30 June, 2016

Cuti Pelepasan 8 Julai 2016

by on June 30, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Cuti Pelepasan 8 Julai 2016 | Alhamdulillah..yg di nanti dah pun muncul, yeayy..jimat sehari cuti kita tapi pada nieyl kalau tak dapat pun,kita still ambil cuti juga kan.. :)



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Akibat Lambat Pegi Bank

by on June 30, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Akibat Lambat Pegi Bank | Sepanjang wajib bagi duit raya nie,belum pernah sekali pun miss tukar duit awal tau tapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan..Tahun nie tak sempat tukar duit raya wehhh.. semua bank dah kehabisan duit, merata pegi dari cyberjaya ke putrajaya semuanya habis..Sedihnyaaaa...

Sekarang ini tengah berusaha tanya² orang kalau² dieorang ada tukar extra boleh la tukar ngan dieorang setakat ini baru dapat rm50 duit rm1..nak cari lagi..harap² ada yang sudi membantu..

sekian dari hati yang mengharap...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

29 June, 2016

Selamat Berbuka Puasa

by on June 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat Berbuka Puasa | eh..eh...macam awal je wish selamat berbuka puasa nie...Tak apa la awal sikit je, hari ini rezeki ramadhan berbuka kat luar..hihi.. So,kalau berbuka nanti jangan macam 2 orang kat bawah nie ya..teruk benor rupanya..macam 1 bulan x makan..huhuhuhu..



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Printcious : Menceriakan Hari Raya Anda

by on June 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Printcious : Menceriakan Hari Raya Anda | Semua check list hari raya dah settel?tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi menjelangnya syawal yang mulia. Baju raya, duit raya, kuih raya semua dah beli ke atau ada yang homemade sama macam nieyl tahun nie..terasa nikmat raya buat kuih sendiri tau.


Kebiasaan yang selalu kita lihat, di malaysia ini orang beragama lain menjelang hari raya rajin memberi hamper kepada kawan² yang menyambut hari raya aidilfitri. Kadang² big boss bagi pada setiap staff dia..Macam kakak nieyl hampir setiap tahun akan dapat hamper dari big boss dia.

Untuk menjadikan satu kelainan pada tahun ini, printcious memperkenalkan theme atau design khas untuk Hari Raya yang boleh kita tempah dan berikan hadiah kepada mereka yang tersayang ataupun pada rakan² kita. Menarik bukan? “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”


Printcious menyediakan pelbagai design yang menarik dan yang best seperti selalu nieyl cakap  di printcious ini kita boleh design sendiri corak atau tulis ayat kita sendiri mengikut kreativiti kita. Tertarik kan?jadi,kalau tak puas tengok dekat blog nieyl nak melihat lebih banyak design yang cantik² pasti korang suka boleh klik http://www.printcious.my/gifts

Harga di printcious adalah mampu milik dan printcious selalu bagi diskaun jadi tak rugi kalau kita nak beli atau tempah. Serius memang takkan kecewa. Nieyl bukan cakap kosong ya sebab nieyl salah seorang customer printcious yang selalu menggunakan perkhidmatan mereka..

Antara barang yang pernah nieyl beli atau tempah di printcious mousepad design sendiri yang menarik perhatian orang untuk melihat dan bertanya beli di mana..:) , selain dari itu pernah beli mug, seramic tiles dan macam² lagi lah.

Masih sempat lagi kalau nak beli dan tempah di printcious sekarang nie ada diskaun sebanyak 20 % cepat² grab sebelum hari raya. Boleh beri hadiah hari raya nanti..seronoknya lah dapat hadiah hari raya dari printcious. Bertuahlah siapa yang dapat tu kan..












  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Tahun nie balik kampung mana?

by on June 29, 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Tahun nie balik kampung mana? Dari zaman sekolah lagi soalan yang selalu ditanya oleh kawan²,cikgu² balik kampung mana kamu tahun nie? Bila dah bekerja soalan yang sama juga dan ada tambahan bila start cuti?ha..2 soalan yang tak pernah lekang mulut orang bertanya.. Bila ada blog ramai yang wish selamat balik kampung,selamat sampai ke kampung dengan selamat..Amin terima kasih banyak²...

Meh nieyl nak jawab 2 soalan yang popular sepanjang 28tahun hidup didunia ini. Kampung dimana? sebenarnya nieyl di lahirkan di selangor, menetap di selangor,membesar di selangor, sekolah di selangor dan berkahwin pun dengan orang selangor. Nieyl tinggal di kelilingi rumah adik beradik,mak ayah tinggal bersama nieyl. Nieyl tak pernah ada kampung, dan tidak pernah merasa beraya gaya orang kampung dulu². Lahir tahun 1988 dah ke arah pemodenan.

Kampung mertua?hihi..orang kata jodoh itu rahsia..Alhamdulillah,jodoh nieyl sangat dekat rumah MIL nieyl 10 minit dari rumah nieyl. So,tak ada kampung sebab MIL duduk di taman. Kalau arwah FIL ada pagi raya kita akan balik ke Beranang masih lagi di selangor.. :) Insya'Allah tahun nie raya ke-3 first time nak beraya di kampung MIL dekat kuala selangor, pun masih dalam selangor lagi ya..:P

Soalan ke-2 bila start cuti?popular soalan ni tau..Selama 7 tahun bekerja di sektor awam nie tak pernah pun nieyl amek cuti sebelum raya..esok hari nak raya pun nieyl masih bekerja..sebabnya jarak rumah dengan office hanya 15minit dan kebiasanya malam raya baru nieyl sibuk buat persiapan terakhir sebelum menjelang raya esok pagi.. :) Dan tahun nie pun begitu 6hb tu baru start cuti dan akan naik bekerja 13hb...Insya'Allah..

Yeay..this week last mereka² bekerja...sukanya hati ini boleh drive dengan senang hati tanpa jem.. kepada yang nak pulang ke kampung rancang perjalanan anda ya..:) berhati² di jalan raya...
Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Resepi Biskut Almond London Versi Nieyl

by on June 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Biskut Almond London Versi Nieyl | Niat di hati sangat lah besar pada tahun ni, nekad nak buat #projekkuihrayanieyl. Ha..jangan gelak okey, dalam sejarah pada tahun nie tiada 1 pun jenis kuih yang di beli untuk hari raya..ha..ha..ha..

Jangan tengok pelik sangat ya kenapa almond london nieyl rupanya begitu, sebab nieyl dah boring tengok rupa yang sama je..lonjong je..kali ni nieyl buat bentuk ikut suka hati nieyl je..tak payah nak pakai paper cup sangat la..tapi resepi still sama almond london ya..




BAHAN- BAHANNYA :-
250 gram mentega 
150 gram gula aising 
2 kuning telur 
1 camca teh esen vanilla 
450 gram tepung gandum* 
2 cawan nestum (dikisar)
130 - 150 biji badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel, atau bakar dalam oven. 

BAHAN SALUT :-
400 g coklat masakkan atau coklat beryls
Manik gula atau badam cincang (terpulang)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. 
  3. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam.Buat hingga habis. 
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20-25 minit. Sejukkan atas jaringan. 
  5. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). 
  6. Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. 
  7. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. ATAU boleh juga celup sebiji almond london dan letak dalam paper cup. 
  8. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!  
    Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Jom #MalaysiaNgaji

by on June 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




“Satu jam, satu juta orang baca AL-QURAN serentak. Membentuk gelombang; Nikmatnya Ngaji dan Tadabur AL-QURAN.”  

Mari kita bersama-sama meluangkan masa selama satu jam membaca AL-QURAN serentak secara bersendirian, berdua atau berkumpulan. Tidak kira di rumah, di sekolah, di pejabat atau mana sahaja. 

Tarikh: 24 Ramadan 1437H bersamaan 29 Jun 2016 (Rabu) 
Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 petang 
Peserta : Seluruh Rakyat Malaysia 

Lokasi Utama untuk program #MalaysiaNgaji - Satu Jam Bersama Al-Quran dan mendapat rakaman dari pihak Astro adalah bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 11.00 pagi - 1.00 petang. 

Trendingkan #MalaysiaNgaji. Upload gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter, Facebook anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Rumah Ngaji atau website: www.rumahngaji.my

Untuk warga putrajaya atau sekitar dengannya..



      Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

28 June, 2016

Cara Block Video Youtube

by on June 28, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Cara Block Video Youtube | Zaman kecanggihan teknologi skrg nie, kanak² umur 2 tahun dah ada tablet sendiri betul tak?sesetengahnya tidak semua.. Kebiasaannya tablet digunakan sebagai alat pembelajaran melalui video dan permainan game melalui access internet di rumah betul tak..

Nieyl sendiri pun selalu je buka kan Youtube untuk anak² buah nieyl kalau main tablet dekat rumah tu,kadang² kita buka dan tinggal buat kerja lain.. Kita tak sedar yang di Youtube ada pelbagai video yang tak sepatutnya di tonton oleh kanak². 

Jadi ada someone ini share step-step untuk memblock video² yang tidak sesuai untuk ditonton anak² kita. Dan kita pun tidak lagi risau bila anak² access Youtube..

Search Video Blocker kat google chrome. Pastikan guna Chrome ok. Kemudian, click pada added to chrome. Automatik dah install kat chrome. Simple je. Boleh check kat setting---->extensions untuk pastikan yang apps ni dah ada dalam chrome.

Ha nilah antara video2 mengarut tu yang sangat tak sesuai ditonton oleh anak2. Saya teringat ada elsa lah spiderman lah jadi saya search keluarlah semua ni. Ok lepas tu click kat channel tu. Contoh i love superhero tu kan. Pegi kat channel dia.

Contoh video.

Kat channel tu ada byk2 video yang telah diupload kan, click kanan, then click block videos from this channel.

Kadang2 bila search ada lagi, so pegi kat sebelah setting tu tanda merah tu, click dan masukkan nama channel secara manual dan click add. Ok done. Channel tersebut tak boleh dibukak lagi.

Some list of the channel yang tak sesuai ditonton oleh anak² telah diblock. Selamat mencuba!

Ha..senangkan...nieyl pun nak cuba balik nanti..baru la senang hati nak begi handphone atau tablet kat anak² buah kat rumah tuh...



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Panduan Perjalanan Untuk Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016

by on June 28, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Panduan Perjalanan Untuk Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016 | Siapa yang last kerja this week??wah²..bestnya...mesti dah tak sabar nak balik kampung kan..tak kisah la kampung siapa dulu suami atau isteri...Rancang perjalanan pulang ke kampung dengan sebaiknya ok.. 


Untuk mereka yang nak balik ke kampung halaman area pantai timur...LPT memberi waktu perjalanan sempena aidilfitri untuk membantu perjalanan kita lebih lancar.. :) 

Jangan lupa pastikan baki kad Touch n Go kita sentiasa mencukupi sebelum memulakan perjalanan jauh dan service kereta ya...:)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

27 June, 2016

Sila Ambil Tahu : Golongan Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah

by on June 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Golongan Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah | Zakat jangan sesekali dipandang ringan ya..hari ini nak share golongan yang wajib membayar zakat fitrah. Kalau dah tahu sekali pun ambilnya sebagai peringatan takut² terlupa...

Pertama: Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis Abdullah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah… dari kalangan umat Islam.” 

Kedua: Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya dan orang-orang di bawah tanggungannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri. Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan. 

Ketiga: Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut: Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya. [Hadis riwayat al-Daraquthni, Irwa’ al-Ghalil fi Takhrij Ahadits Manar al-Sabil, hadis no: 835]   

Oleh itu, suami yang mampu hendaklah membayar Zakat Fitrah untuk dirinya dan isterinya, tanpa dibezakan sama ada isterinya bekerja atau tidak. Ini kerana isteri tetap berada di bawah tanggungannya baik bekerja atau tidak.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Kadar bayaran zakat fitrah ialah satu sha’ sebagaimana yang disebut dalam hadis di atas. Ukuran satu sha’ ialah 2.157 kilogram dan dibayar dalam bentuk makanan asasi setempat atau dalam bentuk matawang yang menyamai nilai makanan asasi tersebut. Orang yang hendak membayar Zakat Fitrah hendaklah memerhatikan keadaan orang miskin.

Jika memberi makanan asasi adalah lebih bermanfaat, seperti kepada orang-orang miskin yang hidup di pendalaman, maka hendaklah dia membayar Zakat Fitrah dengan makanan. Jika memberi nilai makanan adalah lebih bermanfaat, seperti kepada orang-orang miskin yang hidup di kota, hendaklah dia membayar Zakat Fitrah dengan nilai makanan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah Waktu terbaik membayar Zakat fitrah ialah sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Dibolehkan membayar Zakat Fitrah lebih awal, namun janganlah terlalu awal sehingga menghilangkan tujuan Zakat Fitrah itu sendiri. Ini kerana tujuan zakat fitrah adalah untuk membantu orang miskin meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Jika dibayar terlalu awal, mereka (orang miskin) mungkin akan menggunakan Zakat Fitrah tersebut sebelum 1 Syawal.



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Gambar Raya Wajib Ada

by on June 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Gambar Raya Wajib Ada | Aktiviti wajib bila nak menjelang syawal di opis adalah bergambar hari raya bersama semua warga bahagian. Walaupun syawal bakal menjelang tidak lama lagi, semangat berpakaian baju melayu nampak segak dan tidak kurang juga wanita berbaju kurung warna warni dan extra cun hari pengambaran tu.. 

Masih mencari posisi yang menarik sementara menunggu Tuan Pengarah sampai..
Test..test...kami warga bpms ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
Ini sebahagian dari warga bahagian opis nieyl,ada yang cuti ada yang meeting..lebih dr 230 warga..
Ini sebahagian warga Cawangan nieyl,yang baju pink tu..my boss yang sekarang nie nieyl jaga.. sebenarnya ramai lagi warga cawangan nieyl nie...ada yang cuti agaknya..kenangan bersama...

Syukur Alhamdulillah..apa yang dirancang dah terlaksana setelah 2x sesi bergambar di tunda atas sebab² yang tidak dapat di elakkan.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

24 June, 2016

Katahati : Finding Your Strength In Life

by on June 24, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Katahati | Finding Your Strength In Life, sometime we dont know how to handle your own feel.. I know Allah always with me..Allah always know the best for me..InsyaÁllah..be strong nieyl!











  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

23 June, 2016

Nak Cepat Hamil?Jom Try sama²

by on June 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Nak Cepat Hamil?Jom Try sama² | Sentiasa berusaha tanpa putus asa untuk menjadikan ianya satu kenyataan dan menjadikan ianya salah satu kebahagiaan dalam rumahtangga..Ada yang tanya?Tak sunyi ke?Tipu la kalau tak sunyi kan..tapi selagi kita percaya pada ketentuan dan rezeki Allah pada kita,InsyaÁllah..hati kita akan sentiasa tenang..

Ya..nieyl ada jumpa doktor, atas nasihat doktor nieyl kena diet sikit..turun kan berat badan..hihi..InsyaÁllah..bulan puasa nie boleh la kot turun sikit²..selain dari tu nieyl banyak membaca dari aspek kesihatan. Apa² sahaja bahan bacaan yang boleh membantu dan boleh menambahkan ilmu di dada. 

Ok petang nie nieyl nak share beberapa sayur yang kita boleh makan untuk membantu cepat hamil,tapi semua tu dengan izin-Nya ya..Kita usaha sahaja...Allah suka hambanya sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu. 

1. Bayam 
Bayam mengandung zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan hidangan bayam secara sihat seperti dikukus, direbus atau dijadikan salad. 

2. Daun Bit 
Kita biasa mendengar manfaat ubi bit tapi jarang mendengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan. 

3. Brokoli 
Brokoli membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal. 

4. Biji labu dan tiram 
Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita. 

Pengambilan khasiat ini penting dalam menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom.
     Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Pembahagian Duit Raya

by on June 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Pembahagian Duit Raya | Bila dah masuk minggu ke-3 berpuasa, perkara yang wajib difikir²kan adalah pembahagian duit raya kepada sanak saudara. Sebab bila tiba hari raya perkara yang sentiasa di nanti oleh kanak² adalah duit raya. Dulu² kita pun rasa macam tu kan..seronoknya..


Kalau 11 thn dulu,masih lagi dapat duit raya..asyik pergi collect duit raya je..Bila dah start bekerja, kita pula kena bagi duit raya pada anak² buah dan sanak saudara yang masih bersekolah. 

Nieyl pun tengah buat kira² untuk duit raya anak² buah nie.. Meh nieyl share pembahagian duit raya 2016 yang dah viral skrg nie...

💰0 - 11bulan= RM5/seorang 
💰1thn-5thn=RM2/seorang 
💰6thn-12thn=RM2/seorang 
💰13thn-17thn=RM2/seorang 
💰18thn keatas=Tidak Layak 
💰datuk dan nenek RM 100 seorang 
 💰anak sendiri tak kira umur= RM20 keatas 
💰anak buah/sedara mara= RM5 kebawah 
💰anak jiran/kawan2=RM2 kebawah


Walaupun raya setahun sekali,jangan kita membazir wang terlalu banyak untuk membahagiakan hati orang lain, bagi mengikut kemampuan kita yang penting niat ikhlas..InsyaÁllah lebih berkat.. Jangan sebab beri banyak mengikut orang lain dan nak nama..sedangkan lepas raya..kais pagi makan pagi.. :)

Selamat Membuat Pembahagian Duit Raya Semua !
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Eksklusif : Cucu Pertamaku

by on June 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Eksklusif : Cucu Pertamaku | Bismillahirrahmanirrahim..secara eksklusifnya,nieyl memperkenalkan kepada semua follower seindahcerita cucu pertama nieyl..wah!cucu tau bukan anak buah lagi tau..nieyl dah naik pangkat kepada nanny..hihi.. 


Sejuk je hati nie pandang si kecil nie, membuak² rasa nak mengandung..hihi..(doakan ya).. dari sampai rumah kakak sampai nak balik boleh dikatakan melekat je sebelah baby..sebab rasa seronok sangat,sedap la bau baby...tak sabar nak tunggu baby balik kampung next week...

Eh..terlupa nak memperkenalkan nama baby girl nie..mama ngan ayah dia beri nama dia cantik sangat, NUR FAIQAH HANANI  bermaksud Cahaya Sebaik Kesayanganku..TokCik dia panggil baby Hanani...♥


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

21 June, 2016

Rambut Gugur Dan Kelemumur

by on June 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Rambut Gugur Dan Kelemumur | Ini cerita pengalaman sendiri la yang selalu ada masalah berkaitan dengan rambut. Walaupun berhijab,kita kena mementingkan juga penjagaan rambut ni tau. Sebab kita berhijab rambut tertutup tanpa udara tu yang kadang² rambut kita tak jaga dengan baik, ia akan gugur dan mudah berkelemumur.

Ada terbaca tentang air garam boleh menghilangkan kelemumur dan mengurangkan rambut gugur?biar betul kan..sebab ini first time dengar,tapi kalau korang pernah dengar tu tak apa la.. nak share kat sini sebab nieyl sendiri pun nak try..cuma kalau petua² ni kena rajin,jangan buat sekali je nak nampak kesan..kena la 2 3x... :)


  1. Lepas kita dah cuci dan shampoo rambut kita tu, letakkan garam dalam besen yang ada air,berapa banyak nak letak garam tu,bergantung kepada ketebalan rambut kita tu..
  2. Rendamkan rambut kita dalam 3-5 minit,urut kepala kita pelahan² supaya air garam tu meresap kedalam kulit kepala kita,lepas tu bilas rambut kita tu dengan air bersih.

kenapa air garam?

  1. Menghilangkan kelemumur - Jika rambut kita ada kelemumur,cara yang paling bagus adalah cuci dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
  2. Rambut kelihatan lebih segar - Air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, kalau kita boleh atasinya,maka rambut kita akan kelihatan sihat dan berkilat.
  3. Menghalang kelemumur - air garam boleh menyebabkan liang-liang kulit kepala  tertutp rapat daripada rambut gugur.

jom cuba... :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Facebook hampir kena hack!

by on June 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Facebook hampir kena hack! | Neves nak story nie kat korang nie,serius pagi tadi time login facebook panik bila pihak facebook lock account facebook nieyl. Yela sebelum nie tak pernah sekali pun kena lock..risau juga..menurut kata pihak facebook,ada someone yang lokasinya bukan di Malaysia cuba untuk login facebook nieyl..

Jadi,sebelum pihak facebook unlock semula facebook nieyl, nieyl kena jawab 1 soalan..untuk mengesahkan yang try login sebelum nie nieyl atau orang lain..


Kalau tengok detail yang pihak facebook bagi dah tentu la bukan nieyl duduk kat Indonesia tu.. untuk menjamin keselamatan facebook kita, pihak facebook nasihatkan supaya kita kena guna password yang unik dan jangan ambil mudah ya..

Peringatan pada semua juga..bukan artis je kena hack..orang biasa pun kena hack..ish² dunia²...

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png