26 September, 2016

Boleh kalau nak guna kredit kad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Boleh kalau nak guna kredit kad | Banyak kali di tawarkan untuk memohon kredit kad sepanjang bekerja,tapi belum pernah lagi hati ini terbuka untuk sign dengan mana² bank untuk kredit kad. Alhamdulillah..Sebab masih ada kesedaran diri yang diri ini sebenarnya tidak mampu untuk menahan nafsu shopping dan nafsu pembelanjaan yang tidak terkawal. That why, kredit kad sangat-sangat dijauhi dari kehidupan sekarang..Mungkin akan guna tapi not now..maybe bila rasa diri ini boleh belajar kawal nafsu perbelanjaan.Ini pendapat tentang diri sendiri..

Sebenarnya semua benda dalam dunia ini ada kebaikan dan keburukan,begitu juga dengan kredit kad ni ada masanya dia menjadi kawan karib kita dan pada masa yang sama kalau kita terlalu baik ianya akan bertukar menjadi musuh dalam hidup kita. Sebab itu kita kena pandai untuk mengawal diri kita bila bersama kawan karib kita iaitu kredit kad

1 kredit kad sudah memadai

Nieyl pernah berkawan dengan orang yang mempunyai lebih dari 1 kredit kad. Kebiasaannya mereka yang bergaji lebih tinggi dr nieyl la..hihihi.. kalau nak pilih kredit kad pilih yang bersesuai dengan kita. Ini sangat penting untuk kita mengawal perbelanjaan kita. Kriteria pertama yang perlu di pilih ialah kad Islamik kemudian baru la kita boleh pilih kriteria lain mengikut gaji dan pembelanjaan kita. Contohnya,kalau perbelanjaan kita banyak ke arah petrol..seminggu 2x isi minyak nak pergi kerja,jadi korang boleh la pilih kad yang banyak boleh memberi kelebihan seperti bonus point ke kan.

Guna untuk dapat bonus sahaja

Bila dah guna kredit kad midset sangatlah penting okey. Korang kena midset bahawa kita guna kredit kad untuk mendapatkan point atau kelebihan yang lain yang tidak mungkin kita dapat kalau bayar tunai. fikir-fikirkan :)

Sentiasa buat bayaran penuh

Cuba elakkan daripada bayar minimun sahaja,kalau dapat penyata kalau boleh buatlah pembayaran penuh. Kerana kita akan dicaj dan akan jadi banyak di bulan akan datang ini yang mengakibatkan hutang semakin banyak dan akhirnya kita tidak boleh bayar..

Guna Hanya untuk perbelanjaan tetap

Dan ada 1 lagi cara yang lebih mudah untuk korang tidak terlebih belanja dengan menggunakan kredit kad,contohnya korang bayar bil-bil yang setiap bulan kita kena bayar. Kalau boleh,elakkan guna untuk shopping dan makan minum. Kerana ianya sukar di kawal dan mudah terlebih belanja..

Jadinya..berhati-hati ketika menggunakan kredit kad nya,berbelanja dengan bijak. sebab ramai orang muda-muda dah muflis disebabkan kredit kad. :)




  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Akak ada 3 kredit kad..alhamdulillah manageable..byr penuh setiap kali guna..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...so far, ada 2 credit card...tp xpernah berhutang utk jangka masa yg lama. Cukup bulan byr amaun yg dah belanja tu..he3. Percaya diri dapat kawal nafsu. Bagi Yana c/card sgt penting...especially utk org yg suka travel. Nak elakkan bawa byk cash masa ke oversea..hehe. Apa pun, ianya bukan lah satu keperluan penting..bergantung kepada keperluan individu kan (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  3. kalau cakap pasal kad kredit ini memang seram..kalau boleh nak elak sekeras kerasnya. hehe

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Tepuk dada tanya selera.
    Adakah satu keperluan atau kehendak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)