26 July, 2016

Kesan Bila Kekurangan Tidur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Kesan Bila Kekurangan Tidur | Sebut tentang tidur..wah!seronoknya lah kan, lagi seronok bila badan dah penat...dapat tidur sememangnya nikmat tidak terhingga. Tapi kata orang tua² yang terlebih tidur kang gemuk, malas...itu selalunya ayat mak la dekat rumah..lagi kalau bujang,tak kahwin lagi jangan harap lah nak tidur sampai ke siang ya..Tapi kalau kurang tidur pun ada kesan dia..hmm..

Patutlah masa nak exam spm dulu,gigih tidur pukul12 malam,kang set jam pukul4 bangun sambung study..selama sebulan juga buat..konon nak result gempak la kan..haha..sekali memang gempak la sangat...hahaha...tak dapat juga masuk U..haha..makin sakit kepala ada laaa...

Jom tengok apa kesan kalau kita tak cukup tidur..

1. Lemah pemikiran 
Tidur memainkan peranan yang penting dalam pemikiran dan pembelajaran. Kekurangan tidur menyakitkan proses kognitif dalam pelbagai cara. Salah satunya ia merosakkan perhatian, kepekaan,tumpuan, pemikiran, dan menyelesaikan masalah. Ini menjadikan ia lebih sukar untuk belajar dengan lebih cekap. 

2. Masalah kesihatan yang serius 
Menurut sesetengah anggaran, 90% orang akan mengalami insomnia iaitu gangguan kesukaran tidur. Gangguan tidur dan kehilangan tidur yang kronik boleh meletakkan anda berisiko untuk terkena serangan jantung, kegagalan jantung, denyutan jantung tidak teratur, tekanan darah tinggi, strok dan diabetes. 

3. Tiada minat pada hubungan intim 
Kekurangan tidur juga akan menyebabkan kita tidak dapat memberikan kepuasan serta tiada keinginan untuk ‘bersama’. Untuk menceriakan kehidupan suami isteri, tuntutan dalam memberikan kepuasan dalam hubungan intim adalah penting agar pasangan kita dapat menikmati keasyikkan dalam melayari bahtera perkahwinan. Selain itu juga, ia akan menggangu pernafasan kita ketika tidur seperti berdengkur dan kesannya pasangan anda akan terganggu semasa tidur. 

 4. Tekanan atau stres 
Akibat kekurangan tidur, kita akan lebih rasa tertekan kerana anda tidak dapat berfikir dengan baik serta tidak fokus dalam sesuatu hal. Ini memberikan kesan yang buruk semasa membuat persiapan perkahwinan. Wajah anda juga akan menggambarkan kesangsian serta kecelaruan di dalam kotak fikiran. Seri pengantin pada wajah juga akan hilang serta merta. 

 5. Menggemukkan 
Akibat daripada kekurangan tidur, kita akan lebih mudah berasa lapar dan berselera. Oleh itu, ia akan meningkatkan selera makan yang tinggi sekali gus berat badan kita akan naik lebih cepat. Untuk kekal cantik dan sihat,anda perlulah menjaga waktu rehat dan tidur yang mencukupi. 

 6.Tiada seri wajah 
Apabila tidur tidak cukup menjelang hari persandingan kita akan menyebabkan mekap serta seri pada wajah tidak naik. Selain itu juga, wajah kita akan mempamerkan rasa kurang selesa serta tidak bermaya. Penjagaan tidur yang bagus adalah tidur selama 7 atau 8 jam sehari. Sekali gus kita akan merasakan perbezaanya. Kulit nampak lebih bermaya dan kita kekal cergas di hari bahagia. 
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 comments:

  1. ala masalah skrg ni terlebih tido ade la..kekeke..

    jom baca entry baru akak! blogslit giler entry terbaru akak tak naik..huhuu..

    ReplyDelete
  2. memang byk kesan negatif nyer...
    tido. num air suam. semua tu kunci utama idup sihat kan nieyl.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)