Tips Bila Anak Di Jangkiti Chickenpox

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tips Bila Anak Di Jangkiti Chickenpox | Seingat nieyl, masa kecik nieyl belum pernah kena lagi chickenpox nie, tapi kena masa nieyl umur 23tahun ketika tu dah pun bekerja. Syukur Alhamdulillah bintik² tu tak naik dekat muka, dia just dekat atas kepala dengan badan je..risau juga time tu sebab takut nanti berbekas.

Ini Jika anak-anak kita di jangkiti Chickenpox, apa yang perlu kita buat ;-
  1. Cepat ke klinik - Bukan chickenpox je ya kena cepat pergi ke klinik, apa² sahaja kalau ada tanda² anak kita tidak sihat, cepat² bawa pergi klinik untuk dapatkan pengesahan dan rawatan.
  2. Air kelapa - Khasiat air kelapa adalah sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Jika diminum ketika awal dijangkiti, ia akan membantu mengeluarkan chickenpox dan anak kita juga boleh dimandikan dengan air kelapa.
  3. Asingkan anak daripada orang lain - Chickenpox adalah sejenis penyakit yang berjangkit, jadinya elakkan daripada menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska sebelum sembuh sepenuhna.
  4. Losyen calamine - Selalunya kalau kita pergi ke klinik,doktor pasti akan bekalkan kita losyen calamine. jadi,jangan lupa selalu sapu ke seluruh badan untuk mengurangkan kegatalan.

  5. Biarkan tanpa pakaian - Sebolehnya, anak-anak tidak perlu dipakaikan dengan pakaian, guna pampers je pun tak apa.
  6. Air masak - Minum air masak yang banyak, adalah bagus untuk memastikan anak daripada dehidrasi.
  7. Susu ibu - Susu ibu adalah penawar terbaik bagi anak-anak yang sedang sakit terutamanya bayi yang berusia 6 bulan ke bawah.
  8. Elak makanan laut - Ini semua orang tahu,tapi tidak lupa juga pada ibu yang masih menyusukan anak ya,pun kena berpantang juga.
  9. Vitamin E - Selepas sembuh dari chickenpox, pasti akan meninggalkan parut,so jangan risau,boleh keluarkan cecair kapsul vitamin E dan lumurkan pada parut anak..InyaÁllah akan hilang :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. tips yang bijak kak! dah lama x ingat cara nak jaga..

    ReplyDelete
  2. nice tips nieyl..sy dua parut chicken pox dekat muka. sampai sekarang tak hilang hoho

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang amat baik sekali..
    AM dah kena masa kecik2 dulu..
    Orang tua cakap kalau dah kena time kecik, kemungkinan dah tak kena dah zaman tua nie..hihihi

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  4. Anak2 aida, ijat lom kena cknpox lagi.
    Kakak2 kena saing tau hu hu dugaan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...