Nak Solat Terawih tapi ada anak kecil?Baca ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Nak Solat Terawih tapi ada anak kecil | Setiap tahun Alhamdulillah,nieyl dapat buat solat terawih di Masjid. Biasalah mereka yang bergelar ibu,mak,mama,umi,mummy yang ada anak kecil niat untuk menunaikan solat terawih sentiasa tertanam di hati namun di sebabkan memikirkan anak² nanti bermain di masjid sehingga menganggu jemaah² lain, kalau biarkan mereka main di masjid takut apa² terjadi..mesti itu yang sentiasa bermain di fikirankan..Sebab kakak² nieyl pun selalu mengadu perkara yang sama yang mana ada anak² kecil...

Baru je sebentar tadi nieyl terbaca tentang apa yang dilakukan oleh Masjid Wilayah Kuala Lumpur, rasanya dah viral dah nie..sebab mereka menyediakan alternatif untuk membantu para ibu dan ayah yang ada anak kecil tapi nak menunaikan solat terawih..





Mereka telah menyediakan perkhidmatan nursery atau pusat jagaan anak-anak yang sekaligus membolehkan para ibu bapa menjalani ibadah solat dengan tenang dan gembira. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk ada di nursery tersebut dan nursery ini khas untuk anak-anak bawah 7 tahun.

Jadi, buat para ibu bapa yang mahu menghadiri solat sunat Terawih bersama anak-anak kecil, datanglah ke Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Kita sekeluarga pasti akan merasa gembira. 


sumber : (Maslinah Abdul Malek)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. tu laa...sgkut xleh g masjid..bestnye ada tmpt org jg anak..

    ReplyDelete
  2. Semoga banyak lagi masjid yang buat macam ini.. Bukannya lama pun.. Sebulan jer untuk setahun..

    ReplyDelete
  3. wah.. patut kebanyakan masjid buat perkhidmatan ni juga...

    ReplyDelete
  4. adik mok memang tak boleh la...dia takut org luar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...