Jom Amalkan Minum Air Putih

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jom Amalkan Minum Air Putih | Siapa yang amalkan minum air putih di waktu pagi?Ha..ini salah satu petua nieyl juga tau, selepas bangun tidur akan minum air putih segelas. Mula-mula tu tak biasa,tapi bila dah selalu buat dia jadi biasa. Nieyl amalkan untuk kesihatan dan kecantikkan kulit selain dari kita makan suppliment atau guna produk² kecantikan.


Apa yang kita dapat kalau kita minum?

  1. Kepada yang tidak tahu, bahawa di waktu malam ketika kita tidur, tubuh kita melakukan proses pemulihan dan mengeluarkan semua toksin atau racun yang masuk dalam badan kita melalui pemakanan,pencemaran,ubat dan sebagainya. So, bila kita minum air putih ketika perut kita kosong, ianya akan membantu toksin-toksin itu keluar dengan lebih cepat dan membuat badan kita lebih segar.
  2. Apabila racun dikeluarkan melalui sistem pencernaan semakin baik, maka kita tidak akan mudah lapar dan nafsu makan kita pun terkawal dan hasilnya badan akan kekal langsing.. (yg ini nieyl belum dapat lagi,sebab nieyl ada gastrik)
  3. Jika tubuh badan kita kekurangan air ianya boleh mendorong kemunculan kedutan dan pori-pori besar pada kulit wajah. Ha..yang ini kalau boleh di elakkan sebab nanti belum umur 40an dah nampak kedutan..hihihi..
  4. Jangkitan pada pundi kencing biasa di alami oleh wanita terutamanya ibu hamil. Cara mengatasinya adalah minum air putih dengan banyak terutamanya pada waktu pagi. Ia membolehkan racun dalam tubuh keluar.
  5. Dan jika kita minum air putih di waktu perut kosong ia akan menjada sistem limfa yang seterusnya menguatkan sistem imunisasi atau ketahanan tubuh badan kita. :)
Jadi, dengan kata lain tiada rugi minum air putih dengan banyak. Kalau kita tidak menjadi kesihatan kita siapa lagi kan.. #kesihatankitatanggungjawabkita

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

8 comments:

  1. Tapi setiap orang ada had air jugak. nnti terlebih minum lain jadinya. hehehe #kesihatankitatanggungjawabkita

    ReplyDelete
  2. Akak dulu mmg xkuat minum air masak....bile buat atkins baru minum pastu skrang dah ok....skrang kene jg2 bab makan minum....

    ReplyDelete
  3. Unni memang jenis kuat minum air shari habis 3 botol 1.5 liter tu..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...