04 June, 2016

Legenda Tinju Dunia Muhammad Ali, Meninggal Dunia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Legenda Tinju Dunia Muhammad Ali, Meninggal Dunia | Muhammad Ali meningggal dunia pada usia 74 tahun hari ini selepas dua hari dimasukkan ke hospital Phoenix kerana masalah pernafasan. 

  • Muhammad Ali (lahir Cassius Marcellus Clay, Jr.; 17 Januari 1942 - 3 Jun 2016) ialah seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat, dianggap antara peninju heavyweights terhebat dalam sejarah sukan ini. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya.
  • Beliau juga telah dinobatkan sebagai "Sportsman of the Century" oleh Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century" oleh BBC. Pada umur 22 tahun, beliau memenangi kejuaraan heavyweight dunia pada 1964 menewaskan Sonny Liston dalam satu keputusan yang mengejutkan. Tidak lama selepas pertarungan itu, pada 6 Mac 1964, pemimpin Nation of Islam Elijah Muhammad telah mengumumkan bahawa jaguh tinju itu telah menyertai mereka dan menukar namanya kepada Muhammad Ali.
  • Beliau memasuki Islam Ahli Sunah Waljamaah pada 1975. Digelar "The Greatest" (Yang Terhebat), Ali terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah.Antaranya ialah pertarungan Liston pertama (1964), tiga kali dengan pesaing Joe Frazier (1971-1975), dan sekali dengan George Foreman (1974), di mana beliau mendapa kembali gelaran yang dilucutkan kerana enggan menyertai pengerahan ke Perang Vietnam tujuh tahun sebelumnya.
  • Pada 1999, anaknya Laila Ali telah meneruskan tradisi bapanya untuk menjadi peninju wanita Islam pertama, walaupun bapanya sebelum itu tidak bersetuju.[Sehingga bersara pada akhir 2000-an, Laila tidak pernah kalah dalam kategori super middleweight, dengan 24 kemenangan.


sumber dari BH Online Bernama dan wikipedia

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

4 comments:

  1. Hai :D Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html

    ReplyDelete
  2. Innalillahwainnailaihirajiun
    tenpatkan -Muhammad Ali- dalam kalangan hambaMu yang terpilih, begitu juga diri kami yang bakal menyusul

    ReplyDelete
  3. nice info ! al-fatihah buat beliau.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)