02 December, 2016

Cara Elak Jet Lag

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cara Elak Jet Lag | Bagi yang pernah dengar perkataan JET LAG tapi tak pasti apa bendanya tu, Jet lag adalah gangguan sementara kepada biologi normal tubuh disebabkan oleh perjalanan jarak jauh yang melepasi beberapa zon masa.  

Selalunya simptom jet lag ini seperti rasa keletihan, imsonia (tidak dapat tidur). Nieyl tak pernah alaminya tapi nieyl pernah ada kawan yang jet lag,makan hari juga rupanya ya..asyik nak tidur sahaja..

Ada beberapa tips di share oleh portal purewow untuk mengelakkan JET LAG ini.
  1. Sesuaikan "Jam Peribadi (Internal clock)
    Sesuaikan waktu dalaman dengan destinasi kita beberapa hari sebelum berangkat. Contohnya waktu tidur dan bangun tidur dipercepatkan. Jika jangkaan waktu tiba ke destinasi adalah waktu pagi, cubalah untuk tidur di atas pesawat. Dengan itu, kita akan rasa kurang mengantuk apabila tiba di sana dan dapat menyesuaikan diri dengan perlahanlahan di tempat yang kita nak pergi.
  2. Jangan lupa makan
    Elakkan dari mengambil kafein yang berlebihan ini kerana akan menyebabkan dehidrasi. Banyakkan minum air kosong dan alas perut dengan makanan ringan untuk beri kita tenaga.
  3. Sesuaikan waktu
    Sebaik sahaja naik pesawat, sesuaikan waktu pada jam tangan anda supaya ianya sepadan dengan zon masa destinasi kita. Ini akan memudahkan kita untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa yang dialami.
  4. Elak dari tidur seketika
    Apabila tiba, pastinya kita akan berasa hendak tidur seketika. Jangan buat begitu, sebaliknya cuba untuk terus berjaga sehingga tiba waktu yang sesuai untuk tidur seperti pukul 10 ke atas.
  5. Pilih penerbangan malam
    Mengambil penerbangan di waktu malam membolehkan kita tidur sepanjang perjalanan dan tidak akan mudah rasa bosan malah,waktu penerbangan akan terasa sekejap sahaja.
Mungkin tips yang di beri ini sesuai untuk kita yang mungkin kali pertama berjalan jauh dalam pesawat. Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu kita :)


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)