05 September, 2016

Jangan Tukar Gear "P" Di Lampu Isyarat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jangan Tukar Gear "P" Di Lampu Isyarat | 3tahun yang lalu,nieyl ada share dalam blog pasal masalah tak pandai drive kereta auto..ha..ko gelak??ya..sesiapa yang dengar pun akan gelak kot.. actully now i dah terer okey...huhuhu.. ini nak share pengalaman first time drive kereta auto..yela sebelum nie semuanya manual. 

Kebanyakkan orang sekarang ini nak senang,tak nak penat drive jauh² dengan mengadap jem lagi kan, so kereta auto menjadi pilihan. Terutamanya kaum wanita yang kebiasaannya yang membuat kesilapan dalam mengendalikan gear kereta auto nie..serius!sebab nieyl sendiri pun dulu banyak buat silap sesama drive kereta auto sampai lah belajar dengan en.husband.. jangan gelak,ingat kereta auto tak yah belajar ke..meh kita tengok apa yang salah dan selalu kita buat tapi kita tak tahu atau tak pernah ambil tahu... :)


Ramai yang sudah tahu cara asa untuk menukar gear, tapi masih ramai lagi yang tersilap tentang cara penggunaan gear auto dengan betul. Kalau korang nak tahu, kalau kita salah cara tukar gear,ia boleh menyebabkan gearbox kita cepat rosak. Sedia maklumlah gearbox kereta sangat² mahal yaaa.. So,apa yang boleh kita lakukan adalah belajar cara betul mengendalikan gear auto.

Jangan tukar Gear P semasa di Traffic Light
Pada yang tidak pernah tu bagus la,tapi pada yang pernah tu lepas nie jangan buat lagi yea. Sebab ianya sangat bahaya, cuba korang bayangkan kalau tiba-tiba korang terkejut lampu dah hijau lepas tu kereta belakang pulak dah hon², korang panik,tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear..memang jahanam je la..so,hati-hati ya...jangan tukar gear P :)

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light
  1. Tekan brek kaki
  2. masuk gear N ( tanpa tekan tombol pada gear,tolak saje)
  3. Tarik hand brek
  4. Lepas kaki

Bila dah lampu hijau
  1. Tekan brek kaki
  2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear,tarik saje)
  3. Lepas hand brek
  4. Lepas brek kaki
  5. tekan minyak
Betul tak cara korang selama ini?kalau betul,BAGUS!

Penggunaan Tombol /Butang pada gear

1. Tekan tombol semasa menukar gear
  • P>R
  • R>P
  • R>N
  • N>R
  • D>L/D²
  • L/D²>D.
2. Jangan sesekali tekan antara
  • N>D
  • D>N
  • D>D3
  • D3>D
Kenapa??

Untuk mengelakkan daripada korang terlajak tolak gear,jika terlajak,gearbox boleh rosak. Patutlah pernah sekali dulu,bunyi something yang kuat dekat gearbox time terlajak tolak..huhuhu... seram! itulah kali pertama dan terakhir terlajak,sebab first time drive auto..huhu..jakun sekejap..

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus. kalau yang lekok² tu tak ada tombol.Selamat!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua...:)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Nice sharing sis... saya pun mula2 tak pandai jugak masa mula2 bawak keta auto, maklumlah dah biasa bwk manual, sekarang nie bangga dah sebab boleh bwk kedua2nya sekali..

    ReplyDelete
  2. Good sharing! Siqah tukar pada N tiap kali di lampu isyarat. Baru2 nie je buat. Selama nie biarkan je.. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. Kalau WP berenti kt lampu isyarat tak payah usik2 gear.
    Lampu merah tekan brek.
    Lampu hijau tekan minyak.

    ReplyDelete
  4. saya baru tahu tak boleh tekan P kat lampu isyarat. tq for sharing babe

    ReplyDelete
  5. nice shring! even x prnh bwk kete haha..bleh jd pnduan nnti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)