Generasi Ke- 2 Persona

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Generasi Ke- 2 Persona | Proton Persona serba baharu ini dikuasakan dengan enjin VVT 1.6L dan merupakan kereta proton pertama yang disokong oleh indikatpr penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 5.6L/100km.

Proton Persona yang baru sahaja dilancarkan semalam tampil dengan reka bentuk berintegrasi dinamik dan anggun sekali gus menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan serta mengutamakan ciri-ciri keselamatan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan diiringi CEO Proton Datuk Fuaad Kenali di Pusat konvensyen Setia City,Shah Alam.

Ianya ditawarkan dalam tiga varian iaitu standard (MT dan AT), Executive Dan Premium (dengan atau tanpa bodykit).
Senarai harga untuk setiap varian adalah seperti berikut :
  • 1.6 Standard 5MT -RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
  • 1.6 standard CVT - RM49,350 ( solid), RM49,800 (metallic)
  • 1.6 Executive CVT - RM55,350(solid), RM55,800 (metallic)
  • 1.6 Executive CVT - RM59,350 (solid),RM59,800 (metallic)


Persona baharu ini mungkin kelihatan kecil, tetapi but belakang sedan ini mencatatkan kapasiti 510,berbanding generasi sebelum ini yang hanya mempunyai but berkapasiti 470 liter.

Tempat duduk belakang juga boleh dilipat dengan nisbah 60:40 bagi memberikan ruang yang lebih untuk mengangkat barang.

Untuk sistem keselamatan, kesemua varian persona dilengkaoi dengan sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC), bantuan mula mendaki(HHA) dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

Varian standard dan Executive dilengkapi dengan dua beg udara manakala varian premium enam beg udara.

Dengan kesemua ciri ini, kesemua varian proton persona 2016 meneriama penarafan program penilaian kereta baharu ASEA (ASEAN NCAP) 5 Bintang.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...