05 August, 2016

Banyaknya cicak dekat rumah!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Banyaknya cicak dekat rumah! | Kalau rumah mak dulu,masa kanak² lagi selalu nampak abg lastik cicak dengan getah..sebab setiap malam memang akan ada..skrg nie dah susah nak jumpa cicak dekat rumah..serius..entah mana entah cicak² nie..pupus ke apa.. 

Tapi kalau rumah korang banyak cicak,apa kata korang try beberapa petua nie dari majalah remaja. Mana lah tahu salah satu petua ni menjadi kan..tak ada lagi la nak dengar bunyi bising si cicak tu..

  •  Kulit Telur


Cicak tidak suka bau kulit telur. Kamu letak kulit telur tersebut di celah tingkap atau dekat dapur, atau di bahagian yang banyak cicak. Kulit telur harus ditukar selepas 3 minggu digunakan okay.

  • Serbuk Kopi

Sediakan bekas, letak serbuk kopi dan serbuk tembakau, lepas itu gaul hingga sebati kedua-dua serbuk. Kemudian, sediakan pencungkil gigi atau batang mancis. sapu sedikit gam di atasnya, kemudian lalukan pada serbuk yang kamu dah campur dan gaul itu. Dah siap boleh letak di belakang almari, belakang peti ais. Cicak akan mati bila makan serbuk ini
  • Bawang merah atau Bawang putih


cuba gantung bawang ini. Ataupun, kisar dan sembur di sudut-sudut yang banyak cicak.

  • Lada Hitam

Sediakan lada hitam, serbuk cili dan letak air. Masukkan dalam botol spray. Sembur di bahagian dinding, sudut, celah pintu, belakang alamri untuk halau cicak. Cicak memang tidak tahan dengan pedas.
  • Ply Paper

Ply paper boleh membuatkan cicak tersekat. Letak di bucu dinding untuk perangkap cicak yang lalu di atas ply paper ini.
  • Air Sejuk

Kalau nampak cicak, sembur dengan air sejuk. Air sejuk akan melumpuhkan pergerakan cicak.

  • Bulu Ayam


Cicak takut dengan burung. Bulu ayam ini akan disangka bulu burung dan membuatkan cicak melarikan diri,gantung je bulu ayam dekat sudut dalam rumah itu okay.


Semoga ianya membantu kita menghalau cicak di rumah kita :)









  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. Wah bagus tips ni. Simple je. Nnt bole cuba.

    ReplyDelete
  2. PETUA YG SGT MENARIK NI..BOLEHLAH DICUBA....

    ReplyDelete
  3. baguss nyaa.. memang nak try sebab sy takut cicak :P

    ReplyDelete
  4. akak memang pakai kulit telur tu..memang pecah2kan pastu tabur kat atas-atas dapur.

    ReplyDelete
  5. Menarik petuanya. Hehe. Halaulah cicak dari rumah kita..

    ReplyDelete
  6. tak pernah cuba lagi. Yang kopi & tembakau tu, kalau cicak mati tapi tak dapat cari lagi azabbbbb. Bau dia menusuk haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)