Migrain?Amalkan 5 Langkah Ini Untuk Menghilangkannya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Hanya mereka yang biasa kena migrain tahu bagaimana sakitnya kepala ketika diserang penyakit itu. Mujur ada pakar dari New York Headache Center, Doktor Alexander Mauskop yag memberikan 6 tip bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala anda tidak akan 'berpusing' lagi.


1. Kurangkan kopi
kandungan kafein dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Menurut Alexander, kalau rasa teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.

2. Makan syuran hijau dan kekacang
Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.

3. Tidur yang cukup
Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu)


4. Minum banyak air kosong
Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Menurut Alexander, tiada kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak lagi.

5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga meruapakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.

Pendapat Nieyl : Migrain?bila dia datang menyerang, hanya kita yang mengalami nie je yang rasa sakitnya.Kebiasaannya nieyl akan mandi,cuci rambut dan tidur dalam bilik gelap..tapi kalau tak boleh tahan sangat baru nieyl makan ubat.. Tapi kena duduk dalam tempat yang gelap tu so far,memang sangat membantu. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Salam dr kedah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi semua..
Alhamdulillah nieyl selamat sampai..
Semalam jam 4 ptg..

Hari ni penuh aktiviti smpai ke malam..
Doakan kesihatan nieyl sepanjang berada di kedah ni okey..

Cuaca panas kat sini..
Uolls pn take care ok..
Love korang ketat2..






  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Info Penting Bila Tukar Minyak Hitam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Minyak hitam adalah bahan pelincir utama dalam menyempurnakan tugas enjin ke tahap yang  lebih baik. Kebiasaannya nieyl bab tukar menukar ini memang selalu kedai service je..hihihi.. Ada orang lain dia beli minyak hitam lepas tu tukar sendiri..

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred).Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. 

Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. 

Minyak hitam untuk 3 silinder dan berkapasiti 3 liter adalah biasa dilabelkan dengan SAE 10W 30. Minyak hitam jenis ini adalah biasa digunakan untuk kereta cc (cubic centimetre) kecil seperti Kancil, Mira, Kelisa, Atos, Viva, Myvi dan lain-lain.

Enjin yang mempunyai cc rendah biasanya dibawah 1000 cc ini amat kurang mengalami masalah yang disebabkan penggunaan minyak hitam dan biasanya minyak hitam 3 liter adalah yang paling sesuai digunakan.


Pastikan kereta berkuasa demikian diisi dengan minyak hitam 3 liter sahaja dan bukan 4 liter.

Peringatan : Menukar minyak hitam mengikut kilometer digunakan adalah paling berkesan mengawal enjin dari mengalami kerosakan dan kebocoran. Tukar minyak hitam setiap 5000km atau 10000 km untuk minyak sintetik.   

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Bye!outstation

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Selamat petang semua!followers!readers!

Sepanjang next week nieyl mungkin tidak dapat BW blog kakak²..adik²..abg².. sebab next week nieyl akan ke UTARA..akan ke INTURA Sungai Petani,Kedah sebab terlibat dengan team building kat sana dari Isini -Khamis tengah hari.

InsyaÁllah..Kalau berkesempatan, hari khamis selepas majlis penutup..nieyl akan terus ke Penang sebab En.husband pun insyaÁllah akan ke Penang untuk kami berdua bercuti seketika :)

so tak ada entry?Hmm..ianya bergantung pada kesempatan yang ada malam nie kalau sempat nieyl akan try buat auto publish supaya blog nie tidak sunyi dan kalau berkesempatan line internet semua okey..InsyaÁllah nieyl akan try update guna smartphone okey..

Ada ke orang nak rindu seminggu tak ada nie?? (jangan rasa nak poyo sgt la ye) kalau rasa rindu tu meh belanja sekeping gambar.


Oklah uolls, jangan lupa jaga kesihatan masing²... sentiasalah berfikiran positif dalam apa juga dugaan dan ujian yang mendatang.. Walaupun hanya di alam maya...uolls semua tetap di hati..♥♥ cehwahhh! so,nama² blogger yang ada kat Penang ke..kalau ternampak nieyl ke..tegur la yea.. :)

Ok bye!!

     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Mudahnya Nak 'Panjangkan' Rezeki

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Menabung sudah, berjimat sudah, apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan rezeki sentiasa ada dan tidak putus. Kita perlu 'tilik' perlakuan dan muhasabah diri. Apa yang kita lalai selama ini akan mengundangkan kepada kesempitan rezeki daripada Allah SWT. Bukanlah niat untuk menakutkan tapi sebagai hambaNya kita tidak boleh lupa kepada Si Pencipta. 

1. Jaga Solat 
Solat itu tiang agama. Bagi mereka yang meninggalkan solat balasannya sudah dijanjikan di akhirat kelak. Ada yang sentiasa diberikan kesusahan, disempitkan rezeki, berasa tidak tenang dan sebagainya. Bagi mendapat rezeki yang berterusan, dirikan solat dan jagalah tiang agama. Insya-Allah keberkatan itu akan datang. Walaupun sedikit yang kita dapat, kita akan rasa cukup! 

2. Sombong Dengan Kata-kata 
Jangan sombong dengan kejahilan diri sendiri. Sedar diri sentiasa agar mensyukuri nikmat Allah. Sewenang-wenangnya meninggalkan suruhan Allah dan angkuh menambah kejahilan diri. Jangan tambah jahil yang ada. Lagipun ujian Allah tidak pernah mengira waktu dan tempat. 

3. Bakhil 
Sifat bakhil ini adalah kerana tamak. Tamak dengan harta dan nikmat yang Allah berikan. Terdetik di dalam hati andai dikongsi rezeki yang ada dengan orang lain takut diri sendiri tidak mencukupi itu adalah sifat bakhil yang akan menyempitkan hati dan rezeki. Elakkan rasa bakhil agar Allah melapangkan rezeki. 

4. Penyayang 
Penyayang ini bukan sahaja kepada ahli keluarga malahan kepada orang lain terutama anak yatim dan haiwan. Kita akan sentiasa mendapat doa daripada malaikat dan para haiwan yang dibuat baik oleh mereka. Insya-Allah rezeki juga akan berpanjangan. 

5. Beri Haiwan Makan 
Pernah dengar orang tua-tua sentiasa memuliakan kucing dan sentiasa memberikan kucing makanan. Kucing binatang kesayangan Rasulullah s.a.w. dan apa salahnya kongsi rezeki dengan haiwan yang singgah ke rumah. Paling senang, waktu sedap menjamu selra, tetiba ada kucing cium kaki. Ya, itu petanda paling mudah yang rezeki anda patut dikongsi. Bukan payah nak buka pintu-pintu rezeki, semuanya terpulang pada diri sendiri. Moga permulaan hidup anda akan lebih indah untuk pungut rezeki setiap hari.

Banyak lagi yang kita boleh lakukan untuk sentiasa dimurahkan rezeki, semua perkara yang baik dan niat yang ikhlas...InsyaÁllah...Allah Maha Mengetahui.. :)

Salam Jumaat !
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Birthday Mac Dirai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Setahun sekali bila dirai begini rasa sangat dihargai kan..
terima kasih ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Berkanta Lekap!Hati² ya..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jika dulu kanta lekap dijadikan satu keperluan untuk si rabun tetapi kini dijadikan satu fesyen untuk tampil lebih cantik dan yakin.  Tahukah anda bahawa kebanyakan kanta lekap yang tidak menepati piawaian keselamatan boleh merosakkan mata?

Penjualan kanta lekap yang berlambak di pasar-pasar malam dan yang dijual secara talian semakin berleluasa. Keinginan orang ramai untuk membeli kanta lekap yang murah dan tanpa perlu memeriksa mata ini menyebabkan mereka sanggup membeli kanta lekap tanpa banyak soal. 

Jika kita pengguna kanta lekap, kita sudah tentu tahu prosedur memakai kanta lekap yang sebetulnya malah lebih berhati-hati. Saranan beberapa pendapat bahawa elak memakai kanta lekap ketika berada di tempat panas atau ketika sedang berdepan dengan haba, contohnya ketika sedang memanggang adalah dilarang kerana ia mungkin penyebab buta. Alasan kanta lekap diperbuat daripada plastik ada logiknya. 

Disarankan kita tidak memakai kanta lekap sewaktu mahu masuk tidur atau seharian. Jangan lupa mencuci kanta lekap setelah pakai menggunakan air pencuci khas. kita  juga perlu patuhi bila kanta lekap kita tamat tempoh supaya kita tidak terpakai kanta lekap yang sudah tercemar. Cucilah bekas kanta lekap dan biarkan ia kering sendiri tanpa perlu lap dengan kain atau tisu. 

Mungkin ramai yang kurang tahu kesan memakai kanta lekap dalam jangka masa panjang boleh menghalang oksigen yang menyebabkan kornea kurang sensitif. Apabila kurang sensitif, pengguna tidak akan menyedari matanya dimasuki habuk. Akibat kurang sedar kemasukan bendasing, ia juga menjadi punca mata kurang berkedip sekaligus kurang kelembapan mata. 

Kita perlu tahu pemakaian kanta lekap akan mengubah lengkungan kornea dan rabun akan bertambah. Jika kita tidak mahu diserang ulser kornea iaitu jangkitan bakteria pada mata, elak pakai kanta lekap selama lapan jam berterusan dan ketika tidur. Jika kanta lekap boleh ditukar ganti dengan pelbagai warna tetapi mana mungkin mata boleh diganti dengan mudah!

Artikel ni dari RAPI

Pendapat Nieyl : Sangat bahaya jika kita tidak berhati² mengendalikan kanta lekap nie, hanya untuk mereka yang alert,tidak cuai,sentiasa berhati² dan rajin je pada nieyl yang boleh mengendalikannya dengan baik.. Orang macam nieyl nie rasanya tidak kot,sebab for nieyl mata adalah satu anugerah yang sangat bernilai dalam hidup nieyl,walaupun sekarang nie rabun jauh kena pakai spek but untuk pakai kanta lekap sememangnya jauh dr diri ini. Sebab dah tahu diri ini sangat tak berdisiplin. :) 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Berlarutan rindu ini membunuhku,
Hingga aku jadi tak daya begini,
Mekar lagi bunga yang engkau berikan,
 Apakah masih ada jawapannya,
Ku idamkan cinta ini,
Tapi ku tidak tahu,
Bagaimana hendak ku buktikan,
 Segalanya kembali segar semula,
Hingga aku sukar melupakan semua,
Berlarutan wajahmu sering dimata,
 Apakah kau masih seperti dulu,
 Ku idamkan cinta ini,
Tapi ku tidak tahu,
Bagaimana hendak ku buktikan,
 Ku idamkan saat ini,
Berdoa kan kembali,
 Agar tuhan bukakan semula,
hati ini,
 Moga kita berdua kan mengerti Segala yang telah terjadi,


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Mama pun tak sempat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kebelakangan ini kan cuaca agak panas dari biasa..FENOMENA EL NINO kan..jadi,kerap juga la abiskan masa dalam bilik dan on aircond..Nak dijadikan cerita semalam, kebiasaan nya lepas dah bersihkan badan. Nieyl akan duduk tengok tv atau on laptop.. Tapi semalam macam nak berehat dalam bilik on aircond...nak pejam mata sekejap sementara nak tunggu pukul 7 tu kan..

Dah letak dah bantal semua kat lantai bilik sebab malas nak baring atas katil sebab panas kan.. Belum sempat nak baring...tengok siapa yang over sangat tu...


Itulah dia si over dari mama dia..mama baru je check whatsapp..dia dah terbaring lena siap berbantal lagi..adoiii...potong betul la mieka nie... actually, mieka ini antara kucing nieyl yang paling manja, yang paling setia di mana sahaja...dan antara kucing yang tidak suka di kurung...dia suka bebas...mujur la dia bukan jenis yang buka pintu ke keluar...so,rumah boleh buka pintu dengan luas nya..cuma kebelakangan ada benda yang dia tertarik nak keluar...jadinyer...pagar semua dah kena solletape mcm nie...




Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
     
Continue Reading…

Nasi Lemak Diiktiraf

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Semalam nieyl dengar radio ERA. Dina ada bagitahu `nasi lemak’ yang merupakan makanan popular di negara ini diiktiraf oleh majalah antarabangsa Time sebagai salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang sihat. Memetik laporan majalah antarabangsa itu, meskipun ia berlemak namun, nasi yang dimasak menggunakan santan tetap mengandungi lemak baik yang bagus untuk kesihatan. Artikel berkenaan juga menyifatkan nasi lemak sebagai ‘hidangan yang sangat sedap’.

TIME menjelaskan sarapan amat penting bagi kesihatan seseorang kerana selepas tidur selama enam jam lebih tubuh kita memerlukan nutrien (zat) bagi menjana tenaga melalui proses metabolisme untuk kembali kepada kapasiti tenaga secukupnya. Bagaimana pun, majalah itu berpendapat orang Amerika hanya mengutamakan sarapa bijirin, jus, bakon, telur goreng dan cheese yang hanya menawarkan kapasiti tenaga terhad (selain memanjangkan isu berhubung kolestrol dalam tubuh).

TIME seterusnya berkata walaupun banyak negara lain tidak berkongsi kemewahan bijirin seperti yang dimakan oleh orang Amerika, namun kebanyakan menu sarapan mereka menawarkan pilihan lebih sesuai dan sihat. Majalah itu seterusnya menyenaraikan inspirasi sarapan dari 10 negara yang lazat dan penuh nutrien. 

Selain nasi lemak, sarapan Turki yang kaya dengan buah zaitun, tomato, keju putih, telur dan sosej serta makanan Israel, shakshouka yang mengandungi telur, tomato dan sos sayur turut disenaraikan oleh Majalah TIME. 

Sumber berita : http://time.com/


Ini nasi lemak kedai mak nieyl ♥
siap mention kat fb lagi customer nie...thanks sbb sudi makan kat kedai mak niey ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Sample Pack Biore

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Rasanya redeem time CNY hari tu...
baru seminggu lepas sampai....

Dalam pack tu ada Miracle Cleansing Water lebih macam Makeup remover laa..
ada Biore UV Aqua Rich Watery BB SPF50++ ...
dan terbaru Biore Makeup Remover Wipes  yg nie nieyl suka.. :)
Oh lupa ada la voucher diskaun kalau nak beli produk Biore.. Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Makanan Ini Memang Enak Tapi Bahaya Pada Tubuh Ketika Cuaca Panas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pagi ini terasa sangat panas...berpeluh² makan kat cafe pagi ni... Dalam keadaan cuaca panas melampau ini kita bukan saja perlu minum banyak air mengekalkan kadar cecair dalam badan tapi juga mengawasi apa yang kita makan.

  Tiga jenis makanan ini sebaiknya kita kurangkan pengambilannya ketika cuaca panas kerana ia mampu menjejaskan kadar air dalam badan selain meningkatkan suhu tubuh.

1. Makanan Pedas

Orang Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas baik menggunakan cili api mahu pun rempah. Namun ketika cuaca panas makanan sebegini sebaiknya dikurangkan. Makanan ini dikatakan boleh meningkatkan suhu badan selain menghasilkan peluh berlebihan.

 Oleh itu hidangan seperti masak lemak cili padi atau sambal tumis yang pedas melampau sebaiknya dihindari apatah lagi ketika tengah hari yang panas. Selain itu makanan yang terlalu pedas juga boleh menyebabkan cirit birit bagi yang tidak biasa hingga mampu mengakibatkan tubuh kehilangan cecair yang mana cukup berbahaya ketika cuaca panas.

2. Teh dan Kopi

Sudah menjadi kebiasaan kita sarapan mesti diiringi dengan minuman kopi atau teh.
Tapi ketika cuaca panas ini dua minuman ini perlu dihindari. Ini kerana teh dan kopi akan menyebabkan kita kerap buang air kecil, sedangkan tubuh memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

 Kita boleh menggantikan teh dan kopi ketika sarapan dengan jus buah-buahan yang kurang gula. Selain itu pastikan minum banyak air putih untuk membekalkan air yang cukup pada tubuh.


3. Makanan berasaskan daging

Makan nasi berlauk gulai daging atau daging black paper memang enak tapi pada hari-hari yang panas membahang sebaiknya ia dikurangkan pengambilannya. Sebabnya makanan berasaskan daging ini bersifat tinggi protein dan sukar dihadam.

Malah sewaktu proses penghadaman makanan ini tubuh akan mengeluarkan haba yang boleh menyebabkan kepanasan. Selain itu tubuh lebih banyak tenaga untuk memecahkan protein berbanding karbohidrat. Jadi disarankan kita mengurangkan hidangan daging dan sebagai alternatif anda mungkin boleh mengambil lebih banyak lauk berasas ikan dan sayur-sayuran.


Tips kekal sihat di musim panas

Di samping mengelakkan tiga jenis makanan di atas praktikkan juga apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika berdepan cuaca panas untuk menjaga kesihatan tubuh.


sumber :www.foodrepublic.com 


Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Mencari tempat untuk tempah wardrobe

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Petang² nie nak minta tolong sesiapa yang  tahu..
kat mana kedai atau somebody yang mengambil tempahan untuk
wardrobe atau karbinet dapur...
Boleh tinggalkan link blog/link fb yang boleh nieyl survey...
eh..lupa area selangor,putrajaya n cyberjaya :)

Terima kasih..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Sains : Kumpulan Haiwan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bila otak dah berkarat nie...
kena membaca lebih lagi untuk menambah ilmu pengetahuan..
Itulah bila anak² buah start bertanya...
ha..google terus makcik diaaa...haha..

Meh kita ingatkan kembali 3 kumpulan haiwan ni..

Karnivor
Haiwan yang makan daging

Herbivor
Haiwan yang hanya makan tumbuh-tumbuhan

Omnivor
Haiwan yang makan daging dan tumbuh-tumbuhan

ke ada jugak yang lupa mcm nieyl hihihi..
selamat kembali mengingat :P

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Suka Makan Kek Lapis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bila perut berbunyi itu tanda nya apa?
hihi..lapar..
bila lapar kita kena buat apo?
makan ler...
Ok..skrg nie berbekas² kek lapis sarawak dalam peti sejuk kat rumah..
memborong kek lapis,sebab adik ipar nieyl jual..
murah² je.. kalau uolls teringin nak rasa atau order...
uolls boleh je order kat dia...



Ok..skrg nie berbekas² kek lapis sarawak dalam peti sejuk kat rumah..
memborong kek lapis,sebab adik ipar nieyl jual..
murah² je.. kalau uolls teringin nak rasa atau order...
uolls boleh je order kat dia... 

0108998720 (ema)


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

5 Bahaya Menjemur Pakaian Dalam Bilik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tahukah kita bahawa jemur pakaian di dalam bilik boleh mengundang bahaya? Hari ini nieyl share   lima (5) kesan bahaya apabila jemur pakaian dalam bilik sebab nieyl pun baru tahu akibat dan bahayanya kalau jemur pakaian dalam bilik.

1. Beracun 
Jemur pakaian di dalam bilik boleh menyebabkan udara di dalam bilik mengandungi racun. Kain jemuran yang di jemur itu berkemungkinan akan ditumbuhi cendawan beracun atau ketulan kecil di bilik kamu itu. Ia dikenali sebagai Stachybotryschartarum dan ia amat merbahaya. Jadi elakkan jemur di dalam bilik kamu! 

2. Melemahkan Anti Badan 
Wap udara yang dihidu dari pakaian jemuran di dalam bilik boleh menyebabkan tubuh badan kamu mendapat jangkitan dan membuatkan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah. Sekiranya ini berlaku, kamu akan merasa cepat letih, batuk dan sakit pada tekak dan mata. 

3. Menyebabkan Asma 
Kadar kelembapan pada pakaian yang dijemur di dalam bilik boleh mengakibatkan pembiakan spora, kulat dan hama yang tidak elok untuk kesihatan kamu. Terutama kepada yang mengalami asma, ia amat bahaya kepada kamu! 

4. Alergi 
Jemur pakaian di dalam bilik boleh mengundang bahaya dalam diam. Terutama pada kanak-kanak yang mempunyai alahan. Apabila mereka menghirup udara yang terhasil di dalam bilik bersama kain jemuran itu, maka mereka berpotensi tinggi untuk terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan dan penafasan seperti bronkitis, sinusitis dan lain-lain. 

5.Kanser! 
Kebanyakkan orang biasa mencuci pakaian bersama pewangi atau pelembut yang mempunyai tahap Acetaldehydes yang tinggi. Apabila pakaian tersebut di jemur dalam bilik yang tidak mempunyai saluran udara yang bagus, maka ia akan boleh membawa bahaya kepada diri kamu dan boleh mengakibatkan kanser!

Jadi untuk mengelakkan 5 perkara ini terjadi, jemurlah pakaian kamu itu di luar bilik atau tempat yang mempunyai sinaran matahari. Sinaran UV dari sinar matahari dapat membunuh kuman atau bakteria yang terdapat di dalam pakaian. Sinar matahari juga boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang ada pada pakaian yang baru cuci itu.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat kita hindari bahaya kesihatan family kita.. :)

     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Senarai Pemenang Segmen Blogwalking By Seindahcerita

Continue Reading…

PERHATIAN!Sila Cuci Pakaian Baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pakaian Baru sila cuci/basuh sebelum guna ya.. ke ada yang lepas beli terus pakai tanpa cuci.basuh dahulu?Kalau ada yang terus pakai tanpa cuci/basuh dahulu, sebenarnya amalan itu tidak baik dan ternyata berbahaya tau. Menurut seorang profesor dermatologi dari Columbia University, Donald Belsito terdapat dua perkara berbahaya yang terkandung dalam baju baru.



Pertama, pewarna yang mengandungi azo-aniline dan kedua fomaldehyde resin yang lazimnya ada dalam fabrik. Kedua perkara ini boleh menyebabkan masalah pada kulit terutama bagi mereka mengalami alahan. Rasa gatal-gatal malah boleh mengakibatkan keracunan ke atas kulit. Sebab itu, disarankan mencuci dahulu baju baru meskipun ia tak nampak kotor..

Jangan lupa ok..cuci atau basuh dahulu walaupun rasa excited nak pakai baju baru :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…

Nah!belanja selfie sikit

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Salam Jumaat Semua...
Pagi jumaat nie nak belanja selfie syok sendiri laaa..:P
please jangan muntah yea...




Happy working uolls..
Always Think Positive okey..
     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png
Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...