Dah Lama Tak Pasang Pelita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Dah Lama Tak Pasang Pelita | Kalau 20 tahun yang lalu, masa umur baru 8 tahun..saat nak pasang pelita dikeliling rumah adalah rutin setiap tahun bila menjelang bulan ramadhan..Pacak kayu, isi minyak dalam bekas pelita,bakar sumbu pastu main bunga api...hihi..seronoknya...

Sebab duduk kampung kan, jadi suasana kemeriahan time tu best sangat, boleh dikatakan sepanjang jalan kampung akan terang dengan lampu pelita rumah masing².. Tapi lama kelamaan,tradisi ni dah makin hilang, bukan cakap kosong.. Sebab sendiri pun mengalaminya,sekarang ni sejujurnya kawasan tempat nieyl tinggal pun area kampung,nak jumpa rumah yang pasang lampu pelita tu boleh di bilang dengan jari..

Bukan tak ada langsung,cuma setakat 1 2 buah rumah sahaja. Rumah nieyl pun dah tak pasang lampu pelita nie sebab kawasan rumah mak skg nie penuh dengan rumah² adik beradik nieyl sampai kan tiada langsung tanah untuk di pacakkan kayu letak pelita..Lama ke lamaan semuanya hilang macam tu je..Lagi sekarang nie orang banyak guna lampu kelip² elektrik tu siap ada bentuk ketupat lagi..

Terlalu banyak kenangan membesar di zaman 90-an, bersyukur sangat sebab dapat merasai semua tu sebelum nie..


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

2 comments:

  1. dkt rumah pun tak pasang lagi. Esok baru nak buat projek hehe

    ReplyDelete
  2. kat kampung wajib psg pelita.. kalau tak rasa suram je..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...