Si baju putih yang susah nak jaga

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Si baju putih yang susah nak jaga | Siapa yang ada baju warna putih ada tak mengalami masalah yang sama?iaitu baju putih cepat bertukar warna kekuning-kuningan.. Nieyl suka juga pakai baju baju warna putih ni sebab senang nak matching dengan semua seluar ke shirt ke kan.. Kalau baju sekolah anak² pun mesti selalu kena macam tu kan..

Rupanya ada cara macam mana nak jaga baju putih nie, walaupun bertahun pakai..kalau macam tu baju putih boleh la pakai sampai reput kan..hihi..moh kita tengok cara² penjagaan baju putih yang boleh kita amalkan dan share la dengan kawan² yang lain... :)


1. Ketika Basuh, asingkan baju-baju putih mengikut materialnya
Bukan setakat baju berwarna, baju putih yang dicampur bersama baju putih lain pun harus di lihat terlebih dahulu materialnya sebelum dibasuh bersama. Kemeja yang diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Kalau kemeja material berbulu perlu diasingkan walaupun ia bewarna putih. 

2. Buang tompok kotoran dengan tangan dahulu & rendam dalam air panas
Kalau ada tompok kotoran pada kemeja, bersihkan dulu bahagian itu sebelum basuh kemeja tersebut. Gunakan bahan pencuci khas untuk baju putih yang mengandungi bahan dan enzim peluntur oksigen. Kalau malas nak keluar beli, gunakan sabun cuci pinggan mangkuk yang ada di rumah. Bila kotoran sudah hilang, rendam kemeja dalam air panas menghilangkan kesan tompokan yang dicuci pada baju.  
3. Selepas Rendam dalam air panas, basuh guna sabun pencuci dan jemur dekat kawasan panas
Kalau tak mahu guna lemon, guna air jeruk lemon juga boleh. Apa yang penting, jemur kemeja tersebut di bawah cahaya matahari. Bukannya dikeringkan dengan dekat kedai 'dobi segera.' 

4. Pastikan mesin basuh dalam keadaan bersih sentiasa
Sekali-sekala, luangkan masa untuk cuci bahagian dalam mesin basuh kamu. Ini untuk memastikan sisa-sisa kotoran pakaian yang telah dicuci telah dibuang dan tidak melekat pada pakaian lain yang bakal dicuci. Sisa kotoran yang ada sebelum ini merupakan antara penyebab mengapa lama-kelamaan warna kemeja putih anda bertukar kepada warna kekuningan.



Yeayyy!selesai masalah baju putih lepas nie...:)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. huhuhu...betul sangat kak...yang paling penting jangan la guna clorox..kalau tak mmg makan hbs baju kita

    ReplyDelete
  2. Ada org guna lemon dan garam nak bagi putih kan Nieyl tapi kakak ni jenis malas
    Biasa cuma cuci asing ajelah dgn yg warna lain. Dah tu letak sikit nila nampak macam baru sikit:)

    ReplyDelete
  3. salam..
    terima kasih share tips..
    yaya buat jugak..tp bila rajin je..
    klo dtg time mls..hbisla bju putih semua cmpur dgn lain2 bju..hukhuk =p

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...