05 December, 2016

Resepi Kari Penang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Resepi Kari Penang | Kalau orang cakap pandai nya nieyl masak kari penang, terus terang nieyl cakap nak masak kari penang yang betul² kari penang tersangatlah susah bagi yang tidak pernah masak ataupun first time masak. Betul ke? meh baca rintihan di sini  

Last week untuk kali ke-4 nieyl cuba masak kari penang, kali ini nieyl try masak ayam pula. Bila dah siap masak tu, sent whasapp gambar kari dekat adik ipar yang duduk dekat Penang tu, nak tanya kalau macam tu rupanya jadi ke idak?hihi..sekali dia kata jadi..huhuhu..Alhamdulillah...happy nya lah hati ini dik non...menjadi juga akhirnya...

Nampak tak?berbezakan warna kari penang dengan kari melayu..


Nieyl bukanya pandai sangat memasak pun, lepas pos dekat IG dan FB..ramai rupanya yang suka kari penang ya...ramai kawan² yang minta resepi..Ok² hari ini nieyl nak share dengan semua² yang baca blog nieyl ni..RESEPI KARI PENANG.. ( make sure kalau masak untuk kali pertama andai kata tidak menjadi,jgn give up okay...teruskan usaha) kalau yang first time masak terus jadi tu,korang memang terbaik!

Bahan-Bahan
Bawang putih ( 3 biji hiris ) dan 3 biji kisar)
Bawang merah (3 biji hiris) dan 3 biji kisar)
Rempah campur (2 sudu kecil)
Rempah kari Ikan (2 1/2 sudu besar)
Daun kari
Minyak Masak
Santan 1 kotak kecil

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak (minyak biar lebih sikit )
  2. Masukkn bawang yang dihiris dulu,rempah campur dan daun kari 
  3. Tumis smpai naik bau 
  4. Kemudian masukkm bawang² kisar dan rempah kari
  5. Biar smpai kering/masak lame sikit..(kena selalu kacau,takut melekat kt periuk nnti)
  6. Agak2 dah kering,masaukkan  santan, campur air sedikit klau pekat sangat 
  7. Bila dah meggelegak,baru masukkan ikan atau ayam
  8. Sambil tu bubuh garam secukup rasa dan ajinamoto sikit (taknak letak pun tak apa)
Ini apa yang nieyl belajar dari kegagalan. (korang kena ikut nie )

*Minyak kena lebih tau, kalau tidak dia takkan menjadi
*Bila semua bahan dah tumis, tumis sehingga kering (jgn hangus pula ya)
*Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau..
Pilihan

Selalu kalau masak kari mesti ada yang letak ubi kentang, terung kan..so apa kata kali ini korang try timun pula, nieyl try memang sedap.. timun tu belah tu,potong² lebar dalam 1 inci cmtu (mcm potong petola) ..Masakkan dalam kari tu..serius sedappp...

Kalau korang berjaya masak kari penang nie, korang tag lah nieyl dekat fb ke dekat IG nieyl okay.. :)



SELAMAT MENCUBA!
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

11 comments:

  1. Sedapnya la hai.. Dahlah perut berkeroncong nie..

    ReplyDelete
  2. tgk pn nmpk sdp kak.. pergh..dpt ns pns best ni.

    ReplyDelete
  3. Halo, singgah disini :D
    Ditunggu kunjungan baliknya film 2017

    ReplyDelete
  4. Kari Penang?
    kena cari roti phrata ni, baru ngam

    ReplyDelete
  5. Timun aida pernah masuk dlm sup.
    Dlm kari lom pernah, nieyl.
    Boleh try test ☺☺☺

    ReplyDelete
  6. Nampak senang je nak masak curry ni eh. Salu masak curry x menjadi sgt. So end up makan je kat kedai confirm sedap ;p

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)