semua hasil sumbangan dari warga bahagian nieyl adalah dalam 2 kotak untuk pakaian sahaja. Alhamdulillah.. Ada yang terpakai tapi keadaan nya masih lagi cantik elok, dan ada juga jubah² yang masih lagi bertag..tidak pernah dipakai lagi.Untung siapa yang dapat tu..terus buat baju raya tau uolls..

Selain dari pakaian wanita,kita ada juga baju kanan² yang comel, tudung ariani, shawl,sejadah dan macam² lagi untuk diberikan secara percuma kepada semua warga.

ha..sumbangan makanan pun ada juga tau...Alhamdulillah...murah rezeki kepada meraka yang sudi membuat sumbangan dan berkongsi rezeki bersama-sama.
Ini kira ruang sumbangan bahagian nieyl, so banyak lagi sebenarnya nieyl tak sempat nak pegang handphone sebab dah start tolong² gantung baju, setup barang² makanan.

Sebenarnya pada hari itu lebih daripada 10 buah gerai yang membuat sumbangan, kebanyakkannya sama juga barangan dia,pakaian,makanan,alat tulis dan perhiasan rumah. 
ini lah wajah² yang membantu pada hari tersebut. semua ceria sebab boleh dikatakan semua barang sumbangan telah habis di agihkan..Alhamdulillah...Pada nieyl ini adalah pengalaman nieyl yang paling best laaaa...
Ok,ini pula hasil tangkapan yang berjaya nieyl ambil. Actually, mana yang dapat sahaja sebab terlalu ramai orang.Seronok sangan bila dapat shopping tanpa perlu mengeluarkan 1 sen duit pun..hihi... 

Dan bulan 5 pula,merupakan turn bahagian nieyl menjadi tuan rumah untuk projek ni,tapi tema dah tak boleh yang sama dah, kena fikirkan benda lain..aktiviti lain yang akan melibatkan semua warga di semua bahagian dalam jabatan. Nak tahu kteorang buat apa?hihi..insyaÁllah..nanti nieyl akan share bila dah terjadinya acaranya.. :)

ok jumpa lagi :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Konon nak uji minda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ini cerita pagi semalam..
konon nya nak menguji minda yang dah nak karat nie..hihi..
dr jam 8 pg..sampai 10 pagi pun masih tak boleh teka apa benda gambar nie..
sampai kan,ajak group office berfikir...
Lepas tu ada seorang kakak tu, dia cakap...
nieyl kena fokus,baru boleh nampak...
sekali naik juling juga mata ni fokus...
terus nampak...koboi yang ensem..hahaha...
adeh...magik! haha

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Ini 'Stailo' Habis!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Zaman sekarang ni kalau kita kata perkembangan fesyen,bukan saja tertumpu pada
wanita dan lelaki, kini dah jadi trend dah..fesyen kanak² lebih hebat dari golongan dewasa.
Biasanya, ibu bapa yang sentiasa menginginkan anak-anak mereka digayakan mengikut fesyen terkini kemudiannya memuatnaik gambar di laman media sosial untuk tatapan umum.

 Manalah tahu, dengan gaya dieorang itu dapatlah kanak-kanak ini menjadi model selain membuka peluang rezeki untuk dieorang kan..bertuah badan tau...
Siapa yang ada IG tu kalau boring² tu korang boleh stalk beberapa IG yang nieyl nak
share ni,ha...tengoklah gelagat kanak² nie berfesyen...meletop!

  Geram pula bila menengoknya! Kalau dekat Malaysia sekarang nie,
Nieyl suka  tengok Aaisyah dengan Lara..
boleh kata hari² stalk IG depa nie..:)
Instagram : @kelli_murray

Instagram : @babyellestyle

Instagram : @miss_gabby_13

Instagram : @miss_gabby_13

Instagram: @fashionlaerta

Instagram : @ministylehacker

Ok semua tu kat oversea kan...
yang ini kat Malaysia :)

Instagram : @laraalanaa

Instagram : @rozitachewan1

Selamat cuci mata :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Dah cukup tidur pun masing mengantuk?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Walaupun sudah tidur berjam-jam dan cukup masa iaitu 6 hingga 8 jam tapi masih terasa mengantuk.
Adoi apalah masalahnya pun tak tahu..jangan kata siapa..diri ini pun..
kadang² tergolong dalam golongan ini...bermasalah betul kan..

Biasanya kalau rasa mengantuk nie..memang nak berehat jela...
berehat ertinya tidur...lagilah bila balik kerja penat kan..
badan memang nak minta bantal dan tilam saja..

kita perlu tahu 7 sebab petanda mengantuk yang bukan merupakan perkara biasa.

1. Anemia (kurang darah)
Anemia merupakan penyebab utama rasa mengantuk sering menyerang. Kekurangan darah menyebabkan kurangnya zat besi, sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen ke jaringan dan organ tubuh pun berkurang, sehingga menyebabkan orang sering merasa mengantuk.

2. Hipotiroid (menurunnya hormon tiroid) 
Tiroid adalah kelenjar kecil di dasar leher, yang berfungsi mengawal metabolisme dan kecepatan mengubah bahan bakar menjadi tenaga. Ketika kelenjar kurang aktif dan fungsi metabolisme terlalu lambat, badan akan mula jadi lesu dan selalu mengantuk.

 3. Diabetes 
Glukosa adalah bahan bakar daripada tenaga yang dilepaskan dalam sel-sel kerana adanya oksigen. Individu yang mengidap diabetes peringkat 2 memiliki tingkat glukosa darah yang tinggi, kerana tubuh tidak dapat menggunakan glukosa ini untuk menyediakan tenaga. Oleh sebab itu, individu ini biasanya mengeluh berasa penat dan mengantuk sepanjang waktu.

 4. Dehidrasi 
Kepenatan dan mengantuk boleh jadi tanda dehidrasi. Segeralah mengambil atau minum air yang cukup agar tubuh merasa segar dan bersemangat.

 5. Depresi 
Depresi bukan hanya kepada gangguan emosi tetapi juga kepada gangguan lain. Penat, selalu mengantuk, sakit kepala dan kehilangan nafsu makan adalah salah satu gejala yang paling umum pada orang yang mengalami depresi.

 6. Gangguan Tidur 
Gangguan tidur seperti 'sleep apnea' dan insomnia juga dapat menyebabkan keletihan dan mengantuk berterusan. Tidur digunakan untuk mengembalikan tubuh yang segar, sel-sel tubuh diperbaiki dan merehatkan diri. Malah, bagi yang menderita kurang tidur disebabkan insomnia, 'sleep apnea', sistem pernafasan akan terganggu sehingga sering menyebabkan keletihan dan mengantuk.

 7. Penyakit Jantung 
Ketika mengantuk berlaku pada setiap hari, sebaiknya anda harus memastikan bahawa jantung berada dalam keadaaan yang baik, kerana selalunya mengantuk adalah pertanda awal penyakit jantung.

 8. Sindrom Keletihan Yang Kronik 
Letih dan penat biasanya segera hilang saat beristirahat. Tapi untuk 'chronic fatigue syndrome', keletihan ini tidak cepat hilang dan biasanya disertai dengan kelesuan, mengantuk, cepat marah, ketegangan otot dan dalam beberapa kes yang boleh menyebabkan terjadinya hilang memori.

Alamak...nampaknya serius masalah ni...
so,jangan main² ye...ambil tahu..

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Teringat dengan kawan²

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bila usia dah mula mendekati angka 3..
rasa perjalanan hidup ini terlalu cepat dan pantas..
tapi still muka muda tau..hihi...

Bila duduk sorang² teringat pada kawan² sekolah rendah...
sekolah menengah..rasa rindu sangat dengan dieorang...
Ada yang dah kahwin...Ada yang dah ada anak..
dan ada juga yang masih single..:)

Nak buat reunion, tapi biasalah susah nak dapatkan date..
masing² ada komitmen.. Nasib ada whatsapp..
boleh juga whatsapp tanya khabar...

Walaubagaimanapun, dari jauh ku doakan semoga..
Allah permudahkan segala urusan mereka..Amin..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Muka Macam Familiar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kejadian berlaku ketika mengikuti kursus semalam 4hari di Utara Bulan lepas..
Time tu tengah makan, boleh pula ada orang tegur macam nie..

Orang tu : eh..muka kamu nie ada macam ada 1 blog tu
nieyl : (buat muka terkejut n blur) ekk??????? Oooo..

teruskan makan tanpa bersuara..ha..ha..ha..

Jadi silent blogger pun orang kenal ek..ha..ha..ha..
Nasib baik time tu nieyl letak gambar bawah nie..
dengan muka serius kan..so,tak berapa nak cam kot..hihi

 Ok dah! semalam kenetulan pergi ke Speedmart so,beli sebungkus makanan kucing..
yang jenis basah tu, sebab kesian kat baby nieki nie asyik nak makanan yg keras tu je..
 nieki (ibu) memang suka makanan basah nie,
kalau boleh dia nak hadap sorang²..dengan mama xde nak hadap sorang²..
hidup kena berkongsi dengan orang lain...

So, far mieka dgn 2 ekor lagi kucing nieyl dia x suka makan makanan yang basah nie..
dah letak kat hidung pun masih x nak lagi..dieorang lebih suka makanan bijirin keras tu..
lepas dah kenyang,semasing ambil port tidur..hihi..
lupa nak snap picture dieorang tgh tidur..adoi..
bermacam² gaya ada..kelakar la dieorg nie kekadang...
Dieorang nie la penghibur hati...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Nampak sama je papan tanda tu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kalau kita menggunakan laluan darat iaitu jalan raya kita mesti akan nampak papan tanda
sepanjang perjalanan ke destinasi kita nak pergi kan..

Memang selama ini tak hairan pun pasal papan tanda jalan raya nie sebab pada nieyl
ianya hanya lah petunjuk arah jalan je pun,jadi tak pernah tahu pun kenapa ada papan tanda
warna biru , warna hijau, warna putih dan semua nampak sama je kan..
rupa²nya uolls..papan tanda ni berbeza mengikut warna..hihi..

umur 28tahun baru lah tahu..teruknya..korang nie tahu ke idak?
ke sama je..hihihi...Okey² hari ini kita ambil tahu ya..

1. Warna Papan Tanda Yang Berbeza

Papan tanda yang berlainan warna ini bermaksud mewakili jenis jalan raya yang berbeza.

 Papan tanda berwarna biru mewakili jalan persekutuan yang tidak bertol, negeri dan perbandaran jalan raya.

 Papan tanda berwarna hijau maksudnya lebuhraya Express yang bertol.


2. Jenis Jalan Raya Menurut Huruf dan Nombor.


Huruf E di depan menunjukkan lebuhraya Tol express.
 Contoh, E2, E12 dan sebagainya.

 Digit di depan menunjukan lebuhraya perseketuan.
 Contoh 302, 501, 23 dan sebagainya

 Gabungan huruf selain E dan digit menunjukkan lebuhraya negeri.
 Contoh N10 mewakili lebuhraya di Negeri Sembilan.   


3. Warna Huruf Papan Tanda

Perbezaan warna huruf menunjukkan nama jalan atau nama kawasan.
 Warna kuning menunjukkan nama jalan.
 Putih menunjukkan nama bandar atau kawasan.  


4. Anggaran Jarak Destinasi
Nama destinasi disusun mempuyai maksud yang berbeza. 
 Destinasi/ tempat yang paling bawah di papan tanda menunjukkan dekat.
 Yang paling atas menunjukkan paling jauh.


5. Papan Tanda Berlainan maksudnya mewakili destinasi yang berbeza. Apa kaitan? 

Huruf berwarna hijau dengan latar belakang putih atau huruf berwarna putih dengan latar belakang maroon bermaksud tempat tumpuan pelancong.

 Huruf berwarna oren dengan latar belakang hijau menunjukkan institusi kerajaan.

 Huruf berwarna hitam dengan latar belakang putih menunjukkan bandar atau kawasan


wah lepas nie dah bijak sikit lah boleh baca papan tanda jalan raya dengan betul..
issshhh..selama nie memang tak pernah ambil tahu langsung..
bagus² ilmu nie..
sumber :Facebook Astro Radio Traffic
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Ikan Talang Padi Masak Lemak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Dekat pejabat ada jualan produk hasil laut kering..
Murah² je so,nieyl seperti biasa la... pantang kalau ada orang jual pekasam nie..
memang laju je beli..sebab memang suka makan pekasam nie...
  Ada macam² hasil laut kering antaranya..

1.ASAM GELUGOR :RM4.50
2. ASAM JAWA :RM5.00
3. IKAN PEKASAM :RM8.00 (PUYU & SEPAT)
4. TEMENUNG KECIK :RM8.00
5. TALANG PADI :RM10.00
6. SOTONG KERING KECIL :RM10.00
7. SOTONG KERING BESAR :RM16.00
8. IKAN BILIS :RM16.50

Selain dari pekasam, nieyl try juga beli ikan talang padi..
biasanya kita beli yang had besar tu kan...kalau buat kenduri boleh laaa..
kalau takat makan 3 orang...beli yang comel nie pun dah ok da..

tadaaaa..ini lah hasilnya...ikan talang masak lemak cili api..
super sedappp...mak masak..campur dengan nenas...
mak kata kalau campur dengan rebung pun sedap juga.. :)

Next stor sebelum puasa...
ha..nanti boleh la borong untuk bulan puasa... :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Siapa Dr Zakir Naik?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Siapa yang tidak kenal Dr. Zakir Naik? Seorang ulama India, penulis dan da’i ahli perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah akhir-akhir ini dengan debat dan ceramah di seluruh dunia. Sehinggakan ramai yang tersalah anggap dengan penyampaian dakwah yang dibawa oleh Dr Zakir. Sejauhmana sebenarnya anda mengenali Dr Zakir?


Jika tidak tahu, 8 fakta berikut merupakan info berkaitan Dr Zakir untuk makluman bersama. 

 1. Dr Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.

 2. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .

 3. Dr Zakir merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.

 4. Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

 5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr Zakir telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia. Antaranya ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

 6. Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.

 7. Pada tahun 2012, Dr Zakir pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

 8. Dr Zakir pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya.





  
Kredit : Astro Awani dan Google


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Seindah Cerita Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign