01 November, 2016

Akibat Bila Bersin Tutup Hidung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Akibat Bila Bersin Tutup Hidung | Tidak pernag sekali pun bila bersin nieyl tutup hidung ya, tapi ada beberapa kenalan yang jenis bersin tutup hidung. Biasanya kalau kita bersin kan bunyi kuat kan, mungkin dengan menutup hidung tu boleh slowkan bunyi tu. Itu persepsi sesetengah orang yang selalu tutup hidung ketika bersin.

Kenapa kita bersin??

Sebenarnya bersin ini adalah bagus kerana ianya satu reaksi apabila ada benda asing yang masuk melalui hidung, sebab itu kalau kita bersin udara kotor dari paru-paru akan di keluarkan melalui hidung ataupun mulut.

Kelajuan udara ketika bersin?

Kelajuan udara yang dikeluarkan ketika kita bersin adalah 160 kilometer per jam, so kalau kita tutup hidung ketika bersin secara tiba-tiba, tekanan akan di alihkan ke bahagian tubuh lain seperti telinga dan ia akan menyebabkan gegendang telingan kita akan retak dan akan menjejaskan pendengaran kita. Ingat tu ya..ianya sangat bahaya..

Dan yang lebih penting, tekanan udara yang terperangkap bila kita tutup hidung ketika bersin tu akan mengakibatkan kerosakkan pada mata kerana pembuluh darah dalam mata terbuka. That why, ketika kita bersin mata kita automatik akan terpejam. right?so..jangan gedik nak bersin buka mata ya...

Bersin itu adalah normal bagi manusia ianya buka penyakit, menghentikan bersin juga mampu menyebabkan kecederaan pada leher dan diaphgram. Walaupun ianya jarang berlalu tetapi ianya mampu menyebakan strok apabila pembuluh darah pecah di otak..Takutnya...


Jangan segan

Macam yang nieyl cakap tadi ada sesetengah orang mungkin berasa segan bersin di tempat awam dan sebolehnya cuba menahan diri dari bersin ,tapi dia tak sedar bahawa jika di tahan bersin tu akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan sendiri. Kalau nak tutup hidung tu boleh guna la tangan atau kain ketika bersin bukanya tutup salurkan hidung tu ya.. :)

Hadis Hasan Sahih Riwayat Abu Dawud daripada Abu hurairah R.A berkata

"Apabila Rasul s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya kemulutnya (untuk menutup) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

9 comments:

  1. Hubby kakak kalau bersin boleh buat org terkejut Nieyl
    Kadang kakak marah jugalah sebab kuat sangat.

    ReplyDelete
  2. Tapi kalau bersin yg tak ditahan memang puas rasa kan:)

    ReplyDelete
  3. Betullah Niel....kalau bersin tutup hidup mmg jadi perlahan sikit bunyinya haha.... Pelik tengok org yg bersin perlahankan. Hakak mmg kuat, malu jugak kadang tu hihi...

    ReplyDelete
  4. sy memang selalu bersin, mmg kuat sngt. kengkadang segan jg

    ReplyDelete
  5. Sha paling tak suka tahan bersin..
    Nanti hidung telinga rasa tak selesa..
    kalau bersin memang sepenuh hati.. Baru puas..

    ReplyDelete
  6. Hehe.. betul tue nieyl.. masa bersin tutup mulut untuk perlahankan sedikit volume itu. Hee

    ReplyDelete
  7. kalau tahan x puas plak ek.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)