Bila Kereta Kau Kena Block

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bila Kereta Kau Kena Block | Mungkin pada orang lain yang dah selalu sangat keretanya kena block,maybe sangat tidak kisah..I dont care!Tapi i kisah okay..Mungkin ada yang dah perasan benda nie dalam IG nieyl. Kalau kata Marah, jujur semalam memang marah tapi hari ini dah cool dah sebab hujan lebat pagi tadi kan, sejuk sikit hati ini.


Ok first nieyl faham negara kita nie memang banyak tempat yang mengalami masalah parking, kalau tanya mana² pun masalah parking memang akan ada dalam rating. So, kes semalam nieyl turun ke parking lot jam 4.40 petang, agak stress bila nampak kereta kena block..Time tu i memang fikir positif keluarkan handphone, and then pergi depan cermin kereta yang block kereta nieyl tu dengan harapan ada no.hp di tinggalkan. Tapi tak ada no hp pun. Nieyl berdiri dekat depan kereta nieyl sambil menunggu dalam 10 minit, manalah tahu kot-kot orang tu pun balik dalam 4.30 ke kan..hampeh!

Hati dah mula suam-suam dah nie, call kakak dekat opis and minta tolong dia bantu nieyl untuk alihkan kereta yang block kereta nieyl tu. Nasib baiklah berdua tau, seorang tolak dan seorang lagi tahan kereta tu,nak tahu x..kereta yang nieyl tolak tu tiba-tiba menggelongsor tau, nasib baiklah ada tunggul batu menahan kereta tu..Allah,kalau tak cium lah kereta depan dia (block orang lain jugak) . 

Pesanan ikhlas!

I tidak kisah langsung kalau u nak block kereta i atau kereta sesiapa pun, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain.Ya,faham masalah parking..tapi kenalah faham juga bila kita block kereta orang, tinggalkan lah no hp,supaya mudah kita nak call minta alihkan kereta. Dan kalau dah letak no.hp tu, jawablah bila orang call..jangan buat tak bersalah pula ya..

Ok,fine kalau u letak gear N..pernah atau tidak terfikir kudrat orang yang nak menolak kereta tu? Macam kes semalam 2 biji kereta nak kena tolak,rapat² pula dia block nasib baik ada ruang sikit nak di tolak, kalau 10 orang yang block kereta orang lain, agak² macam mana? Orang yang pregnant, orang yang berumur..fikir² kan lah...jangan terlampau selfish sangat okay..

Merungut pasal parking tak ada,tak cukup tapi pernah tak fikir, macam mana kami dapat parking? Parking lot first come,first serve..kami kena bangun seawal yang mungkin, untuk sampai awal di office,untuk dapatkan parking yang SAH,supaya tidak menyusahkan orang lain dengan block kereta orang lain, supaya tidak kena saman parking merata-rata. Kawan-kawan nieyl pun duduk jauh juga,ada anak-anak yang perlu di uruskan..tapi kena dieorang boleh buat semua tu hanya sepetak parking je pun.. #respect orang macam tu, tapi bila balik kerja,tengok ha..2 3 kereta block kereta kau.. Mampu tersenyum kambing je laa...

TQ!

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. situasi ni mmg boleh mendatangkan marah...

    ReplyDelete
  2. Sha pun pantang perangai cengginie..
    Memang very selfish..
    Kadang-kadang ada je parking tapi sengaja block kereta org..
    konon-konon sekejap je..
    Geram pula rasanya..

    ReplyDelete
  3. bagus buat pesanan ikhlas tu. memang angin la kalau kete kene blok.. kan.kan.hehe

    ReplyDelete
  4. Org mcm ni kalau dia kena tahu pulak marah. Block orang pandai.😠

    ReplyDelete
  5. memag bengang kalau kena block.. da tau block kereta org tinggal la contact number ke hape.. haih

    ReplyDelete
  6. Huhuhu kalau kena camni time nak cepat rasa hanginn jugak

    ReplyDelete
  7. Sapa2 akan marak kalau kereta kena block,
    ndak2 kita nak cepat, mulalah keluar "Xde hotak ke"

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...