Siapa yang dah kahwin?meh baca

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Siapa yang dah kahwin?meh baca | ala..siapa kata tak rindu nak baca entry² semua orang, rindu sangat nak blogwalking macam selalu, tapi keadaan masih lagi tidak mengizinkan..but i will try do the best..InsyaÁllah..

Hari ini nak share tentang halia, halia nie tersangatlah penting dalam hidup harian nieyl.. Selain dalam masakan, kebiasaannya bila perut kembung ke..halia lah yang akan di cari. Antara manfaat lain yang kita boleh perolehi dari halia seperti di bawah ya:-


Turunkan berat badan 
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan. Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Logiknya, ketika mengambil sedikit kalori dan membakar lebih banyak kalori maka berat badan akan lebih cepat turun. 

Atasi Masalah Pencernaan 
Perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia boleh mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini. 

Hilangkan Loya 
Ketika Hamil Minum air halia antara petua untuk mengatasi rasa loya atau mual sama ada kerana mabuk laut dan kehamilan. Apabila meneguk minuman ini otot-otot perut akan relaks dan melenyapkan rasa mual. 

Sistem Imun Tubuh Makin Kuat 
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit. 

Menghangatkan ranjang 
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. suka guna halia ni time buat bubur jak..hahaha

    ReplyDelete
  2. sy belum kahwin. tak mau bacala..hahhaa kidding!

    sy selalu minum air halia ni untuk legakan sakit sengugut

    ReplyDelete
  3. LG SATU kunyit niely..bagus utk sistem peranakan kite...akak minum jus kunyit malika...semua yg wanita perlukan ade...try le..mane tau ikthiar jugak utk zuriat kan...akak ni minum sbb masalah fibriod akak tu lah....

    ReplyDelete
  4. masak steam halia limau perghhh best nyer!!

    ReplyDelete
  5. Salam... mmg betul banyak kebaikan halia ni .. tp buang angin no. 1 he

    ReplyDelete
  6. saya suka msukkn halia dlm masakan..hihi..

    ReplyDelete
  7. Saya suka makan ayam masak halia & ikan salmon gril halia masa dlm pantang.hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...