AWAS!Buah ini dilarang makan ketika hamil

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


AWAS!Buah ini dilarang makan ketika hamil | Walaupun diri ini masih belum di beri peluang untuk hamil dan memiliki zuriat sendiri. Keinginan untuk mencari ilmu pengetahuan tentang kehamilan terus digali dan disimpan untuk hari yang sentiasa di nantikan.. #insyaÁllah

Kalau yang tengah hamil nie kerap kali dengar doktor atau nurse suruh banyakkan makan buah-buahan dan diet secara sihat supaya berat tidak naik mendadak dan jaga kandungan gula dalam badan supaya tidak kencing manis.

Tapi awasnya tidak semua buah-buahan awak-awak ibu hamil boleh makan ya..ada 3 jenis buah ini yang korang kena elakkan dan jangan sesekali gatal mulut nak makan ya..please!please!ianya sangat bahaya untuk kandungan dan baby korang. Kita ini benda yang tak boleh dimakan itulah yang kita nak sangat makan..


  • Buah Nanas - Nanas mengandungi enzim protease bromelain iaitu enzim ini boleh menyebabkan pangkal rahim menjadi lembut dan boleh mengalami keguguran. Oleh itu kalau orang² tua sekeras-kerasnya halang kita makan nanas ni..So,be careful okey!

  • Buah Anggur - Boleh diambil tapi tidak digalakkan sebab bahan yang sering digunakan untuk menyembur buah anggur terdiri daripada bahan kimia yang tidak baik. Selain dari itu kandungan resveratrol pada anggur boleh membuatkan ibu hamil keracunan dan menyebabkan kesan buruk pada janin. So, mencegah lebih baik dari merawat,faham!
  • Buah betik - Ibu hamil digalakkan makan buah betik yang masak sahaja, jangan nak mengada-ngada nak makan betik muda ya sebab boleh menyebabkan keguguran. Ada beberapa buah tempat dalam dunia nie menggunakan betik muda untuk mengugurkan janin pada awal kehamilan. So, kalau mengidam tu,biarlah betik yang masak..lagi sedap dan masin,reti!


    Semoga ianya bermanfaat untuk bakal ibu dan ibu -ibu yang sedang hamil ♥


      Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

    4 comments:

    1. salam..

      alaaa betik ngn anggur xbole?? huhu
      bru tau ni..
      tq share info..

      ReplyDelete
    2. Wkmsalam.
      Orang lelaki yang mengandung (boroi) semua sapu aje.
      Xde pantang.

      ReplyDelete
    3. tebu dan air kelapa pon tak boleh diambil.. bisa..
      air kelapa bulan terakhir baru boleh..

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...