Siapa yang cepat lemau di bulan ramadhan?meh baca

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Siapa yang cepat lemau di bulan ramadhan? |Bulan ramadhan biasanya kita boleh nampak wajah² lemau, wajah² kepenatan..Biasanya minggu pertama,kedua dan ketiga je..Masuk minggu ke-4 wajah kembali ceria sebab dah mood raya...kan..ok²,nieyl tak nak cakap pasal raya lagi...jauh lagi..

Ini dari pemerhatian nieyl laaa..sesetengah dari kita bila dekat office badan cepat je lemau, waktu rehat mesti nak tidur..kan?nieyl so far Alhamdulillah..4 hari berpuasa nie belum sempat nak tidur lagi waktu lunch..entah..mungkin mata segar waktu siang..malam jangan cakap laa...balik tarawih terus Zzzz..hihihi..

Meh nak share tips yang mungkin kita boleh try..terutamanya bila bulan puasa nie kan...mengantok tak boleh nak makan,xleh nak minum...hihi...

  1. Jangan Skip Sahur - Ketika sahur badan kita menerima glukos ( sumber tenaga) . Sebab kita akan bertahan lapar dan dahaga lebih 7 jam. 

  2. Makan makanan yang lambat hadam - Untuk kekal bertenaga sepanjang hari kita perlu makan makanan yang mengandungi segala sumber terutama karbohidrat yang mencukupi.

  3. Pengambilan air buah-buahan - Pengambilan air manis terutamanya air buah buahan adalah penting kerana ia membekalkan tenaga untuk kita kekal cergas walaupun kita berpuasa.

  4. Elakkan minum air kopi ketika sahur- Kopi selalu dianggap dapat memberikan bekalan tenaga supaya kita kurang mengantuk. Sebenarnya tanggapan tu kita silap, kopi membuatkan kita cepat dahaga. 
Semoga tips² ini bermanfaat untuk yang membaca :) 






  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. nice tips..
    selamat berpuasa nieyl

    ReplyDelete
  2. Good tips nieyl... Slmt berpuasa.

    ReplyDelete
  3. Orang selalu cakap kalau minum kopi tak bg mengantuk. Ain minum kafien lagi sakan mengantuk. haih. Nice sharing sis !

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...