04 November, 2016

Kasut berbau

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kasut berbau | Sebelum-sebelum ini nieyl pernah berkongsi tips elak badan berbau. Selain dari badan, kaki yang berbau, kasut juga kadang kala menjadi masalah dan selalu buat kita rasa tidak selesa dengan baunya. Jika kaki jenis yang berpeluh lepas tu pakai pula kasut bertutup, bukan kata orang lain,diri sendiri pun tak sanggup bau rasanya kan..betul tak..

Nieyl pula jenis wanita yang tidak suka pakai kasut yang bertutup dalam jangka masa yang panjang. That why dekat office nieyl ada standby kasut yang jenis terbuka, selipar dan kasut yang bertutup. hahaha.. Biasanya kasut yang jenis terbuka nieyl guna time nak datang kerja atau balik kerja, sampai je office terus tukar kepada selipar tapi yang molek² lah sebab memudahkan nieyl bergerak dengan pantas. Dan kasut bertutup akan di gunakan ketika perhimpunan atau melibatkan nak jumpa orang² luar dari bilik nieyl :) 

Ok sambung cerita pasal kasut yang berbau tu, ada kalanya kasut yang berbau tu kita akan cuci, jemur tapi baunya tetap tak akan hilang betul x? sebab wap peluh dah melekat lama dah tapi jangan risau, nieyl terbaca tadi rahsia untuk menghilangkan bau..

  • Ambil 2 -3 uncang teh yang kita dah guna
  • Letak uncang teh itu dalam kasut
  • Biarkan semalaman sehingga kering
  • check esok hasilnya,hilang bau tak?atau ada ratu semut..hihihi..


*uncang teh dikatakan mampu menghilangkan bakteria penyebab bau buruk.


Selamat mencuba!


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. Betullll. tak suka la bila kasut berbau. Jenis yg berstokin pulak nnti melekat dkt stokin terus. kalau nk bukak ke apa segannya Ya Allah.. Ain pun prefer open shoes jugak

    ReplyDelete
  2. Kalau basah sebab Ujan mesti nanti berbau..
    Bolehlah guna petua Nieyl ni nanti..
    Tq for sharing..

    ReplyDelete
  3. wah!! ohsem petua ni... Unni jeni suke guna kasut..ty infonya nieyl

    ReplyDelete
  4. Tips yang berguna, boleh cuba try nanti.

    ReplyDelete
  5. nie tips..

    sy biasa pakai sandal so risiko untuk berbau tu memang takda hihi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)