Ku sangka panas hingga ke Petang,Rupanya hujan di tengah hari

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Ku sangka panas hingga ke Petang,Rupanya hujan di tengah hari | Rasanya ini adalah tajuk yang paling panjang yang pernah ada dalam blog ni..hehehe.. Ingat lagi tak nieyl ada share dengan korang yang this last for me kerja dekat opis lama nie sebab nak pindah ke opis baru. Actually kami berpindah ini mengikut peringkat. Setakat semalam aras 3 dan aras 5 dah berjaya berpindah sepenuhnya di opis baru.

So,semalam dapat berita dari sumber yang boleh dipercayai..untuk aras nieyl (aras 6) dan aras 4 terpaksa ditunda untuk beberapa hari kerana di opis baru aras kami masih belum sepenuhnya siap. Macam aras nieyl hanya PC PA dan admin sahaja yang masih belum lagi dibungkus masuk dalam kotak..Alhamdulillah la..kalau tidak,mahu menonong duduk dekat opis ni kan.. Untuk yang aras 4 PC dieorang semua dah bungkus dan masuk dalam kotak, so dieorang kena bekerja seperti biasa dengan menggunakan laptop dan kalau nak print ke apa...boleh lah pinjam dekat tempat nieyl masih lagi ada printer dan mesin scan ataupun telefon opis.

Keadaan opis semalam, dalam gambar masih lagi ada kerusi dan ada beberapa meja yang masih lagi belum di ambil oleh kontraktor.

Untuk hari ini segala kerusi dan meja tengah di bawa ke opis baru dan nasib baiklah kerusi ngan meja nieyl masih stay..kalau tak,hahaha...bersila di lantai la gamatnya. Walaupun ditunda seketika kami di aras 6 dan 4 kena bekerja seperti biasa. Dan tarikh perpindahan akan di beritahu kelak. So, kena sabar dan cuba gunakan apa yang ada sahaja di opis lama nie..usaha sendiri cari apa² yang diperlukan. ini kerana sebahagian dari kami telah beroperasi sepenuhnya dia opis baru..wa...bertabah la nieyl dan kawan-kawan yaaaaaa...

Hopefully,next week semua boleh pindah sepenuhnya ke opis baru yang tak berapa nak baru sangat tu ya..hihi..actually,bangunan baru tu tempat sepatutnya kami duduk 7 tahun yg lepas..bangunan HQ.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. moga lebih ceria dan bersemangat di tempat baru

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nieyl...
    dah pack semua seronok la tak payah buat kerja... hahahha

    ReplyDelete
  3. Semoga Nieyl tabah dalam menghadapi dugaan nie.. heheh sama macam situasi sy dulu, nak pindah tapi bila ada penundaan tarikh, kitorg yg mula2 bersemangat nak pindah, luntur dan rasa x seronok...Last2 KP kami bising dan nak pindah pd tahun 2013, kelam kabut dibuatnya... =)

    ReplyDelete
  4. selamat bertukar tempat. hehehe moga d permudahkan urusan

    ReplyDelete
  5. bertabah la ye..selamat bekerja.

    ReplyDelete
  6. Wkmsalam.
    Kalau ditunda lama, susah juga buat keje.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...