18 November, 2016

Drama 2000km Ke Al - Haram

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Drama 2000km Ke Al - Haram | Dah lama menunggu untuk di siarkan di kaca tv, akhirnya dia dah mai dah. Baru start last week drama nie, jujur kata memang sangat jarang tekan remote 101 tapi last week dah rajin tekan dah 101..hihihi..


Ini merupakan drama terbaru di TV1, bersiaran setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam. Drama ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular seperti Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick, Mawar Rashid, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Liza Abdullah, Marisa Yasmin, Jalaludin Hassan, Laila Nasir, Anne Abdullah, Amyza Aznan.



Sinopsis Drama 
Kisah Hadi yang dibesarkan oleh ibu dan bapa tiri berubah menjadi seorang yang jauh dari agama selepas balik dari London. Bapa kandung Hadi merancang untuk membawa Hadi ke Doha dan mengerjakan umrah bersama dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik. Perkenalan Iqa dan Hadi sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik. 

Kalau tengok episode 1 dan 2 last week,drama nie best boleh mengalirkan air mata juga..So,kalau free moh kita tengok sama-sama ya....

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)