Riang Ria Bersama Part 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Riang Ria Bersama Part 2 | Sunyi sepi blog bila tak berkesempatan menulis 2 hari kebelakangan nie sebab apa?ha..nanti kita citer..Alhamdulillah,tahniah kepada mereka yang berkesempatan menunaikan puasa 6 di bulan syawal..Ada juga yang dah minggu² akhir mengejar lagi..Hari ini last day kita berada di bulan syawal ya..Semoga tahun depan kita bertemu lagi dengan syawal yang mulia ini..InsyaÁllah..Amin..

Entry yang lepas² ada story pasal jamuan bahagian part 1  ,so..hari ini nak story part 2 la pulak sebab terlalu banyak sangat part² yang nak di share kan..Korang jangan bosan ya..rajin² la tengok² gambar ni mana lah tahu dapat idea untuk raya tahun depan..kan..siapa tahu...hihihi.. Pada hari kejadian 28 Ogos 2016,lepas breakfast pakat² turun aras 4..untuk meneruskan perjuangan mendekokan gerai masing² untuk last touch up sebelum jam 10.00 majlis bermula dan penilaian di lakukan oleh juri² yang dilantik..

Pagi kejadian proses mengantung ketupat,kad raya,sampul raya,banner dan beberapa hiasan lain yang ideanya datang last minit..nasib baiklah pagi tu ramai yang datang menghulurkan bantuan..


Tahun nie tema ala kampung, so gerai nie makanan utamanya adalah lemang..Ntah macam mana boleh dapat nama Lemang Mak Mertua, so rasa macam sempoi..cool je kan..so,teruskan..


Gerai yang menyediakan lemang seharusnya kena ada tempat untuk membakar lemang nya kawan² baru la nampak real kampungnyaaa..api??eh..ada...nampak tak yang berterbangan warna merah tu...itulah dia apinya..konon² je...kreatif betul orang IT nie tau..


Ini nieyl snap belum 100% siap yaa..masih lagi ada beberapa barangan dan hiasan yang masih belum diletakkan. kalau dekat kampung biasa kita ada kain batik,kain songket,kad raya pun wajib di gantungkan kalau dekat kampung² tu..cuma pelita je kita tak ada...gantikan dengan lampu kelip²..


Bahagian nie agak moden sikit sebab nak nampakkan kelainan walaupun masih lagi mengekalkan konsep kampung,ada tikar buluh,corak alas meja pun ala-ala bantik kampung kan..Belon tu asalnya nak buat buah kelapa,nak buat pokok kelapa tapi di sebabkan tapak gerai yang kteorang dapat nie jauh dari tiang..so,batalkan sahaja niat nak bina pokok kelapa tu..


Antara menu yang kita pamerkan atas meja, lemang mak mertua, rendang ayam menantu dan sambal cili hijau,sememangnya terbaik.. nieyl kagum dengan semangat team work yang dalam diam² bawak lesung batu,tudung saji rotan macam² lagi la yang dieorang bawa.. 


Cantik tak?idea dtg dari nieyl actually nak gantung buat macam frame..tapi kawasan tempat tu tak sesuai nak mengantung pula si,nasib baik ada easel nie boleh la juga guna..Nampak x hiasan kat bawa belon tu...actually kan..nieyl pun xde dlm plan..tapi kakak² kat opis nieyl nie..pagi² bawa benda nie..rasa sangat klasik tau...suka laaa...jatuh cinta dengan sudut gambar nie...


meh close up sikit rendang ayam menantu..mejoriti dalam cawangan nieyl nie kakak² nie dah kahwin,so..sesuai sgt la letak nama rendang ayam menantu...ha..mana² yg tak kahwin lagi tu..boleh la try masak bagi kat bakal² mak mertua ya..hihihi..


Tahun nie betul² turun padang daripada 0% sampai lah 100% siap gerai cawangan tahun 2016. Semangat untuk bertanding tu memang tinggi masing² sebab 2 tahun berturut² juara tapi kita kena redha ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawa..so,chill okey...kami tak menang pun..tapi kami happy sebab teamwork yang sangat kuat..dan tahun nie kita dapat tempat kedua.. Persaingan senget dengan perbezaan markah 0.5 sahaja dr juara. Mungkin rezeki kita pada tahun akan datang kata bos..apa² pun happy sangat bila semuanya berjalan dengan lancar...

Oklah nanti sambung part 3 pula ya...stay tuned ♥
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Boleh pulak dapat atap-atap semua tu Nieyl
    Memang hebatlah.. no. 2 pun tak apa tapi yg jelas menarik sangat

    ReplyDelete
  2. menarik yang...nmpk suasana hari raya betul nih..

    ReplyDelete
  3. Teringat masa kerja dulu Nieyl..... Gigih le mendeko sebab nak buat Open Department ....
    Lemang tu mcm mengancam pulak....adoii

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...