Tips Pakai Contact Lens

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Tips Pakai Contact Lens | Personally, memang kawan-kawan ada mensyorkan nieyl untuk pakai lens tapi honestly, memang tiada keberanian langsung untuk try..Sebab yang pertamanya pelupa kadang² tengah tengok tv pun boleh tertidur lepas tu suka gosok-gosok mata. Yang keduanya mata adalah salah satu benda yang sangat sensitif untuk di sentuh..That why sampai hari ini masih pakai cermin mata..hihihi...tak apa lah kalau tak molek pun..janji selesa... :)

Kalau kita tengok dekat pasaran sekarang nie, contact lens ini dah jadi trend dah. Ada yang pakai sebab kecantikan dan ada juga pakai sebagai pengganti cermin mata. Ramai yang nak mata macam mat saleh kan...ada biru hijau kuning wahh..macam² warna dan corak.

Pernah dengar kan tentang jangkitan mata akibat contact lens?betul semua orang pandai pakai tapi cuma kurang beri perhatian dari segi kebersihan serta penjagaan mata. So, be careful okay.

Nieyl share sikit tips untuk mengurangkan risiko jangkitan mata kepada pengguna contact lens.

  1. Masa tidur - Seboleh-bolehnya elakkan menggunakan lens semasa tidur. Rasanya semua pengguna contact lens tahu tentang ini kan. Apabila tidur bersama contact lens boleh menambahkan risiko jangkitan pada konea mata. Mana yang tidak tahu, contact lens tidak patut dipakai melebihi 10-12 jam sehari.
  2. Ketika berenang - Menggunakan contact lens ketika berenang merupakan salah satu tindakan yang sangat tidak bijak ya. ini kerana kolam renang dan air paip mengandungi pelbagai mikroorganisma.
  3. Kebersihan - ianya merupakan satu aspek yang paling penting jika korang pengguna contact lens.

    💐Jangan pakai contact lens di dalam bilik air, ini kerana lembab dan basah merupakan tempat pembiakan mikroorganisma.
    💐Lepas cuci tangan, jangan terus pakai contact lens,pastikan tangan korang kering sebelum korang menyentuh contact lens.
    💐Gunakan cecair pencuci khas untuk mencuci contact lens. Semasa membersihkan contact lens pastikan korang menggosok contact lens dengan tapak tangan untuk menanggalkan kekotoran yang melekat. rendam dengan cecair sahaja tidak mencukupi untuk membersihkannya.     


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. Anak-anak kakak merengek nak pakai tapi kakak tak bagi Nieyl
    Belum pandai jaga takut jadi macam kakak dulu. Tertidur sebelah pemandu
    Sedar-sedar dia boleh masuk tepi pelipis - ke klinik doktor boleh tolak-tolak aje dan pelipis.
    Sejak tu terus kakak tak nak dah dan tak bagi anak2 pakai.

    ReplyDelete
  2. good tips. tapi saya tak berani nak pakai cl

    ReplyDelete
  3. dulu saya pakai contact lens. warna perang. tapi disebabkan beberapa faktor, terus buang contact lens tu, la ni, pakai spek jelah. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kadang tertidur, kadang penat sangat, sampai tak sempat nak bukak...

    Nak mandi pun pakai jugak sebab rushing untuk next activity.. kadang lepas mandi baru bukak

    ReplyDelete
  5. nice tips :) saya pun nak pakai cl ni payah sangat sebab mata kecik sangat sampai susah ha nak masuk . lol
    jemput ziarah blog saya :)
    The Talking Diary

    ReplyDelete
  6. nice tips :) saya pun nak pakai cl ni payah sangat sebab mata kecik sangat sampai susah ha nak masuk . lol
    jemput ziarah blog saya :)
    The Talking Diary

    ReplyDelete
  7. NICE TIPS .. TAK TAK PENAH LULUS PAKAI LENS NI..HUHUHU

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...