Drama Awak Sangat Nakal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Drama Awak Sangat Nakal | Korang dah move on belum drama Suri hati Mr.Pilot? Elehh..yela tu dah move on. Ok²lah, yang mana dah move on tu mari lah kita tengok drama terbaru di Astro Ria. Lakonan Ayda Jebat dan Sharnaaz ahmad .


Sinopsis ;
Sinopsis Awak Sangat Nakal (novel) Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.” “Jo..” “Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?” 

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

 Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati? 

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.” 

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh! 

*********************************************************************************
Jangan lupa saksikan drama Awak Sangat Nakal yang bakal bersiaran setiap hari isnin -khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria, 104 dan 123 HD. 

Watch Online
Episod 1
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Ain tak move lagi dri mr pilot! Satu ep je lagi hahahahha taknak dah tgok drama. insaf sekejap. tggu lopa berlakon balik baru tgok kot :p Tapi yg ni ada sharnaz ahmad. omg runsing :')

    ReplyDelete
  2. Tak tengok lagi. Tapi tengok iklan, Eyda Jebat nampak kurus.

    ReplyDelete
  3. wahh thkss sis.. nak follow sini jak la cerita ni.. muah sikit

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...