11 October, 2016

Petua Halau 'Cik Ti '

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Petua Halau 'Cik Ti '  | Eee..rasanya tak ada siapa kot yang suka bela Cik Ti dalam rumah,ada ke yang suka?hahahaha... kalau rumah kakak nieyl,bukan cik ti tapi cencurut..ala dia nie adik beradik dengan cik ti juga..aduhai..selalunya pasang perangkap tikus je kalau nak tangkap dieorang nie.. Tapi lepas tu kena berhati-hati sebab dieorang ni akan datang lagi..so,make sure segala lubang yang ada dekat rumah tu di tutup yaaa...

Selalu bila bersembang dengan kawan-kawan ada yang bagi cadangan atau petua la macam mana nak halau pendatang haram nie daripada duduk dalam rumah kita nie. Sebab bahaya tau ada tikus dalam rumah ya..ingat tu..

  1. Lada hitam - Biasanya lada hitam ni orang guna untuk masakan,tapi untuk halau si cik ti ni pun berkesan rupanya sebab lada hitam kan berbau pastu panas.
  2. Perangkap tikus - Kalau pasang perangkap nie,dalam tu biasa akan umpan dengan ikan kering atau apa² yang boleh menarik cik ti tu masuk dalam perangkap tu.
  3. Daun pandan - Daun pandan mengeluarkan bauan yang wangi dan harum kan biasanya cik ti ni dia tak suka yang wangi² nie..so,Insya'Allah boleh guna ya..
  4. Bela kucing - Yes!yang ini sememangnya mujarab..haha..sebab nieyl memang ada bela kucing dalam rumah dan luar rumah untuk tangkap segala binatang yang nak masuk dalam rumah..So,far Alhamdulillah...

Banyak lagi petua-petua nak halau cik ti ni,tapi ini antara yang selalu orang buat laa..semoga ianya berguna pada kita semua ya...yang penting jaga kebersihan rumah :)


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. kalau bela kucing kena pilih yg menikus...kala x tikus lalu dpn mata kucing buat dak je

    ReplyDelete
  2. Ye bela kucing. Pak cik bela kucing, Xde tikus berani singgah.
    Kalau nak hebat lagi, bela ular.

    ReplyDelete
  3. aka ade pakai spray org office jual jgn kat acik it cicak lipas lipan semuat smeua xde

    ReplyDelete
  4. disebabkan sy tak berapa suka kucing..daun pandan tu boleh dipertimbangkan hehhee

    ReplyDelete
  5. kucing pon dah tak makan tikus zaman lah nih.
    tikus lalu depan mata dia buat tak tahu je.
    huhu

    ReplyDelete
  6. prefer daun pndan la..yg lain tu mcm leceh je..hoho

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)