Tahun nie balik kampung mana?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tahun nie balik kampung mana? Dari zaman sekolah lagi soalan yang selalu ditanya oleh kawan²,cikgu² balik kampung mana kamu tahun nie? Bila dah bekerja soalan yang sama juga dan ada tambahan bila start cuti?ha..2 soalan yang tak pernah lekang mulut orang bertanya.. Bila ada blog ramai yang wish selamat balik kampung,selamat sampai ke kampung dengan selamat..Amin terima kasih banyak²...

Meh nieyl nak jawab 2 soalan yang popular sepanjang 28tahun hidup didunia ini. Kampung dimana? sebenarnya nieyl di lahirkan di selangor, menetap di selangor,membesar di selangor, sekolah di selangor dan berkahwin pun dengan orang selangor. Nieyl tinggal di kelilingi rumah adik beradik,mak ayah tinggal bersama nieyl. Nieyl tak pernah ada kampung, dan tidak pernah merasa beraya gaya orang kampung dulu². Lahir tahun 1988 dah ke arah pemodenan.

Kampung mertua?hihi..orang kata jodoh itu rahsia..Alhamdulillah,jodoh nieyl sangat dekat rumah MIL nieyl 10 minit dari rumah nieyl. So,tak ada kampung sebab MIL duduk di taman. Kalau arwah FIL ada pagi raya kita akan balik ke Beranang masih lagi di selangor.. :) Insya'Allah tahun nie raya ke-3 first time nak beraya di kampung MIL dekat kuala selangor, pun masih dalam selangor lagi ya..:P

Soalan ke-2 bila start cuti?popular soalan ni tau..Selama 7 tahun bekerja di sektor awam nie tak pernah pun nieyl amek cuti sebelum raya..esok hari nak raya pun nieyl masih bekerja..sebabnya jarak rumah dengan office hanya 15minit dan kebiasanya malam raya baru nieyl sibuk buat persiapan terakhir sebelum menjelang raya esok pagi.. :) Dan tahun nie pun begitu 6hb tu baru start cuti dan akan naik bekerja 13hb...Insya'Allah..

Yeay..this week last mereka² bekerja...sukanya hati ini boleh drive dengan senang hati tanpa jem.. kepada yang nak pulang ke kampung rancang perjalanan anda ya..:) berhati² di jalan raya...
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. Seronoknya raya dekat. apa2 pun save drive. Selamat beraya. :D

    ReplyDelete
  2. WAHH BEST JIMAT SLMT MENANTI KETIBAAN SYAWAL..MAAF ZAHIR DI PINTA

    ReplyDelete
  3. Akak bila dah berkahwin baru rasa balik kampung raya Nieyl..
    Akak pun lahir di Selangor..
    Mak Abah akak pun dua-dua selangor..
    Cuma rumah atuk akak belah mak di Segambut KL..
    Jadi tak lah rasa beraya di kampung..

    Bila dah kahwin orang jauh..
    Tak jauh mana pun Melaka ajer..
    Tapi seronok lah kan..
    Sebab merasa balik kampung raya..
    Pastu merasalah jalan jem huhuhuhu..

    Memang kena rancang perjalanan kan Nieyl..
    Akak start cuti isnin ni :)

    ReplyDelete
  4. Kalau orang kampung macam pakcik ni, hari2 balik kampung.
    Tak payah tunggu raya.

    ReplyDelete
  5. syok la org belah sini ..jln raya sunyi .... kami hat blk kg ni jem ... keh keh keh
    jimat duit belanja ... duit tol ... duit minyak ... untung jd org selangor kerja dekat2 area sekawasan selangor jg

    ReplyDelete
  6. Senanglah Nieyl tak payah gaduh nak balik kampung sapa sapa hihi....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...