27 June, 2016

Sila Ambil Tahu : Golongan Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Golongan Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah | Zakat jangan sesekali dipandang ringan ya..hari ini nak share golongan yang wajib membayar zakat fitrah. Kalau dah tahu sekali pun ambilnya sebagai peringatan takut² terlupa...

Pertama: Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis Abdullah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah… dari kalangan umat Islam.” 

Kedua: Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya dan orang-orang di bawah tanggungannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri. Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan. 

Ketiga: Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut: Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya. [Hadis riwayat al-Daraquthni, Irwa’ al-Ghalil fi Takhrij Ahadits Manar al-Sabil, hadis no: 835]   

Oleh itu, suami yang mampu hendaklah membayar Zakat Fitrah untuk dirinya dan isterinya, tanpa dibezakan sama ada isterinya bekerja atau tidak. Ini kerana isteri tetap berada di bawah tanggungannya baik bekerja atau tidak.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Kadar bayaran zakat fitrah ialah satu sha’ sebagaimana yang disebut dalam hadis di atas. Ukuran satu sha’ ialah 2.157 kilogram dan dibayar dalam bentuk makanan asasi setempat atau dalam bentuk matawang yang menyamai nilai makanan asasi tersebut. Orang yang hendak membayar Zakat Fitrah hendaklah memerhatikan keadaan orang miskin.

Jika memberi makanan asasi adalah lebih bermanfaat, seperti kepada orang-orang miskin yang hidup di pendalaman, maka hendaklah dia membayar Zakat Fitrah dengan makanan. Jika memberi nilai makanan adalah lebih bermanfaat, seperti kepada orang-orang miskin yang hidup di kota, hendaklah dia membayar Zakat Fitrah dengan nilai makanan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah Waktu terbaik membayar Zakat fitrah ialah sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Dibolehkan membayar Zakat Fitrah lebih awal, namun janganlah terlalu awal sehingga menghilangkan tujuan Zakat Fitrah itu sendiri. Ini kerana tujuan zakat fitrah adalah untuk membantu orang miskin meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Jika dibayar terlalu awal, mereka (orang miskin) mungkin akan menggunakan Zakat Fitrah tersebut sebelum 1 Syawal.



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

6 comments:

  1. hai...singgah sini ambil mood raya :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. Blm byr juga ni.. Huhu..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah abang dah bayar utk kami sekeluarga Nieyl
    Kat Johor RM 8/-

    Ad mood rayalah masuk rumah Nieyl ni ada lagu raya hihi...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)