Quality Time

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Quality Time | Dah lama sebenarnya tak keluar di hari bercuti sebab banyak habiskan masa di rumah sahaja selain pergi melawat ayah di rumah Maklina (mak no.3). Kalau ikut perancangan awal nak pergi melawat ayah dalam pukul 9 pagi, tetiba ayah datang rumah sekejap sebab kebetulan maklina nak beli tong gas katanya. So,tak jadi lah nak melawat ayah. 

Tukar rancangan bawa mak keluar pergi cari kain pasang, sebab orang kerja pejabat yang tak ada uniform nie, begini lah asyik nak pergi cari kain buat baju. Kali ni yang berkenan dihati 2 pasang je..cukup lah tu lain² bulan nanti topup lagi ya.. 


Selain jakel nieyl suka juga beli kain dekat Nilai Square nie sebab yang pertama dari segi harga dan yang kedua dia tak sesak sangat. Ada yang nieyl dengar kata kain dekat sana kureng sikit tapi pada nieyl okay je kot yang penting kena pandai pilih kain dan corak je..So,tak ada masalah kot kalau kain tu murah sekali pun, tak ada nya kalau dah siap tu tertera berapa nilai kain tu kan. Yang penting pada nieyl corak terkini, kain elok dan harga tengah-tengah.. :) 


Lepas dah selesai beli kain dekat Nilai Square tu, Bawa mak pergi ke Nilai 3 pula sebab mak nak sangat beli tikar untuk raya..Lepas tu window shopping je dekat Nilai 3 tu, tengok langsir, tengok karpet usha-usha untuk hari raya tahun depan..ha..nieyl dah aim dah beberapa carpet dekat kedai tu... Tinggal duit je lagi tak ada.

Destinasi terakhir sebelum balik, bawa mak pergi minum petang di Taman Warisan Putrajaya. Ok mak memang suka dekat sini sebab kata mak air kelapa dia sedap. So,kebetulan minggu ni ada jualan buah-buahan dekat Taman Warisan tu..beli harum manis dengan langsat je..


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 comments:

  1. akak punsuke taman warisan nieyl....suke nasi berlauk die..sedap dgn ayam goreng garing2 panas2 die...slurpppp

    ReplyDelete
  2. Beli kain dah jahit sendiri memang puas Nieyl sebab kita boleh pilih sediri warna dan jenis kainnya
    Dah tu fesyen apa kita nak jahit ikut suka kita juga. Puas.

    #sukatengokairmukamaklembutsangat

    ReplyDelete
  3. sup perut ke tu? macam sedap ja hihi

    ReplyDelete
  4. Sha dah lama tak beli kain ela..
    Selalu beli baju dah siap je.. senang

    ReplyDelete
  5. Macamana corak kain terkini Nieyl? Hakak ni dah lama betul tak beli kain ela. Maklumlah duk rumah je. Bila masa nak melaramnya.

    ReplyDelete
  6. saya dulu pun suka gi shopping kain

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak beli kain ela..hee. Best shopping :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...