Pentingnya Sarapan Pagi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Pentingnya Sarapan Pagi | Korang dah sarapan pagi ke belum hari ni?hope semua dah sarapan dan bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab pada hari ini yaa.. Sebaik-baiknya mulakan hari kita dengan pengambilan sarapan pagi sebab ianya sangat penting untuk memberi kita tenaga untuk hari yang sibuk seharian.

Antara manfaat yang diperoleh melalui sarapan pagi adalah: 

  1. MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN
    Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.
  2. KURANGKAN BERAT BADAN
    Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.
  3. TINGKATKAN DAYA TUMPUAN
    Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.
     
  4. CEGAH SAKIT JANTUNG
    Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

10 comments:

  1. dh mkn nsi lg..hihi..tp hujan plak nie..waa..ngntuk *.*

    ReplyDelete
  2. samaa.. lepas tau how import breakfast is, tak skip dah macam dedolu

    ReplyDelete
  3. setuju dengan nieyl. penting sarapan pagi

    ReplyDelete
  4. betul nieyl kena sarapan.. tp kalo mak buyung ni takat makan roti 2 keping lapar hahaha... aduhh dah la kena GDM pulak ni.. lagi lah nak nagis tak leh makan lebih2.. kang bacaan gula dalam darah tinggi.. mcm2 la preggy kali ni..

    ReplyDelete
  5. yupe memnag penting snagat2.. kalau saya sarapan tu memnag wajib ambik, and lunch tak makan, pastu terus makan malam kul 7

    ReplyDelete
  6. breakfast memang tak skip... kalau lunch tu ada je skip..

    ReplyDelete
  7. sangat setuju dengan nieyl. even sikit pengambilan makanan pada waktu pagi, tapi PG tetap juga ambil. laparrrr :D

    ReplyDelete
  8. Breakfast mmg wajib amik..berat supaya tghari x yah mkn...

    ReplyDelete
  9. Yes. Sarapan wajib ambik. Siqah kalau tak ambil sarapan rasa tak tenang nak wat kerja. Hee

    ReplyDelete
  10. WP biasanya sarapan berat setiap pagi.
    Kalau tak, tak larat nak kerja.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...