Cara Hilangkan Kotoran Dakwat Pen Pada Baju

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Cara Hilangkan Kotoran Dakwat Pen Pada Baju | Teringat ada seorang pegawai dekat tempat nieyl kerja nie, dia ada tanya tahu tak macam mana nak hilangkan kotoran dakwat pen pada baju? sebab ada satu baju dia area poket dakwat pen bocor ke something like that laa.. itu masalah yang kerap kali terjadi pada golongan lelaki. Tapi untuk golongan wanita ni pula selalu terkena dakwat pen dekat tudung..orang lain nieyl tak pasti lah..Tapi nieyl pernah la sekali dua tu terkena tanpa sengaja. Tudung mahal pula tu,sampai sekarang kesan tu ada lagi..

So, pagi ini nieyl terjumpa cara-cara nak hilangkan kotoran dakwat pen kalau terkena pada baju atau tudung. Ha..menarik nie yela mana lah tahu ianya boleh membantu nieyl dan bantu korang yang ada masalah yang sama nie kan. 


Meh nieyl share kan beberapa cara yang di kongsikan :-

  1. Ambil penyembur rambut dan spray pada bahagian yang terkena dakwat tu.
  2. Kemudian ambil span yang basah dan gosokkan sehingga warna dakwat tu jadi pudar.
  3. Spray lagi untuk kali ke dua dan gosok sehingga dakwat tu hilang.
  4. Biarkan seketika dalam beberapa minit pada suhu bilik
wah!serius ke nie boleh hilangkan guna penyembur rambut je..hebat nie..kena try nie.. Dan selain penyembur rambut, boleh juga kalau kita guna alkohol sebab bahan-bahan ini terbukti dapat menghancurkan kandungan minyak dalam dakwat kekal.



selamat mencuba.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

1 comment:

  1. Sayangnya rumah kakak tak ada spray rambutlah pulak Nieyl:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...