PTPTN Terpaksa Kurangkan Kadar Pinjaman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Astro Awani | Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata trend bayaran balik yang masih rendah di kalangan peminjam sedia ada, menyebabkan PTPTN terpaksa mengurangkan kadar pinjaman kepada penuntut baharu.

Sehingga Disember 2015, PTPTN hanya berjaya mengutip RM8 bilion berbanding sasaran RM15 bilion daripada RM26 bilion pinjaman yang diluluskan.

PTPTN hanya memuluskan 95 peratus daripada kos pengajian kepada penuntut institut pengajina  tinggi awam (IPTA) dan 85 peratus kepada penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS)

Menurut beliau, sekiranya ia tidak dilakukan,PTPTN akan berdepan dengan masalah kekurangan dana untuk memberi pinjaman kepada bakal mahasiswa dan juga berdepan dengan masalah pembayaran balik pinjaman kepada institusi kewangan.

Shamsul Anuar memberitahu, pelbagai langkah telah dilakukan untuk mendapatkan semula bayaran balik pinjaman, termasuk menyenaraikan peminjam di dalam sistem maklumat rujukan kredit pusat ( CCRIS) mulai Jun tahun lalu.

Penyenaraian itu bukan untuk menganiaya mana-mana pihak katanya tetapi bertujuan menggalakkan peminjam lebih berdisiplin dan bertanggungjawab membayar balik pinjaman.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. ptptn sy pun tak settle lagi..sakit kepala fikir huhu

    ReplyDelete
  2. kena kurangkan ptptn.. semoga lebih pandai uruskan cash flow la lepas ni..
    maybe ptptn boleh kerap kot buat promosi bayar sekali gus dapat diskaun sikit..

    ReplyDelete
  3. Lega lama dah settle...lega weii hutang dibayar...

    ReplyDelete
  4. Kesannya baru terasa sekarang ni. Angkara mereka, mak ayah terpaksa berhempas pula cari duit. Dahlah sekarang susah betul nak dpt pinjaman Mara dgn JPA

    ReplyDelete
  5. Fiza pulak... Hubby tolong bayarkan sementara fiza dapat kerja. Huhu...

    ReplyDelete
  6. malas nak komen pasal ptptn.
    aida takkan kasik la anak2 pinjam ptptn.
    akan cuba sedaya upaya carik dana lain utk diorang nanti.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...