10 October, 2016

Mesin Automatik Melipat Baju

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Mesin Automatik Melipat Baju | Kalau lah ada mesin automatik yang boleh lipat baju dekat malaysia nie rasa-rasanya kaum wanita merupakan golongan yang akan pergi beli kot kan..yela mejoriti yang melipat kain baju di rumah adalah kaum wanita tapi ada juga kaum lelaki yang rajin membantu isteri masing²..Alhamdulillah tapi itu bukan en.husband nieyl laaa...hihihi...

Baru tadi terbaca ada syarikat kajian sains iaitu 'seven dreamers' telah berjaya mencipta mesin lipat baju secara automatik yang pertama di dunia..wow!hebatnya..kalau macam tu lepas nie tak perlu lagi la nak habiskan berjam-jam duduk lipat baju..yeay! eleh..macam la mampu nak beli mesin tu..mesti mahal gila harga dia tu..

Difahamkan lagi,mesin tu boleh bezakan jenis baju yang dimasukkan dalam mesin tu tak kiralah baju tidur ke baju T-shirt ke,seluar ke tuala semuanya di gosok rata dan di lipat. Cubalah korang yang superwomen ni bayangkan rasa heavennya...ada mesin tu dekat rumah kan..hihihi...sila berangan sahaja dulu yaaa...hihihi..


Mesin yang diberi nama 'laundroid 'ini akan dijual melalui tempahan secara rasmi pada bulan Mac 2017 tapi harga masih lagi belum di putuskan..agak² masuk tak dalam pasaran Malaysia?nantikan jelah..kalau ada tu,ada lahhh...

Macam² mesin korang cipta ya..nanti tahun 2020 agaknya pergi kerja naik train je sampai depan pintu opis..hahaha..xpayah guna kereta susah nak parking..hahaha...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. Senangnya kerja sekrang heheheh mcm2 teknologi skrg ni :')

    ReplyDelete
  2. Perghhh...menarik ni. Perkara yg plg malas nk buat adalah lipat baju... Ha3...tapi mesti mahal giler ni..

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam.
    Tak mustahil suatu masa nanti mesin ini ada di setiap rumah kita.

    ReplyDelete
  4. Mula-mula mesin basuh, pastu mesin lipat baju, pasnih apa pulak ye?
    Almari auto susun baju?
    ^_^

    ReplyDelete
  5. hebat..tp persoalannya..mahal x?..haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)