Mama dapat anak baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Mama dapat anak baru | Syukur Alhamdulillah..sujud syukur padamu Ya Allah.. kerana mengurniakan ku seorang sahabat dan kawan yang sangat baik pada ku. Berkenalan tanpa sengaja telah membawa kami ke tahap persahabatan yang sangat murni ini. Dari anak sulung lagi kami berkongsi kasih sayang bersama kini baby yang kedua selamat di lahirkan pada 24 Ogos 2016.. Kami masih lagi berkongsi kasih sayang. 

Teringat kenangan 2 tahun yang lepas,sewaktu mummy tsaqif lahirkan tsaqif, mama tak sempat nak pergi ziarah dekat hospital. Tapi ayah dan mummy tsaqif kebetulan nak balik ke kampung berpantang dekat kampung, sanggup singgah bagi mama tengok tsaqif untuk kali pertama..Allahuakbar..sayu ketika peluk dia..

2016 pula adik kepada tsaqif selamat melihat dunia, mama juga dapat jumpa baby dlu..tq mummy.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan mama time pegang kamu..peluk kamu..melihat muka kamu...Semoga mama pun di berik kesempatan merasai pengalaman memilik anak sendiri satu hari nanti..Amin....

Time nak snap picture nie,mama kata takmo tunjuk muka ya...faham dia tau..memang dia tak nampak pun muka dia...clever giler..nanti dah 2 bulan nanti baru mama share ya gambar penuh dia.. Lupa nak share nama baby girl nie Nur Qisya Niqreesa..(Cahaya kehidupan yang baik dan pembimbing yg baik/doktor pakar) .

Terima kasih Ya Allah...kurniakan anak² angkat yang sangat comel..
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. waah.InsyaAllah mudh2an smoga dipermudhkn rzeki kak Nieyl^_^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah selamat semuanya. mendoakan utk cik nieyl pula (:

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk awak dan sahabat awak..seronoknya dapat cium bau anak syurga kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...