Bahaya Guna Minyak Berulang kali

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Bahaya Guna Minyak Berulang kali | Minyak masak adalah salah satu keperluan juga la kalau dalam masyarakat kita nie. betul..nieyl belum pernah jumpa lagi rumah yang tak gunakan minyak masak untuk memasak. Kalau minyak tak ada sebab habis itu banyak. So far,memang boleh dikatakan 50% makanan yang kita masak menggunakan minyak..betul tak?


Menggunakan minyak masak yang sama berulang kali sebenarnya dah menjadi satu tabiat sesetengah masyarat dekat malaysia nie terutamanya yang ada perniagaan kedai makan atau kedai warung. Alasan dia ianya menjimatkan kos. So far, kedai mak nieyl walaupun kedai makan mak memang tak amalkan penggunakan minyak berulang kali..sebab ianya akan memudaratkan kesihatan.. Ingat tu!

Untuk pengetahuan korang, penggunaan minyak masak yang sama berulang kali akan memudaratkan kesihatan kita, termasuklah seisi keluarga atau orang lain. Minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi akan mengalami tindak balas kimia yang mungkin akan menjejaskan kualiti minyak tersebut. Sebab itulah kalau korang tengok minyak tu akan berubah warna dan rasa minyak tu pun akan berubah..betul tak?

Minyak masak yang dah berulang kali digunakan akan kehilangan nutrien malah minyak tersebut akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan kita. Malah boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung. Jika amalan menggunakan minyak masak berulang kali juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti barah, kerosakan hati serta esteoporosis.

Jadi,berhati-hati dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan keperluan rumah. Kesihatan diri, keluarga dan orang lain juga kita kena jaga. ingat yea...jangan amalkan penggunaan minyak masak berulang kali sehingga hitam legam.. :) 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

  1. salam singgah disini. haha saya terbaca bahaya guna minyak wangi berulang kali... lepas tu tengok gambar minyak mcm gambar madu je.. btw. memang bahaya recycle minyak masak. tapi saya selalunya kurang pakai minyak. setitik dua je kalau nak goreng telur. saya guna non stick pan selalunya. elak guna minyak byk.. follow here ya :D

    ReplyDelete
  2. ooo yeke..baru tahu pasal ni..sy kalau minyak pas goreng ayam ke ikan biasa memang akan guna 3 4 kali huhu..balik nanti nak buang la.. thanks share info ni ya nieyl :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...