06 December, 2016

Looking For A JOB

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Looking For A JOB | 2 Orang anak buah kesayangan nieyl yang baru lepas selesai exam SPM semalam, tengah sibuk mencari kerja sambilan sementara nak tunggu result keluar tahun depan. Ha..bagus lah tu banyak masa terluang daripada duduk rumah, main handphone, menonton tv lebih baik bekerja sekurang-kurangnya dapat pengalaman, ilmu dan duit untuk pembelanjaan diri sendiri ataupun buat simpanan untuk masuk Universiti ke nanti kan..jangan buang masa..

Teringan dulu lepas saja SPM terus pergi cari kerja dekat Alamanda, masa tu alamanda baru-baru lagi beroperasi, cari -cari Alhamdulillah..rezeki dapat kerja dekat butik professor (jual baju sekolah) dan ada juga jual accessories Camping. Sekarang ini kedai tu dah tak ada dekat Alamanda dah. Walaupun nampak kerja sebagai promoter biasa je, sebenarnya sangat banyak kerja. Bila stok sampai ,kena punggah,kena kira, kena ikat kena simpan dalam kotak,simpan dalam stor yang bertingkat-tingkat. Ada masa boleh buat berdua,ada masa kena buat sorang-sorang. Yang paling mencabar bila pelancong datang ke butik, masa tu nak kata bijak sangat speaking tu tidak lah tapi dari situ lah belajar untuk berkomunikasi dalam bahasa English..wah!gerun jugak tau!

After STPM pun, nieyl terus cari kerja sementara nak tunggu result kali ni nieyl masih lagi kerja di Alamanda tapi di PARKSON under brand BONIA. Lama juga kerja dekat situ sambil² tu cari juga kerja untuk full time. Lepas result keluar, mohon U..tapi orang kata mungkin belum tiba rezeki untuk jejekkan kaki di U,Allah berikan rezeki yang lain pula.. Nieyl dapat kerja di Bank Islam sebagai kerani itupun tak lama, dalam 3 bulan kemudian Allah beri lagi rezeki dapat Interview JPA, dan Alhamdulillah sampai skrg masih di sini dah masuk 8 tahun.

Kadang kala apa yang kita mahukan, tidak semestinya kita dapat. Sebab Allah itu lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk diri kita. Sebelum bekerja duduk di kerusi ini sekarang dari jam 7.30 sampai 4.30 ptg, nieyl pernah kerja berdiri 8 jam tanpa duduk. Walaupun kaki sakit, curi-curi duduk dalam fitting room,dalam stor..penat sangat..jd, bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Chaiyok² kepada adik² anak² yg tengah mencari kerja sambilan.. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. Yg penting cari duit cara halal kan Nieyl
    Kakak dulu pun sama macam Nieyl tapi kakak kerja di S'pore sebab dekat kan dan nilai duit sana besar dari kita.

    Sekarang ni kakak tunggu anak-anak kerja kakak pencenlah hihi...

    ReplyDelete
  2. all the best kepada adik2 semua

    ReplyDelete
  3. hee~ kakak ingatkan kakak sorang jek la leps SPM keje promoter.. niely jugak ye.. tapi tak pe la.. pengalaman kan berdepan dengan orang ramai.. starangers plak tu..

    ReplyDelete
  4. tu lah ! semngat jugak dulu.. tak abes SPM nak riki kerja.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Anak bongsu pakcik pun tengah sebuk cari kerja sambilan lepas STPM ni.

    ReplyDelete
  6. sy dulu lepas spm terus kerja tapi kerja restoran ja selama 3 bulan lepas tu masuk plkn, keluar plkn kebetulan dapat tawaran dari politeknik selama 3 tahun lepas tu dapat kerja dengan lawyer firm..sampai sekarangla kerja lawyer firm haha nak cari kerja baru pun susah..tu ja pengalaman yg ada. angan2 nak kerja bank sampai sekarang tak dapat..huhu btw all the best untuk anak buah nieyl

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)