27 September, 2016

Birthday Adam 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Birthday Adam 1 | 23092016 genap adam elzafrel setahun,Alhamdulillah..membesar dengan sihat dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Adam menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat Amin.. Siapa adam?adam nie my nephew belah en.husband dan dia merupakan cucu sulung dalam family en.husband. Last week mummy dan daddy adam buat majlis untuk celebrate birthday adam dekat rumah wan (rumah MIL). Walaupun simple tapi meriah dengan kehadiran jiran² dan family terdekat.


Backdrop mummy dengan acue yang gigih buat sama-sama dekat rumah wan..Simple tapi menarik sebab warna warni pakai kertas crepe je..:)


Birthday boy masih ambil mood sebelum potong kek. Sebelum acara potong kek ada buat sedikit doa selamat untuk lebih berkati majlis yang di adakan nie..


Kanak-kanak kalau pergi majlis hari jadi,benda yang mesti kena ada gula-gula, belon dan topi atau topeng birthday. :)


Sebahagian hadiah yang adam dapat dari tetamu yang hadir,actually banyak juga hadiah adam dapat,ini sebelum majlis,lepas majlis penuh 1 meja dengan hadiah adam..Alhamdulillah murah rezeki dia..



Inilah dia captain M.Adam El Zafrel tema birthday adam tahun nie. Nampak tu baju captain dia pakai nak bawa kapal terbang kata mummy...InsyaÁllah...Amin...


Kek birthday adam bertemakan captain cantik kan,bukan cantik je sedap juga kek dia. Budak² yang meraikan siap beratur ambil kek tapi yang dia nak nya tu kapal terbang tu..hihihihi


Sebelum adam potong kek.. maklong,mummy,maklang dengan acue berposing dulu dekat kek adam..



Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar, this week dieorang nak pergi ke Penang jenjalan dekat sana sambil pergi rumah adik ipar (maklang)..alahai..kalau ikutkan hati memang nak join sangat tap i keadaan dan masa tidak sesuai sebab Mak tengah tak sihat,ayah masih dekat hospital..Tapi tak apa, mana yang penting dulu..InsyaÁllah next percutian kita pergi ramai² ya... :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)