Ayah seorang yang sangat kuat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ayah seorang yang sangat kuat | 30 September 2016 merupakan tarikh dan hari yang sangat penting bagi ayah dan kami sekeluarga.. Bila doktor bagitahu yang ayah comfirm akan jalani operation bypass pada 30 September Jam 7 pagi. Dalam hati berdebar-debar menanti 30 september, kami adik beradik jam 5 pagi sudah berkampung di IJN di bilik ayah. Untuk temankan ayah,luangkan masa yang ada untuk memberi segala kekuatan pada dia. 


Untuk pembedahan bypass ini,ayah nampak begitu tenang dan tak sabar untuk tunggu nurse jemput dia. Sementara menanti nurse sampai, kami adik beradik sembang,borak² dengan ayah..tergelak²,sangat ceria tapi dalam hati siapa yang tahu kan...kami adik beradik sama-sama happy kan ayah..ceriakan dia..supaya dia tidak rasa gementar..




Sebelum ayah masuk ke bilik pembedahan, doktor bagitahu jangka masa pembedahan mengambil masa lebih kurang 2 jam jika tiada masalah yang lain.  Hati sangat berat nak biarkan ayah pergi ke bilik operation tu,sedaya upaya menahan air mata walaupun mata ayah dah berkaca menahan sedih. Sebab ini merupakan kali pertama ayah sakit dan kena lakukan operation yang sangat besar melihatkan nyawa. 

Selepas 4 jam, Alhamdulillah...Operation berjalan dengan lancarnya. Dan ayah di tempatkan di unit ICU untuk beberapa hari sebab jantung ayah belum stabil lagi. Perlukan rehat yang panjang. 


Time nie ayah baru lepas di beri ubat maybe ubat tu mengantuk kot.sampai orang datang ayah tak sedar. Dia tertidur dekat kerusi tu. 2 hari ayah kena tahan ICu sebab jantung ayah kejap laju kejap normal. So,doktor tak berani nak pindahkan ayah ke wad..


Alhamdulillah,petang semalam dapat info group family..ayah dah dibenarkan masuk wad..Lega hati dengar cumanya ayah dah start minta makan macam² yang sepatutnya dia x boleh makan. Aduhai.. ayah..ayah...please makan dengan pantang... ini orang yang jaga ayah nie kena banyak bersabar dengan kerenah ayah..Sebab yela kita dah biasa makan sedap²,biasa kita tak boleh makan..mesti kita rasa nak marah,nak sesuaikan diri kena ambil masa. Hopefully,ayah berjaya mengharunginya...

Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan ayah nieyl. 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

12 comments:

  1. Alhamdullilah. Semua berjalan lancar. Semoga ayah Nieyl cepat sembuh hendaknya..

    ReplyDelete
  2. Moga cepat sembuh ☺
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah..syukur..semoga ayah nieyl cepat sembuh ya! makan tu kena jaga. penting untuk cepat sembuh. ok.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.....smga ayah nieyl cpt sembuh. amin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... leganya tak terkata kan Nieyl.
    Apa pun menjaga org sakit kena banyak sabar. Kita pun mungkin akan begitu kelak kita tak tahu.
    Apa lagi ayah dah berusia. Jgn sesekali sakitkan hatinya. Bercakap dgn berhemah.
    Tak apa dia marahkan kita tapi kita jgn sesekali buat dia marah. SABAR! itu mesti.

    Moga ayah cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Singgah ptg selasa
    bz sangat2 x dan nak blogwalking :)
    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..ya Allah syukur operation ayah berjalan dgn lancar..semoga ayah cepat sembuh seperti sedia kala..amin..

    ReplyDelete
  8. Wkmsalam
    Alhamdulillah, operation berjaya.
    Didoakan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  9. tak dapat bayangkan perasaan nieyl..
    lama dulu saya pernah laluinya..
    dan sekarang mungkin akan lagi...
    entahlah..
    apa pon, semoga ayah nieyl sihat & kuat selalu =)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..keep strong p.cik! smoga cpt smbuh

    ReplyDelete
  11. akak doa ayah nieyl kuat semangat.
    kekal sihat.
    kekal ceria.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...