Riang Raya Bersama Part 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Riang Raya Bersama Part 1 | Rindunya dah 2 hari tak menaip panjang²,membebel dalam blog nie..mesti korang rindukan sebab terjah blog yang tak update kan..hihi..Seperti tahun² lepas bila tiba jamuan raya bahagian, masing² setiap cawangan membizikan diri dengan menghias gerai makanan masing²..sebab ianya adalah pertandingan gerai yang letup kebabom..hihi..

Utk memudahkan perjalanan dalam menghias gerai, group whatsapp wajib ada senang nak berurusan sebab semuanya skrg update dalam tu kan...so,tugas nieyl beli barang dan deko..bersama kakak² yang lain dalam cawangan.

Bayangkan,time pegi beli barang hanya 20% sahaja idea dalam kepala nie..so,yang lain² memang tak ada idea so,beli apa sahaja yang boleh dijadikan gerai tu lebih menarik. Tema gerai tahun nie adalah beraya ala kampung..Antara barang yang nieyl sempat grap seperti dibawah nie la..


Diy bunga gantung, lapik meja kayu, Diy sampul raya dan bakul untuk isi lemang nanti..Nampak sangat klasik kan. Selain tu nieyl ada juga beli cardboard,riben..



Belon pun nieyl beli walaupun nampak macam dah ke arah moden kan,yela nak buat ala kampung tapi selitkan moden sedikit dan ada jugak bunga hiasan pink merah,bagi naik sikit warna gerai nanti..

Start menghias gerai bermula jam 4 petang 26hb Julai 2016, so..hari tu memang nieyl stayback sampai jam 9 malam oii..tapi bukan la seorang,ada la beberapa orang lagi...dan esok hari nya sambung deko sampai jam 10 pagi... Majlis jamuan bermula jam 10.30 pagi..

Mesti korang tak sabar kan nak tengok hasilnya..hihihi.. :P

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Nieyl..... Mak kalau part part deko ni mmg best tambah lagi kalau dibuat time kerja hihi....Tak payah buat kerja kan Nieyl

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...