Rindu Kad Raya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Rindu Kad Raya | Kalau zaman budak² sekolah menengah, aktiviti di bulan puasa selain tunggu waktu berbuka puasa,adalah menulis kad raya untuk kenalan² rapat. Masalahnya walaupun berjumpa dekat sekolah,boleh je pass kat sekolah tapi mengedik,pergi pos..hahaha..seronok tau..bila kita hantar kad raya,orang balas lagi super seronok.. Kalau nieyl pernah terima kad raya lebih dari 10 keping..haha..kira banyak juga la tu kan..


Itu cerita nieyl masa zaman 90-an.. Zaman 2016 nie kebanyakkannya dah tak buat dah tulis² kad raya dan pos..semuanya menggunakan kecanggihan teknologi komunikasi SMS itu pun 10tahun lepas, ini semua guna perkhidmatan Whatsapp.. Free..cepat sampai...hihihi..Tapi tak syok copy paste je..kan..betul tak?kalau kad raya nie feel dia menulis tu nampak keikhlasan di jiwa penghantar tu..

Part yang paling best,nak tahu orang tu banyak dapat kad raya ke tak, kalau pergi raya rumah dia tengok dinding dia,ada tak deco kad raya..kadang² tergantung² dekat dinding tu.. Nieyl dulu banyak dapat kad raya tapi tak boleh nak deco kat dinding sat lagi kena hambat dengan mak..hihi..

Insya'Allah..kalau ada rezeki tahun depan nieyl nak kembalikan zaman menghantar kad raya la dekat kawan²..Tapi ada beberapa blogger yang masih meneruskan zaman kad raya nie..pagi tadi nieyl perasan facebook kak SA ( suriaamanda.com ), dia terima kad raya yang pertama dari mummy (azlindaalin.com ). Bestnya...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

7 comments:

  1. Akak pun merinduinya..
    Seronok bila dapat kad raya..
    Bila banyak ..
    Hari raya kita gantung kan neiyl..

    Selamat berpuasa ..
    Ramadhan Kareem Neiyl...

    ReplyDelete
  2. rindu kad raya jugakkk.. samalah kita, tak leh nak gantung kad raya kat dinding.. huk2

    tengok je orang punya kat dindinh..

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak dapat kad raya :(

    ReplyDelete
  4. nak kad raya jugak! email lah alamat Nieyl kat salbiahm85@gmail.com. ingat tahun ni tak antar kad raya gak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...